Kalau sebut tentang ikan masin, buat kita terleleh. Tambah pula dapat ikan masin jeruk dimakan pula dengan nasi panas-panas. Kalau ada yang nak membuat sendiri berikut dikongsikan caranya. Ikannya terpulang. Ini digunakan ikan belanak. Tak kisah nak guna ikan apa pun, janji sedap.
Janji diperam di tempat gelap selama dua minggu.
Cara membuat:
1) Rendam ikan dengan asam keping dan cuka selama satu jam.
2) Toskan cuka dan lumur ikan dengan garam dalam tiga jam.
3) Rendam dalam minyak, ambil ikan dan asam saja.
4) Peram dua minggu ikan tu dan biarkan ia dalam minyak. ( dengan syarat dalam bekas bertutu ya.)
credit : Raffizah Redzwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Elak Minyak Panas Mercik Masa Menggoreng.
Minyak merecik semasa menggoreng ikan atau kuih muih bergoreng, biasakan? Ini juga alasan anak dara takut masuk dapur. Emak-emak yang dah biasa masak, buat tak kisah je. Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedehkan. Jadi untuk selesaikan masalah ini semua, RASA nak kongsikan enam cara nak kurangkan minyak merecik semasa menggoreng yang korang semua boleh cuba. Senang je.
1. KURANGKAN KANDUNGAN AIR
Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.
2. TENTUKAN KEPERLUAN MINYAK UNTUK MENGGORENG
Minyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng. Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.
3. TAPIS BAHAN PERAPAN
Pastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.
4. ELAK GUNA MINYAK TERLALU PANAS
Kerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan korang semua.
5. TABUR GARAM DALAM MINYAK
Saran ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng.
6. GUNA KUALI BERPENUTUP
Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.
Boleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng. Selamat mencuba!
Opah Ajar Masak Gulai Kari Tumis Darat, Guna 3 Teknik Jer! Lagi cepat dan Sedap…
‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis. Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.- Hasnita Shaari
CARA MEMASAK:
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Siap.
Kongsi resipi: Hasnita Shaari
Sekali Goreng Minyak Masak Dah Hitam, Ini Cara Bersihkan.
Pernah menggoreng menggunakan minyak masak baru sekali dan kotor dan hitam, terutamanya bila goreng makanan yang mudah hangus dan banyak campuran bahan perapan. Nak buang macam sayangkan, sebab baru sekali guna. Macam mana nak buat ni. Usah risau RASA boleh bantu jernihkan semula minyak masak tersebut dan minyak selamat digunakan semula tanpa risiko. Tapi kenalah baca info di bawah ini:-
Nasi
Ini cara paling mudah dan tak perlu keluar duit, kalau ada lebihan nasi, ambil segenggam nasi dan kepal-kepal hingga bulat. Masukkan dalam kuali berisi minyak jelantah yang panas dan golek-golekkannya hinga semua kotoran melekat pada nasi. Lakukan berulang kali dan ia memerlukan lebih dari satu kepal nasi ye.
Kentang
Kalau tidak ada nasi boleh juga guna kentang, caranya sama sahaja dengan nasi kepal. Korang hanya perlu kupas dan potong kentang kepada beberapa bahagian kemudian masukkan dalam minyak jelatan panas, golek-golek potongan kentang hingga minyak bersih semula.
Arang
Arang atau charcool juga boleh digunakan kerana sifatnya arang boleh menyerap kotoran dalam minyak. Caranya, kisar arang hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan dua genggam serbuk arang untuk 1 liter minyak jelantah panas, kemudian kacau hingga minyak menjadi lebih bersih dan boleh digunakan semula.
Kulit Pisang
Kulit pisang jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membersihkan minyak lelantah. Kerana kulit pisang masak mempunyai karbon yang boleh menyerap kotoran. Potong kulit pisang kemudan letakkan dalam penapis minyak dan penapis tersebut diletakkan di atas bekas tadahan minyak. Dengan cara ini kotoran akan melekat pada kulit pisang. Kalau ingin lebih mudah dan cepat. Kisar kulit pisang tesebut ambil ampasnya dan letakkan di dalam penapis minyak kemudian tapis minyak jelatah.
Mudah dan boleh menjimatkan minyak masakkan? Cubalah dulu ye…