Peria memang punya rasa agak pahit namun tinggi nilai khasiatnya. Selain dimasak, sayur ini juga boleh dijadikan ulam atau jus. Namun rasanya agak kurang sedap. Oleh itu, bagi menikmati sayurini dalam versi yang lebih enak, anda boleh hasilkan Kerepek Peria. Menerusi resipi perkongsian saudari Hasnita Namat, beliau menunjukkan cara mudah untuk menghasilkan Kerepek Peria yang sedap, rangup serta tahan lama. Jom cuba.
RESIPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
Peria katak secukupnya – ikut sebanyak mana nak buat
Minyak masak secukupnya
BAHAN SALUT:
Tepung gorengan serbaguna perisa pedas
Tepung Gorengan serbaguna perisa original
Tepung beras ( Jumlah ketiga-tiga tepung ni agak-agak sahaja. Campur supaya hasil kerepek nanti tidak terlalu masin dan tidak terlalu pedas)
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih peria dan toskan airnya. Biar kering.
2. Ambil penyagat ( sebaiknya penyagat untuk kerepek pisang) dan sagat sedikit buah peria tadi sehingga nampak rongga dalamnya. 3. Dengan menggunakan belakang sudu, korek untuk membuang bijinya.
4. Teruskan sagat peria nipis-nipis hingga habis.
Ads
5. Masukkan peria ke dalam bekas ( kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi. Goncang hingga tepung bersalut rata pada peria.
6. Panaskan minyak dengan banyak ( seperti nak goreng pisang), dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Sedia untuk dinikmati.
Resipi salad timun pernah tular sebelum ini tapi yang ini salad timun tuna. Masih menggunakan yogurt namun kesedapannya bertambah bila dicampurkan pula dengan tuna dan cream chease. Kerangupan timun digaul bersama bahan lain memang buat kita sekali cuba ketagih nak makan lagi.
Resipi salad timun tuna rangup
Bahan-bahan
1 1/2 batang timun jepun
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cream cheese
2 sudu besar yogurt asli
1 tin tuna chunks
1 sudu besar jus lemon
Blackpepper, garam & chili flakes secukupnya
1 sudu teh capers (jika suka)
Daripada biar petai kecut tidak berusik dan akhirnya terbuang. Ini khas untuk peminat petai jeruk, sangat senang kerana sekarang boleh buat sendiri di rumah.
JERUK PETAI EXPRESS
BAHAN-BAHAN
Petai
Garam
Asam gelugor
Cili padi (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Kopek petai dan untuk mengelakkan petai kecut rendamkan dalam air panas dalam 5-10 minit.
2. Toskan petai dan masukkan dalam botol atau bekas kosong.
3. Masakkan air kosong bersama garam dan tambahkan asam gelugor sekeping. Biarkan air garam sehingga mendidih dan tutupkan api.
4. Biarkan air garam sejuk. Bila sudah sejuk masukkan ke dalam botol berisi petai tadi.
5. Jika suka boleh masukkan cili padi. Tutup rapat bekas dan letakkan dalam peti sejuk.
Tengok meriahnya Rozita Che Wan dengan Aunty Aini dengan tetamu udangan serta semua geng rewangnya menyediakan menu set Nasi Ambeng dalam program Rasa Projek Gerenti Jadi Episod Kedua.
Kalau dulu-dulu Nasi Ambeng di kalangan masyarakat Jawa bila mengadakan kenduri kesyukuran, arwah atau doa selamat. Tapi Nasi Ambeng tersebut dibungkus dengan daun pisang, kemudian dilapiskan dengan bungkusan sapu tangan besar di luarnya. Sapu tangan ini di bawa sendiri oleh tetamu yang datang bagi memudahkan Nasi Ambeng dibawa balik. Tidak dimakan semasa majlis tersebut.
Sebaliknya tetamu yang datang pada majlis kenduri di majlis tahlil hanya dihidangkan dengan juadah lebih ringan seperti kuih muih dan minuman saja. Sebab itulah Nasi Ambeng ni, dikenali juga sebagai ‘Berkat’. Tapi tradisi ini semakin dilupakan, namun Nasi Ambeng masih disediakan di kebanyakan kenduri-kenduri kecil dan tidak lagi menjadi bekal untuk dibawah balik.
Kalau anda nak tahu apa yang ada dalam Nasi Ambeng yang dimasak oleh Che Ta, Aunty Aini serta geng rewangnya, Ini menu yang dapat dikongsikan. Antaranya Ayam Masak Bali, Mi Goreng dan Sayur Jawa dan Kurma Goreng Garing .
AYAM BALI
BAHAN-BAHAN
5 ekor ayam | dipotong sederhana dan goreng 3/4 masak
11 batang serai | titik
Segenggam daun kari
1 botol kecil (325ml) kicap pekat manis
20 biji cili besar| hiris
Serbuk kunyit secukupnya | untuk goreng ayam
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukup | untuk menumis
BAHAN KISAR:
50 ulas bawang merah
30 ulas bawang putih
500gm cili kering
6cm halia
CARA-CARA MASAKAN:
Panaskan minyak, kemudian tumiskan serai yang telah dititik dan masukkan daun kari. kacau sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau lalu masukkan cili kisar dan gaulkan sehingga naik minyak.
Masukkan kicap manis dan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng.
Akhir sekali, masukkan cili hidup yang dipotong untuk menambah rasa dan mencantikkan hidangan. tutupkan api dan ia boleh dihidang.
MI GORENG
BAHAN-BAHAN:
15 kg mi kuning
5 biji bawang besar | hiris
10 biji bawang putih | kisar
50gm cili kering | kisar
Segenggam udang kering | kisar kasar
1 botol kecil (325ml) kicap manis
1 mangkuk kecil sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan cili kisar sehingga naik bau.
Masukkan udang kering, kicap manis dan sos cili ke dalam masakan, gaul rata.
Seterusnya, masukkan mi kuning yang telah direbus dan kacau seketika sehingga rata.
Tutupkan api dan makanan siap untuk dihidang.
SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
10 biji bawang putih | kisar
10 biji bawang besar | hiris
10cm halia
10gm udang kering
1 mangkuk kecil kicap manis
2kg kacang panjang | potong 3cm
6 batang lobak merah | hiris memanjang
20 keping tempe | goreng
400gm suhun rendam
10 biji cili merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dikisar, bawang besar yang dihiris, kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan udang kering dan gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang dan tempe goreng. gaul sehingga rata
Perasakan dengan kicap manis dan gaul seketika, masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan suhun yang sudah siap direndam dan gaul sehingga sebati. tutupkan api dan ia siap untuk dihidang.
KURMA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
2 kg tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukupnya
3-4 bekas kurma
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung gandum, garam dan air
Kacau rata hingga menjadi bancuhan sekata tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan kurma yang telah dicuci dalam bancuhan tepung.
Kemudian goreng hingga kekuningan.
Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
Tip: boleh tambahkan telur untuk melembutkan dan merangupkan cucur.
Jangan lupa Tonton Rasa Projek Gerenti Jadi
Program masak yang sentiasa kecoh dan meriah, yang dihoskan bersama Rozita Che Wan bersama Aunty Aini serta para tetamu jemputan mereka dalam memeriah episod-episod seterusnya dengan menu baru lebih menarik lagi. Kot-kot korang boleh menjadi ilham kepada korang yang ingin mengadakan kenduri atau rumah terbuka raya nanti.
Pastikan anda semua tidak ketinggalan tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...