Tengok meriahnya Rozita Che Wan dengan Aunty Aini dengan tetamu udangan serta semua geng rewangnya menyediakan menu set Nasi Ambeng dalam program Rasa Projek Gerenti Jadi Episod Kedua.

Kalau dulu-dulu Nasi Ambeng di kalangan masyarakat Jawa bila mengadakan kenduri kesyukuran, arwah atau doa selamat. Tapi Nasi Ambeng tersebut dibungkus dengan  daun pisang, kemudian dilapiskan dengan bungkusan sapu tangan besar di luarnya. Sapu tangan ini di bawa sendiri oleh tetamu yang datang bagi memudahkan Nasi Ambeng dibawa balik. Tidak dimakan semasa majlis tersebut.

Sedapnya Nasi Ambeng Yang Dimasak Oleh Rozita Che Wan & Aunty Aini.

Sebaliknya tetamu yang datang pada majlis kenduri di majlis tahlil hanya  dihidangkan dengan juadah lebih ringan seperti kuih muih dan minuman saja. Sebab itulah Nasi Ambeng ni, dikenali juga sebagai ‘Berkat’. Tapi tradisi ini semakin dilupakan, namun Nasi Ambeng masih disediakan di kebanyakan kenduri-kenduri kecil dan tidak lagi menjadi bekal untuk dibawah balik.

Kalau anda nak tahu apa yang ada dalam Nasi Ambeng yang dimasak oleh Che Ta, Aunty Aini serta geng rewangnya, Ini menu yang dapat dikongsikan. Antaranya Ayam Masak Bali, Mi Goreng dan Sayur Jawa dan Kurma Goreng Garing .

Sedapnya Nasi Ambeng Yang Dimasak Oleh Rozita Che Wan & Aunty Aini.

AYAM BALI

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 5 ekor ayam | dipotong sederhana dan goreng 3/4 masak
  • 11 batang serai | titik
  • Segenggam daun kari
  • 1 botol kecil (325ml) kicap pekat manis
  • 20 biji cili besar| hiris
  • Serbuk kunyit secukupnya | untuk goreng ayam
  • Garam & gula secukupnya
  • Minyak masak secukup | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 50 ulas bawang merah
  • 30 ulas bawang putih
  • 500gm cili kering
  • 6cm halia

CARA-CARA MASAKAN:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan serai yang telah dititik dan masukkan daun kari. kacau sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau lalu masukkan cili kisar dan gaulkan sehingga naik minyak.
  3. Masukkan kicap manis dan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Akhir sekali, masukkan cili hidup yang dipotong untuk menambah rasa dan mencantikkan hidangan. tutupkan api dan ia boleh dihidang.

 MI GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 15 kg mi kuning
  • 5 biji bawang besar | hiris
  • 10 biji bawang putih | kisar
  • 50gm cili kering | kisar
  • Segenggam udang kering | kisar kasar
  • 1 botol kecil (325ml) kicap manis
  • 1 mangkuk kecil sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan cili kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang kering, kicap manis dan sos cili ke dalam masakan, gaul rata.
  3. Seterusnya, masukkan mi kuning yang telah direbus dan kacau seketika sehingga rata.
  4. Tutupkan api dan makanan siap untuk dihidang.

SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji  bawang putih | kisar
  • 10 biji bawang besar | hiris
  • 10cm halia
  • 10gm udang kering
  • 1 mangkuk kecil kicap manis
  • 2kg kacang panjang | potong 3cm
  • 6 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 20 keping tempe | goreng
  • 400gm suhun rendam
  • 10 biji cili merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dikisar, bawang besar yang dihiris, kacau sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan udang kering dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang dan tempe goreng. gaul sehingga rata
  4. Perasakan dengan kicap manis dan gaul seketika, masukkan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan suhun yang sudah siap direndam dan gaul sehingga sebati. tutupkan api dan ia siap untuk dihidang.

 Sedapnya Nasi Ambeng Yang Dimasak Oleh Rozita Che Wan & Aunty Aini.

KURMA GORENG RANGUP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 3-4 bekas kurma
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung gandum, garam dan air
  2. Kacau rata hingga menjadi bancuhan sekata tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Masukkan kurma yang telah dicuci dalam bancuhan tepung.
  5. Kemudian goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Tip: boleh tambahkan telur untuk melembutkan dan merangupkan cucur.

Sedapnya Nasi Ambeng Yang Dimasak Oleh Rozita Che Wan & Aunty Aini.

Jangan lupa Tonton Rasa Projek Gerenti Jadi

Program masak yang sentiasa kecoh dan meriah, yang dihoskan bersama Rozita Che Wan  bersama Aunty Aini serta para tetamu jemputan mereka dalam memeriah episod-episod seterusnya dengan menu baru lebih menarik lagi. Kot-kot korang boleh  menjadi ilham kepada korang yang ingin mengadakan kenduri atau rumah terbuka raya nanti.

Pastikan anda semua tidak ketinggalan  tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI