Kuih Koci antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini. Bolehlah cuba buat untuk berbuka.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan. NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
Ads
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
Ads
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
Ads
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Tepung Bungkus adalah salah satu kuih tradisional yang jadi kegemaran ramai tak kira tua atau muda. Ramai yang beranggapan, kuih ni susah nak dihasilkan. Mudah je sebenarnya. Boleh cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti anda kagum dengan hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti, masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan. 2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering. Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum. 3. Dengan api perlahan, kacau rata sehingga intinya lembab-lembap sedikit. Angkat dan sejukkan. 4. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh. 5. Ambil sedikit doh kemudian masukkan inti secukupnya. Bentukkan lonjong atau bulat-bulatkan doh inti. Buat sehingga habis. Ketepikan. 6. Dalam bekas berasingan, satukan tepung beras, santan dan garam. Sebatikan. Kemudian masak hingga pekat dan meruap. Padamkan api. 7. Sediakan daun pisang, ambil 1-2 sudu makan adunan tepung beras dan ratakan. Kemudian masukkan doh berisi inti tadi.
8. Bungkus dan kemaskan. Lakukan hingga habis adunan.
9. Kukus Tepung Bungkus selama 15 – 20 minit.
10. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Sukatan ini akan dapat dalam 30 biji kuih Tepung Bungkus.
Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang menggunakan campuran ubi keledek perkongsian saudari Masni Bahari ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KERIA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi keledek oren – rebus lembut & lenyek
1 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
Gula – untuk salut kuih nanti
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk. 2. Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam. 3. Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunanm harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan nak elak adunan melekat. 4. Panaskan minyak masak guna api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali. 6. Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras. 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Peminat kuih muih lama kena cuba Kuih Lapis Talam Sri Delima ni. Cara nak buatnya pun tidak susah mana. Masak pun pakai periuk kukusan. Jom cuba. Bolehlah buat makan masa minum petang nanti.
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning dan coklat
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF:Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!