Ads

Cara Buat Ayam Masak Merah Style Kenduri Kahwin Yang Sedap Teruk

Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap teruk. Kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ni RASA kongsikan resipinya.

AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI

Cara Buat Ayam Masak Merah Style Kenduri Kahwin Yang Sedap Teruk

BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)

BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Ads

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)

Ads

CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Resipi oleh Salimah Olie dari Telegram KakiMakan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sate Dengan Timun dan Bawang: Rahsia Menarik Yang Ramai Tak Tahu!

Ketahui rahsia sebenar kenapa sate dengan timun dan bawang sentiasa dihidangkan bersama. Rupanya ada fungsi penting dari segi rasa, tekstur dan kesihatan!