Esok ‘off day’, nak makan apa sarapan esok ya. Apa kata cuba buat kuih muih tradisional dari Terengganu. Sedap dan sungguh mengenyangkan.

Mak-mak kena turunkan ilmu masakan pada anak dara dan teruna kat rumah tu. Jom cuba masak…

1. KAYU KERAMAT

BAHAN-BAHAN : 

  • 1/2 kg tepung gandum 
  • 1 camca teh soda birkabonat 
  • 1/2 sudu makan yis segera  
  • 6 camca makan gula 
  • 2 cawan air suam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan majerin/dicairkan 

CARA MEMASAK :
1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih.
2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 
4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi. 
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam)) 
6. Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.

INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat
mengenyangkan.

 Saiz hidangan : 50 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan kuih muih
Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan

2. CHE MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul ubi keledek (warna oren)(saiz sederhana)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Gula secukupnya

*Satu sudu makan gula untuk inti setiap ketul che mek molek
*Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan dilecek,buang kulitnya

CARA MEMASAK
1. Gaul ubi keledek dengan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut.
2 Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
3. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
4. Angkat bila kekuningan.

INFO CHEF : Doh perlu lembut jadi jangan gunakan terlalu banyak tepung gandum. Kuih akan menjadi keras.

Saiz hidangan : 15 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih muih
Keistimewaan : Tinggi fiber dan karbohiderat.

3. PULUT NYOR/NYIOR

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan air
  • Garam secukupnya
  • Kelapa parut digaul garam dan gula / secukupnya
  • Garam dan gula

*Ikan kering goreng (dihidang bersama)

CARA MEMASAK :
1. Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’.
2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat.
3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa.
4. Enak dimakan bersama ikan kering

INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.

Saiz hidangan : 10- 12 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik
Jenis masakan : Beras pulut
Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan

4. AKOK BERLAUK

BAHAN-BAHAN :

BAHAN INTI:

  • 1 kg isi ayam
  • 2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
  • 2 biji bawang besar / dikisar
  • 1 labu bawang putih /dikisar
  • 2.5 sm halia
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 sudu makan kerisek
  • 1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
  • 3 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • 220 ml air
  • 4 biji bawang besar /dipotong dadu

BAHAN KULIT AKOK :

  • 10 biji telur
  • 8 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit esen vanilla (jika suka)

CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu
5. Masak hingga kering.
Cara masak kulit akok/bauhulu
1 .Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja.
3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan.
4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius.
5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti.
6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti.
7. Bakar lagi sehingga kekuningan

INFO CHEF :
Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.

Saiz hidangan : 60 biji
Masa memasak :40 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.