Kanak-kanak sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 7 keping waffle. Cukup untuk jamu 1 keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Salina Saad ni. Mudah & pasti menjadi.
WAFFLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
Jem kegemaran/mentega kacang/coklat/nutella
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
Ads
2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.
3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)
4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.
Ads
6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.
7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.
Pernah cuba makan Roti Hamlet Kaya? Ha…Bagi yang belum pernah mencubanya, anda harus buat dan nikmati keenakan hidangan ini. Ia berupa roti yang dimasak bersama telur dan dimakan bersama kaya. Sangat enak. Ada rasa lemak, masin dan manis. Anak-anak terutamanya pasti suka. Sesuai dimakan pada bila-bila masa. Saudari Nani Habib ada kongsikan cara-cara menyediakan hidangan ini. Jom cuba!
Memang sedap kalau salad buah ni dibuat menggunakan buah-buahan yang segar lepastu disimpan di dalam peti fuhhh memang laju je makannya nanti. Nak buat salad buah ni bukannya susah, kena bijak pilih buah-buahan yang bersesuaian lepastu bahan-bahan lain yang digaul sebati dan sempurna.
Resipi salad buah ini telah dikongsikan oleh Rozita Daud di Facebook. Saya akan kongsikan bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ni dengan lengkap dan juga cara penyediaan salad buah dari awal sampailah akhir. Jangan risau anda takkan gagal buat salad buah ni. Jom cuba!
SALAD BUAH SEGAR
BAHAN-BAHAN BUAH:
1/2 kg anggur merah 2 biji epal hijau (potong dadu) 2 biji epal merah (potong dadu) 2 biji mangga (hiris kiri dan kanan betul-betul di biji mangga dan potong dua baru dadu-dadu)
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 yogurt strawberi 1/2 botol sos salad buah-buahan 1 paket kismis hitam 1/2 cawan biji selasih 1 tin susu cair
CARA PENYEDIAAN:
Potong buah-buahan yang digunakan mengikut bentuk.
Sambil itu, rendam biji selasih dalam air panas dan biarkan kembang.
Kemudian, campurkan kesemua bahan dalam satu bekas. Letakkan susu cair paling terakhir.
Gaul semua bahan sehingga sebati, bila sudah siap boleh simpan dalam peti ais selama 2 jam supaya kismis kembang dan salad menjadi pekat.
Kredit: Rozita Daud
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari.
Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING HOMEMADE
BAHAN KULIT MURTABAK:
CARA BUAT DOH: 1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati. 2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker) 4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya. 5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi. 2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK) 1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali. 2. Masak inti dan bentukkan segi empat. 3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
BAHAN JERUK BAWANG BESAR:
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan simpan dalam chiller sebelum dinikmati bersama murtabak.