Kehangatan Hari Raya Aidilfitri kian terasa. Setelah sekian lama tidak menyambutnya dengan sempurna, tahun ini Syawal kembali bermakna apabila berpeluang pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari lebaran bersama-sama.

Selain berpeluang berjumpa sanak saudara, paling ditungu tentunya aneka juadah raya yang enak untuk hidangan di hari lebaran dan juga sajian buat tetamu yang datang bertandang.

Risau masakan anda ‘kurang menjadi’ sebab sudah lama tak masak dalam jumlah yang banyak? Jangan risau… Rangkaian produk dari Ajinomoto Malaysia kan ada. Pastinya boleh membantu anda di dapur bagi menambahkan lagi keenakan masakan raya.

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

Ajinomoto membantu menjadikan tugas-tugas memasak anda jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu guna banyak penambah perisa. Hanya sedikit sahaja, sudah cukup menaikkan rasa. Paling penting, menu-menu tersebut enak, kekal bergizi dan berkhasiat.  

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

 

Tak perlu gusar lagi. Jadikan AJI-NO-MOTO® Penambah Perasa, Seri-Aji® Perencah Berasaskan Menu dan Tepung Goreng, AJI-SHIO® Lada Berperisa, Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu & TUMIX® – Perencah Pati Ayam dan Ikan Bilis sebagai teman pembantu di dapur di musim perayaan ini.

Istimewa buat anda, Ajinomoto Malaysia ingin bersama-sama meraikan Syawal dengan kongsi pelbagai resipi menu raya yang boleh dimasak sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Semuanya sedap dan mudah disediakan. Semoga sambutan tahun ini lebih bermakna buat anda sekeluarga. Selamat mencuba!

 

1. TAUHU BERGEDIL

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN A: INTI

  • Secukupya   minyak masak
  • 200 g  isi ayam – dicincang
  • ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
  • 2 biji   kentang russet – dibuang kulit dan di potong nipis
  • 1 batang daun bawang – dihiris
  • 4 sudu besar bawang goreng
  • 2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa 

BAHAN-BAHAN B:

  • 18 tauhu goreng
  • 2 biji telur – dipukul
  • ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
  • 8 biji cili padi – dihiris

BAHAN-BAHAN C: SOS

IKLAN
  • 10 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan kicap manis
  • 1 sudu kecil  jus limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan isi ayam.
  2. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, kacau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan secukupnya minyak masak, gorengkan kentang sehingga lembut dengan api perlahan.
  4. Lenyekkan kentang sehingga lumat.
  5. Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Gaul sehingga sebati.
  6. Potong permukaan tauhu kering dan masukkan inti kedalam tauhu.
  7. Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa.
  8. Salutkan tauhu dengan bancuhan telur dan goreng sehingga keperangan.
  9. Untuk membuat sos, kisarkan kesemua bahan (C) sehingga lumat.
  10. Taburkan cili padi pada tauhu. Sedia untuk dihidang.

 

2. RENDANG AYAM

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 kg ayam – dipotong
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan
  • ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 20 g gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar kerisik

BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR

  • 1 biji   bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 2 inci  halia
  • 1 inci  lengkuas
  • 2 inci  kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering – direbus
  • ½ cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, kacau dan biar sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan masukkan santan.
  4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, gula Melaka, kicap manis dan garam.
  5. Kacau sehingga sedikit kering dan naik minyak.
  6. Tambahkan kerisik, gaul sekata dan masak sehingga kering.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

3. KUAH LODEH

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 ½ liter air
  • 250 g  kubis, dipotong
  • 150 g  lobak merah – dipotong nipis
  • 150 g  kacang panjang – dipotong
  • 1 cawan udang – dibersihkan
  • 1 keping santan
  • 1 keping fucuk – direndam
  • 30 gm suhun – direndam
  • 1 keping tempe – dipotong kepingan dan digoreng
  • 2 keping tauhu – dipotong kepingan dan digoreng
  • 3 sudu besar RASA SIFU™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • 2 sudu kecil  gula

BAHAN-BAHAN A: DIKISAR

  • 1 biji   bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci  halia
  • 3 inci  kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering – direbus
  • 15 gm udang kering
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang dan santan. Didihkan sehingga sayur sedikit masak.
  4. Masukkan pula fucuk, suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
  5. Perasakan dengan RASA SIFU™ dan gula. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

IKLAN

 4. REMPEYEK

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah
  • 20 gm tepung beras
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ¼ sudu kecil serbuk jintan putih
  • 100 ml santan
  • 200 ml air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1 biji telur
  • 150 gm kacang tanah – disangai
  • 150 gm ikan bilis, dibasuh dan dikeringkan
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah bersama tepung beras, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Gaul sebati.
  2. Masukkan santan, air, air kapur dan telur. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak masak dengan api perlahan dan celup acuan seketika.
  4. Letakkan 1 sudu kecil bancuhan tepung di atas acuan.
  5. Masukkan sedikit kacang dan ikan bilis.
  6. Masukkan acuan di dalam minyak panas. Tunggu sehingga rempeyek tertanggal dari acuan. Goreng sehingga keperangan.
  7. Ulang sehingga bancuhan habis.
  8. Sedia untuk dihidang.

5. PULUT KUNING

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN A:

  • 450 gm beras pulut susu
  • 650 ml air
  • 1 keping asam keping
  • 1 paket SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g
  • 2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil  garam
  • 2 sudu kecil  gula

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras sehingga bersih.
  2. Rendam selama 1 jam bersama-sama bahan-bahan (A), kecuali daun pandan.
  3. Tapis dan cuci bersih beras pulut.
  4. Kukus beras bersama daun pandan selama 15 minit.
  5. Campurgaulkan bahan-bahan (B).
  6. Keluarkan pulut dari pengukus. Tuangkan bancuhan (B) ke atas pulut. Gaul rata.
  7. Kukus semula selama 10 minit atau sehingga santan kering.
  8. Sedia untuk dihidang.

 

6. SATE

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi ayam / daging lembu – dipotong dadu
  • 40 batang lidi sate
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak masak

BAHAN-BAHAN A: DIKISAR

  • 2 biji   bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci  kunyit hidup
  • 1 inci  halia
  • 1 sudu kecil  serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil  serbuk jintan manis
  • 1 ½ sudu besar TUMIX®Perencah Pati Ayam
  • 5 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • ¼ cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus ke semua bahan-bahan (A).
  2. Campurgaul bersama isi ayam atau daging, cucuk pada lidi dan perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  3. Gaul sebati air, gula dan minyak masak.
  4. Panaskan kuali leper atau pemanggang, panggang sate.
  5. Renjiskan sate dengan campuran air gula ketika memanggang.
  6. Sedia untuk dihidang.

 7. KEREPEK POPIA PEDAS

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 24 keping kulit popia – saiz sederhana
  • 2 sudu besar tepung ubi – dicampur dengan 3 sudu besar air
  • 1 liter minyak masak
  • 1 sudu kecil asam jawa – dicampur dengan ¼ cawan air
  • 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar bijan

BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 18 tangkai cili kering – direbus

CARA MEMASAK:

  1. Potongkan kulit popia kepada 2 keping segi empat tepat.
  2. Gulungkan kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan campuran tepung ubi.
  3. Potongkan menyerong sepanjang 2 cm.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
  5. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  6. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula.
  7. Apabila sambal mendidih, masukkan kulit popia goreng dan gaul rata.
  8. Taburkan bijan di atas permukaan dan gaul rata.
  9. Biarkan ianya sejuk dan sedia untuk dihidang.

8. AYAM MASAK MERAH

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – dipotong
  • 1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan
  • Secukupnya minyak masak

BAHAN-BAHAN A: KUAH

  • 3 paket SERI-AJI® Perencah Masak Merah
  • ¾ cawan air
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 1 biji bawang kuning – dihiris bulat
  • 2 tangkai daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan.
  2. Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
  3. Gaul SERI-AJI® Perencah Masak Merah bersama air sehingga sebati.
  4. Panaskan ½ cawan minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
  5. Masukkan bancuhan SERI-AJI® Perencah Masak Merah, didihkan sehingga pekat.
  6. Masukkan ayam goreng dan bawang kuning. Gaul sehingga kuah menyaluti ayam.
  7. Hidang dan taburkan daun ketumbar di atas ayam masak merah.
  8. Sedia untuk dihidang.

 9. SAMBAL GORENG JAWA

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sudu besar asam jawa – dibancuh bersama sedikit air
  • ½ sudu besar kicap manis
  • 1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 200 gm lobak merah – dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
  • 12 ekor udang – dibersihkan
  • 200 gm kacang panjang – dipotong memanjang
  • 1 keping tempe – dipotong nipis dan digoreng
  • 2 biji tauhu – dipotong nipis dan digoreng
  • 200 gm kentang – dipotong kecil dan digoreng
  • 50 gm suhun – direndam sehingga lembut
  • 1 keping fucuk – direndam sehingga lembut

BAHAN-BAHAN A: DIKISAR

  • 3 biji   bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering – direbus
  • 1 inci  halia
  • 1 batang serai – dipotong kasar
  • 5 gm udang kering
  • ½ cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar (A) sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan Rasa SifuTM. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.
  4. Masukkan udang dan kacang panjang, gaul sehingga udang masak.
  5. Campurgaulkan sehingga sekata bersama tempe, tauhu, kentang, suhun dan fucuk.
  6. Sedia untuk dihidang.

10. ROTI JALA BERSAMA KARI AYAM

10 Resipi Menu Mudah & Sedap Boleh Hidang Untuk Tetamu Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN ROTI JALA:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • ½ cawan santan
  • 2 biji   telur
  • 1 sudu kecil  serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil  AJI-NO-MOTO®
  • 2 sudu besar minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan semua bahan bersama AJI-NO-MOTO® sehingga lumat dan sebati. Tapiskan bancuhan.
  2. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas kuali leper membentuk jaring.
  3. Setelah masak, lipatkan satu bahagian ketengah, lipatkan kiri dan kanan untuk membentuk segi empat dan gulung membentuk silinder. Ulang untuk kesemua bancuhan.
  4. Sedia dihidang bersama kari ayam.

BAHAN-BAHAN KARI AYAM:

  • ½ cawan minyak masak
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 200 g  isi ayam, dipotong kecil
  • 50 gm kentang, dipotong dadu kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar asam jawa – dicampur dengan 2 cawan air
  • ½ cawan santan
  • 1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
  • 1 sudu kecil  gula
  • 1 sudu kecil  garam

BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS

  • 1 ½ biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 inci  halia

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan-bahan (A) dan (B) hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air asam jawa. Biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, garam dan gula.

 

Nak dapatkan lebih banyak resipi menu raya, info lebih lanjut mengenai rangkaian produk serta aktiviti-aktiviti menarik dari Ajinomoto Malaysia, lawati laman web https://www.ajinomoto.com.my/hari-raya-recipes,  www.ajinomoto.com.my dan facebook Hi Ajinomoto MY https://www.facebook.com/HiAjinomotoMY

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI