
Sedapnya Kuih Cakoi. Kalau makan panas-panas, makan begitu sahaja pun boleh habis 2-3 keping. Kalau cicah kuah kastard, lagilah best. Bagi anda yang nak cuba buat Kuih Cakoi secara homemade, resipi perkongsian saudari NunuPessa Hik ni antara yang mudah dicuba. Beliau tidak menggunakan yis. Nampak mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH CAKOI SEDAP TANPA GUNA YIS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm tepung gandum.
- 250gm susu segar
- 1 sudu besar serbuk penaik.
- 1/2 sudu besar soda bikarbonat
- 1 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu besar garam.(kalau suka manis, boleh ganti dengan gula)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan campur sebati. Pada awal, doh memang sedikit melekit.
2. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.
3. Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
5. Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar. Biarkan doh sehingga suhu bilik.
6. Potongkan doh berpasangan.
7. Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.
8. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(atau apa-apa alat yang sesuai pun boleh)
9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.
10. Minyak kena cukup panas dan sentiasa balik-balikkan cakoi supaya masak sekata.
11. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: NunuPessa Hik
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bingka Ubi Paling Sedap, Boleh Buat Minum Petang

Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
Melalui facebook RASA Share Resepi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
KUIH BINGKA UBI

BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
.
.
.
Selamat mencuba!
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Resipi Kuih, Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah & Sedap

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak.
Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut, yang pasti rasanya sedap dan pasti anak-anak suka.
Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
COKODOK PISANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar (jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga)
2 sudu makan marjerin – beli online di sini
5 sudu makan gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat (sukatan tidak terlalu membukit)
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
TONTON Menu Simple, Tapi Rasa Mantap Di Little Bourke
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
3. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN
8 biji pisang emas/6 biji pisang berangan
4 biji telur A
1 cawan gula – beli online di sini
¾ cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair – beli online di sini
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam (optional)
TONTON Top 5 Menu Pilihan Makan Di Mana
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
3.Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil-kecil (sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu).
5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit (jika gunakan loyang besar, masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
NOTA:
*Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
*Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG
BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci):
1 sisir pisang masak (10-13 biji) | dilenyek kasar
1 cawan tepung gandum*
¾ cawan gula pasir*
1 cawan santan* – beli online di sini
1 cawan susu sejat/cair* – beli online di sini
1 biji telur*
2 sudu besar mentega* | cairkan dulu, biarkan suam – beli online di sini
Sedikit garam
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
3. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
4. Sejukkan kemudian baru dipotong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung – beli online di sini
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
TONTON Spageti Rendang Daging
CARA MEMASAK: – beli onlien
1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak. Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN:
Roti Bata
Nutella/Peanut Butter Lady’s Choice
3 biji telur
½ cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang | dihiris bulat
Mentega
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket di tengah. Sapu nutella di bahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang di dalam poket.
3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit mentega. Biarkan masak kekuning-kuningan.
4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar
BAHAN KERAK:
200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
2 biji kuning telur
45gm gula kastor – beli online di sini
25gm tepung kastad (boleh ganti tepung jagung) – beli online di sini
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Kuih Lepat Liat Sedap & Mudah Guna Sukatan Cawan

Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusof ni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawan sahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
RESIPI KUIH LEPAT LIAT LEGEND YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut – beli online disini
1 1/2 cawan santan pekat (*)
1 cawan gula merah (*) – beli online disini
1/2 cawan gula pasir (*) – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pisang
Kelapa parut + sedikit garam (inti)
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi.
5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Linda Md Yusof
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official