Hari ini teringin makan kuih orang lama iaitu kuih getas. Mungkin ada yang tak kenal dengan kuih ini. Ia menggunakan tepung pulut dan tepung gandum. Mudah nak buatnya, kemudian sira dengan gula seperti buat kuih keria. Memang sedap.
Kuih getas
2 cawan tepung pulut
1 cawang tepung gandum
Sebelah kelapa muda (Di parut)
1/2 sudu garam
Air secukupnya
Cara membuatnya
1.Gaulkan kesemua bahan Di atas. Kemudia masukkan air sehingga menjadi doh.
2.Pastikan doh tidak melekat Di tangan.
3.Ambil talam dan letakkan sedikit minyak. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan dua jari. ( Buat bentuk ikut kesukaan anda.)
Ads
4.Panaskan kuali dan gorengkan.
5.Panaskan kuali. Letakkan air dan gula. Masak sehingga gula bertali. Kemudian sira seperti buat kuih keria.
Jom buat apam kampung untuk berbuka puasa. Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
Apam Kampung, resipi tradisi yang kekal disukai ramai.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Kuih donut memang tidak dapat dipisahkan dengan anak-anak. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan anak ketagih nak makan. Hidang setiap hari pun tak mengapa, tidak menjemukan. Boleh buat baby cakoi dan baby donut, makan panas-panas memang ngam. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Missz Amira.
BABY CAKOI
Langkah 1 3 cawan tepung gandum 2 sudu besar marjerin/mentega/butter 1 sudu kecil garam
Cara membuat: 1.Campur semua dan gaul sampai jadi serbuk roti.
Langkah 2 1 cawan air suam 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1 biji telur 1 sudu besar yis
Cara membuat: 1.Campur semua, kacau sebati dan terus masukkan ke dalam tepung tadi.
Langkah 3 1. Uli hingga sebati. Doh memang lembik sedikit jangan risau, Nanti dah kembang doh akan lebih gebu dan senang dibentuk. 2.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30 /40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh. 3.Bila dah naik/kembang tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
Langkah 4 1.Untuk elak melekat pada tangan gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut. 2.Baby cakoi – gelek-gelekkan doh atas papan bagi panjang dan potong ikut saiz yang kita nak kemudian kepitkan antara dua. 3.Baby donut – bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel 4.Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30/40minit/1 jam) bergantung pada cuaca/yis/doh. 5.Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas. Goreng gunakan api kecil serdahana.
Baby cakoi yang dah naik 2 kali ganda. Sedia untuk digoreng.
Chef Wan bertemu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku memang cukup gamat. Sama-sama pandai berceloteh.
Memang gandingan mantap episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini. Hidangan istimewa yang dimasak adalah Sayur Pecal dan Kuih Badak Berendam. Kedua sajian ini memang dekat di hati Kak Engku.
Dilihat dari gayanya bercerita dan menolong Chef Wan di dapur memang ternyata Kak Engku ini memang mahir memasak. “ Saya bulan puasa memang tak suka hidangan berat-berat atau nasi. Saya suka makan sayur-sayuran dan kuih muih, itu dah cukup kenyang. Iyalah sayur-sayuran kan tinggi serat dan berkhasiat. Lepas berbuka taklah terasa letih atau mengantuk .
Saya suka sayur pecal sebab banyak sayur-sayuran dan kuah kacangnya memang cukup sedap. Kalau orang Jawa mereka siap letak sayur cekur, tu lagi saya suka sebab aromanya sangat wangi dan menyelerakan.Selain itu saya juga makan kerabu, tauhu dan manisan seperti kuih Badak Berendam dan Agar-agar Pandan ,”Kak Ungku berkongsi cerita sajian nostalgia Ramadannya.
Menurut Raja Azura lagi masakan kuah kacang sate dan kuah kacang pecal ada bezanya. Jika kuah kacang sate ada lagi banyak lagi bahan ramuan seperti serai , lengkuas dan halia. Tetapi kuah kacang untuk sayur pecal lebih ringkas ramuannya dan memasaknya juga lebih cepat dari masak kuah kacang sate yang mengambil masa lebih lama.
Kuih Badak Berendam pula memang disukai sejak zaman kanak-kanak lagi. “ Kuih orang dulu-dulu ni bahannya ringkas sahaja seperti tepung beras, gula Melaka dan santan. Nama berlainan tetapi bahan asasnya lebih kurang sama. Contohnya badak berendam dengan kuih koci, orang muda kenalah belajar,”pesan Kak Ungku lagi.
SAYUR PECAL
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan sayur-sayuran dan lain :
55gm keropok goreng | jika suka
CARA MEMASAK :
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
Cara masak doh kuih :
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN, SETIAP JAM 5 PETANG, DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN SALURAN PRIMA HD 121
JANGAN LUPA ESOK BERSAMA PUTERI SULUNG CHEF WAN, SERINA CHEF WAN.
Nak tahu apa yang diborak dan dimasak oleh dua beranak , jangan lupa tunggu esok tau. Tinggal tiga lagi episod aje ni, rugi kalau tak tonton.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.