Cara Buat Kek Keju Sedap Hanya Guna Krim Keju, Susu Pekat Manis & Telur. Mudahnya!

Share

Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, anda boleh hasilkan kek keju sedap yang lembut dan gebu. Ramai yang dah cuba tau. Malah resipi ni juga telah dikongsi hampir puluhan ribu kali di Facebook. Jangan tak percaya. Rata-rata yang dah ‘try’ tu bagi feedback yang bagus. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norlizah Mohd Yacob ni. Bolehlah buat untuk keluarga di hari cuti nanti

 

RESIPI KEK KEJU SEDAP HANYA GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm krim keju
  • 3 biji telur gred B
  • 120gm susu pekat manis

 

CARA MEMASAK:
Langkah 1:

  • Pukul krim keju dan susu pekat hingga berkrim dan tidak berketul.
  • Dalam bekas berlainan, asingkan putih dan kuning telur.
  • Pukul putih telur hingga jadi meringue.
  • Masukkan kuning telur ke dalam adunan krim keju. Pukul lagi hingga sebati.


Langkah 2:

  • Campur adunan meringue dengan adunan kerim keju. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.


Langkah 3:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
  • Letak acuan kek dalam loyang dan isi air. Bakar kek secara ‘water bath’.
  • Setkan suhu 160C dan bakar kek selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
  • Kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar kek selama 25 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.
  • Cucuk lidi pada kek. Jika kek tidak melekat, itu tandanya kek sudah masak.
  • Biarkan kek sejuk selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari ketuhar.


Hasilnya:

Kredit resipi & foto: Norlizah Mohd Yacob

 

PETI SEJUK tak muat & nak beli FREEZER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN