
Jom kali ini kita mendonut lagi! Kali ini, kita kongsikan resipi dan cara macam mana nak buat donut pandan pula.
Resipi yang dikongsikan SuiSan Aliezsha ini, ditambah susu full cream dan diuli secara manual, menjadikan rasanya sangat sedap dan gebu.
Buat anda yang ada mesin bread maker, boleh saja buat terus putar dan diadun sehingga menjadi doh.
DONUT PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) – beli online di sini
2 peket yis mauripan – beli online di sini
4 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi) – beli online di sini
Daun pandan (kisar untuk dapatkan 1 cawan air pandan + pewarna hijau apple, pewarna ni ikut suka nak letak atau tak nak letak pun tak apa)
1 cawan susu full cream + 5 sudu susu pekat + 1 sudu teh cuka apple (dijadikan buttermilk)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung, marjerin dan mauripan.
2. Gaul sebati. Kemudian, masukkn air pandan dan air susu.
3. Gaul sampai jadi doh. Kalau kurang, tambah susu full cream.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Uli sehingga kembang. Biarkan seketika, kemudian dah boleh mendonut.
5. Biarkan donut kembang 2 kali ganda. Kemudian, boleh goreng macam biasa.
6. Apabila goreng donut, api jangan terlalu panas.
7. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Sejukkan dulu. Kemudian, boleh gaulkn dengan gula icing.
8. Ikut anda nak salutkan dengan gula kastor atau snow powder. Mana-mana pun boleh.
Kredit resipi: SuiSan Aliezsha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pekat & Menyelerakan, Ini Cara Buat Mi Kari Pak Ku Yang Asli
Kerap Disangka Wanita, Chef Ini Kreatif Hasilkan Donut Pelangi
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat Sendiri! Aneka Kuih Muih Popular Di Bulan Puasa.

Tatkala berbuka, tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan kuih muih di meja. Mulut pasti mahu menikmati kuih-muih manis dan pedas sebagai kudapan selepas menjamah hidangan utama. Malah ada yang lebih gemar berbuka dengan kuih muih sahaja sebagai pengalas perut sebelum menunaikan solat terawih. Oleh itu RASA menampilkan beberapa resipi kuih muih yang boleh anda cuba tatkala berbuka nanti.
1. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung jagung
- 170gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 25gm tepung kastard
- 350ml air
- 2 sudu makan mentega
- 4 biji telur
- 1 tin jagung manis
- Sedikit bijan
- Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
- Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
- Masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
- Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
- Bakar pada suhu 180C selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
2. LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm labu | dikukus dan dilecek
- 100gm tepung gandum
- 100gm santan
- 85gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- ½ biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
- Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
- Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
- Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
- Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
- Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna santan segar untuk hasil lepat yang enak. Elakkan mengguna santan segera kerana ia memberi rasa berlainan pada kuih.
3. KOCI LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung pulut
- 60gm tepung pulut hitam
- 375ml air
- Secubit garam
- Daun pisang secukupnya | dilayurkan
- Sedikit minyak masak
- 1 cawan pati santan ( ditambah secubit garam)
BAHAN INTI:
- 1 biji kelapa parut putih
- 1 ketul gula Melaka
- 225gm gula pasir
- 2 helai daun pandan | disimpul
- 125ml air
BAHAN PATI SANTAN:
- 400ml santan pekat
- 2 sudu makan tepung beras
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan intinya, masak gula Melaka, gula pasir dan air sehingga larut. Kemudian masukkan daun pandan serta kelapa parut. Masak hingga inti kelihatan agak kering. Angkat dan sejukkan.
- Manakala bagi menyediakan pati santan, campurkan tepung beras bersama santan pekat dan garam. Kacau sebati dan masak sehingga pekat. Ketepikan.
- Untuk doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah air jika perlu.
- Ambil sedikit adunan doh dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan. Ulang langkah sehingga adunan habis.
- Masukkan kuih koci ke dalam mangkuk pati santan. Kemudian sudukan kuih koci berserta pati santan ke atas daun pisang yang telah disapu minyak di permukaannya.
- Lipat bungkusan kuih koci dengan kemas dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain dicelup ke dalam mangkuk berisi pati santan, anda juga boleh meletak doh kuih koci di atas daun pisang dan barulah disudukan pati santan.
4. TALAM UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan parutan ubi kayu| anggaran 1 kg ubi kayu diparut halus dan diperah airnya
- 300ml air
- 50gm tepung jagung
- 300gm gula melaka
- 100gm gula pasir
- 400ml air
- Daun pisang secukupnya
- Minyak masak
LAPISAN PUTIH:
- 80gm tepung beras
- 400gm kelapa parut
- 1250ml air
- 3 sudu makan tepung jagung
- 1 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Satukan gula merah, gula pasir dan 400ml air sehingga larut. Tapis dan ketepikan.
- Kisar ubi kayu parut dengan 300ml air kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan air gula Melaka dan juga tepung jagung. Kacau sebati.
- Masak menggunakan api sederhana sehingga adunan kelihatan hampir pekat. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles sedikit minyak dan dialas dengan daun pisang.
- Ratakan adunan dan kukus selama 30 minit.
- Bagi menyediakan lapisan putih, kisar kelapa parut dan juga air bagi mendapatkan santan.
- Kemudian satukan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam. Kacau sebati dan masak seketika sehingga naik wap.
- Tuang lapisan santan di atas lapisan ubi yang dikukus tadi. Kukus kembali selama 40 minit atau sehingga masak.
- Angkat dan sejukkan seketika sebelum dinikmati.
Info chef: Sebelum menuang lapisan santan, pastikan permukaan lapisan ubi kayu digores sedikit menggunakan garpu bagi memastikan kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.
5. GERODOK TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 500ml pati santan
- 250gm gula Melaka
- 125ml air
- 10 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan sehingga larut. Sejukkan seketika.
- Seterusnya masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Tapis.
- Oles sedikit minyak masak pada permukaan acuan. Tuang adunan telur tadi dengan secukupnya.
- Kukus adunan tersebut selama 30 minit atau sehingga gerodok kelihatan kental.
- Sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
6. PUTERI MANDI
BAHAN DOH:
- 300gm tepung pulut
- Sedikit air kapur
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Pewarna kuning, oren dan hijau secukupnya
BAHAN INTI KELAPA:
- 300gm kelapa parut
- 150gm gula Melaka
- 50gm gula pasir | jika perlu
- 250ml air
- Secubit garam
- Sehelai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan inti, masak air bersama daun pandan dan gula Melaka sehingga larut.
- Tambahkan secubit garam diikuti kelapa parut. Kacau sehingga inti kelihatan agak kering. Jika mahukan lebih rasa manis, tambah gula pasir secukupnya. Sejukkan.
- Campurkan tepung pulut, air kapur dan garam. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan.
- Cubit doh dan uli menjadi bentuk bulat. Picit bahagian tengahnya menjadi sedikit leper dan masukkan ke dalam periuk air mendidih.
- Apabila doh timbul di permukaan air, angkat dan toskan air. Masukkan ke dalam mangkuk berisi inti kelapa.
- Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.
7. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 720ml santan cair
- 720ml air
- 5 biji telur
- 350gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang besar | dimayang
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
- Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
- Oles sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan di atas dapur dengan api perlahan.
- Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 acuan. Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili.
- Apabila bahagian tepi kuih kelihatan sedikit garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
Resipi Donat Keju. Lembut & Gebu Memang Sedap

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar donat, resipi Donat Keju perkongsian saudari Safiyya Zaidziqry ni antara yang anda perlu cuba. Bukan donat biasa tau. Ni donut keju. Bila digoreng, meleleh keju cair. Memang menggoda habis! Teksturnya yang garing diluar dan gebu didalam menjadikan hidangan ni sangat enak dan tak puas dimakan. Jom cuba. Nak buat pun mudah je.
RESIPI DONAT KEJU – sukatan doh untuk 12 biji.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1/2 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung – beli online disini
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk vanilla/vanilla powder – boleh abaikan jika tiada. Fungsinya untuk bagi bau wangi.
1 sudu makan yis ( mauripan) – beli online disini
Air suam secukupnya
Keju cheddar – potong 4
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan kering ( tepung gandum, gula, susu tepung, baking powder, serbuk vanilla dan yis). Gaul hingga sekata.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan marjerin. Gaul dan ramas hingga jadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat di tangan. Jangan letak air terlalu banyak sekaligus bagi mengelakkan doh jadi terlalu lembik.
4. Perap doh selama 1/2 jam supa kembang. Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
5. Cubit doh sebesar ketulan cekodok, leperkan dan letak kepingan keju di tengahnya. Pastikan keju dibelah 4. Jika masukkan 1/2 keping keju, nanti donat akan bocor masa digoreng.
6. Tangkupkan doh menjadi bulat. Buat hingga habis adunan. Perap doh seketika sebelum dimasak.
7. Panaskan minyak dan goreng donat hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh juga salut donat dalam gula halus.
Kredit resipi & foto: Safiyya Zaidziqry
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Wadai Kararaban Kuih Banjar , Jom Popularkannya Kembali.

Wadai Kararaban korang pernah nampak dan dengar tak nama kuih ni. Kuih tradisi dari suku kaum Banjar. Kaya berempah dan lemak santan cukup merangsang selera.
Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam laman FBnya. Anak-anak muda rasanya ramai yang tak kenal kuih ni, hehehe. Mehlah belajar buat kuih ni adik-adik dan juga mak-mak juga, khazanah negara ini. Rugi kalau tak dipopularkan.
.
Kuih dari tepung beras ini unik dengan penggunaan rempah ratus kulit kayu manis dan jintan manis.
WADAI KARARABAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/2 cawan santan pekat
Bahan B :
- 100g gula melaka dicairkan
- secubit garam
- 2 cawan santan pekat
- 1 helai daun pandan
Bahan C :
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Sangaikan jintan manis dan kisar halus , tapis dan ketepikan .
2. Satukan pula serbuk kayu manis , santan dan juga jintan manis tadi di dalam periuk .
masak seketika menggunakan api kecil .
3. Tutupkan api dan ketepikan .
4. Satukan pula ke semua Bahan B kecuali daun pandan , kacau sebati .
5. Masukkan separuh adunan Bahan B ke dalam Bahan C .
aduk rata .
6. Tambahkan daun pandan ke dalam baki Bahan B tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih .
7. Pastikan adunan sentiasa dikacau .
8. Kemudian satukan Bahan B bersama Bahan A dan Bahan C .
kacau sebati .
9. Panaskan kukusan .
10.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak ( sy guna acuan muffin ) .
11.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak .
12.Sejukkan sebelum dipotong .
.
13.Siap sedia untuk dihidang.
.
Kredit foto & resipi :FB Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
Perhatian kepada korang yang teringin nak rice cooker @ periuk nasi elektrik yang baru, boleh layari laman ini di EZBuy. Beli online lebih mudah.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :