Cara Buat Bebola Ayam Homemade. Sedap, Bersih & Dijamin Halal

Share

Bebola ayam homemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mummy Chomey. Pasti puas hati.

 

BEBOLA AYAM HOMEMADE. SEDAP, MUDAH & HALAL

BAHAN-BAHAN:

PENAMBAHAN JIKA SUKA:

  • Lobak merah | disagat
  • Daun sup @ daun ketumbar | dihiris

CARA MEMASAK:

1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.

2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.

3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.

4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.

5. Angkat dan toskan airnya. Boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.

 

Kredit resipi & foto: Mummy Chomey

 

[Sertai

Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN