Lauk gulai kuning lengkuas ikan aya atau ikan tongkok selalu jadi hidangan pagi di negeri Pantai Timur. Makan dengan sambal belacan memang padu rasa.
Dapat pula kalau yang memasaknya mak-mak yang mahir memasak memang lagi sedap rasa. Cukup rasa dan pekat gulainya. Cuma bila kita buat sendiri rasanya tak sama, gulai tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.
Bagi yang menikmati gulai kuning lengkuas ikan yang sedap perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.
Menurut Afy cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!
Cara buat gulai kuning lengkuas ikan aya
Bahan kisar
-7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
-3 ulas bawang putih
-7 hiris bulat nipis lengkuas
-3 inci kunyit hidup
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-3 sudu besar cili kering kisar
Bahan rebusan bersama ikan aya
Ads
1 kg ikan aya
3 sudu besar garam
1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)
4-5 hiris nipis lengkuas
3 hiris nipis halia
Cara membuat:
1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh kalau guna santan dalam plastik, sukat ikut kuantiti santan tadi).
Ads
3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Seimbang rasa masin manis sahaja.
Ads
5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.
6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
7. Tutup api selepas 10 minit.
Nak lagi sedap hidang dalam bungkusan macam ni.
Tip gulai kuning ikan aya makin sedap dan pekat
Orang Kelantan biasa guna ikan aya putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.
Pernah cuba rasa IkanRebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
CARA MASAK IKAN REBUS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan selayang @ sardin – basuh bersih
Air secukupnya
2 keping kecil manisan @ gula melaka
7 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk perasa – jika suka
2 sudu makan garam halus
2 sudu makan pes asam jawa – campur dengan air
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja. 2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa. 3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur. 4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng. 5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.
Resipi ikan kembung masak lemak tumis halba ini antara masakan yang disediakan bila ada kenduri keluarga Syalfarina Razali.
Menurut beliau inilah cara ibunya menyediakan hidangan masak lemak. Rasanya memang istimewa kerana halba yang digunakan selain ikan yang terlebih dahulu disalai.
Cara buat ikan kembung masak lemak tumis halba
Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung -disiang dan dibasuh bersih
3 biji bawang merah saiz sederhana -ditumbuk
3 ulas bawang putih -ditumbuk
2 batang serai
1/2 sudu kecil halba
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 kotak kecil santan
3 keping asam keping
Kacang panjang -dipotong
Garam, gula dan perasa
Cara memasak
1. Salai seketika ikan kembung atas api agar ada rasa ‘smoky’ Jangan lama sangat, asalkan tercabut sudah memadai. Boleh saja salai atas non stick pan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masuk setengah halba, serai dan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit (boleh juga gunakan kunyit hidup), diikuti cili kisar.
4. Masukkan 1 kotak kecil santan. Tambahkan air untuk kuah. Agak-agak jangan cair.
5. Apabila mendidih, masukkan asam keping, ikan dan setengah lagi santan kotak kecil. Masukkan kacang panjang sekali.
6. Kemudian tambah garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau, kemudian boleh tutup api apabila santan terbit minyak.
Hidangkan lauk ini bersama sambal belacan dan nasi. Memang sedap, tak tipu!
Sambal Tumis Ikan Kembung ni adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk membuka selera keluarga. Menu ringkas sebegini pun dah cukup membuatkan suami dan anak-anak makan bertambah. Malah resipi Sambal Tumis Ikan Kembung perkongsian saudari Juma Natull ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
3 senduk cili kisar (cili kering yang dikisar dengan bawang merah besar)
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!