Sedapnya kuih serabai cicah serawa durian. Sememangnya gandingan padu! Dinikmati pula ketika minum petang. Syahdu habis, dalam tak sedar dah berapa keping layan serabai.
Buat kuih serabai ini mudah saja. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma, perlu cari durian untuk membuat serawa durian. Ikuti perkongsian resipi mudah daripada Qaseh Aisyah Linda ini. Jom kita buat.
Kisarkan nasi sejuk dengan air sehingga halus. Kemudian, masukkan tepung beras, garam dan santan. Satukan kesemua bahan tersebut.
Satukan semua bahan-bahan yis yang bertanda * di atas. Kemudian tutup. Biarkan sehingga yis naik.
Setelah yis cukup naik, masukkan ke dalam adunan tepung beras tadi. Kacau rata.
Kemudian, simpan dalam bekas yang tertutup selama 2 jam sehingga adunan kembang cantik.
Oleskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan atau pan. Tutup pan dengan penutup periuk sehingga dapat adunan berlubang-lubang. Biarkan adunan masak sekata. Buat nipis-nipis saja.
Sedapnya kuih Bolu Kukus Mekar ni. Rupanya seakan isi buah naga. Nampak gebu dan lembut. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ini tidak menggunakan air soda. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah. 3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag. 4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh. 5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.
6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih. 7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar. 8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.
TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH
1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu. 2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari. 3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih. 4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain. 5. Kukus dengan api paling besar. 6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya. 7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.
Sedapnya Risoles ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi kulit Risoles yang dikongsi oleh saudari Juju Minhad. Intinya? Terpulang pada cita rasa masing-masing. Boleh sahaja guna inti karipap sahaja. Ringkas bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.
BAHAN INTI & SALUTAN: Inti secukupnya Telur Serbuk roti – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan untuk kulit dan kisar menggunakan blender hingga sebati. Kemudian tapis untuk memastikan adunan mulus dan tidak berketul 2. Panaskan kuali tahan lekat kemudian tuang adunan doh untuk membuat kulitnya. 3. Pastikan kulit dibuat nipis-nipis. Jangan tebal. 4. Bila sudah habis kulitnya, ambil sekeping dan hamparkan. 5. Letak inti yang telah dimasak dengan secukupnya dan gulung seperti kuih ketayap.
6. Celup ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut rata.
8. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles tadi hingga kekuningan.
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Inti terpulang pada selera dan cita rasa masing-masing. Antara inti Risoles yang boleh digunakan adalah inti sardine, daging. Empunya resipi buat inti ayam dan ketang ala-ala inti karipap.
Hari ni nak kongsi resipi buat donut yang gebu dan cantik kejadiannya. Kadang geram je rasa bila buat donut tapi tak berapa gebu, kan?
DONUT GEBU
Bahan A
2 sudu besar yis mauripan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
Campur bahan ini dah biarkan kembang
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara membuat
1. Gaul Bahan B sehingga jadi macam serbuk roti. Kemudian campur Bahan 1. Gaul rata.
2. Masuk dalam bekas dan biarkan kembang (saya perap 15 minit saja).
3. Selepas 15 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk adunan.
4. Kemudian terap gunakan acuan (dan perap lagi 15 minit).
5. Goreng api perlahan. Angkat dan biarkan seketika. Salut gula.
Info:
– Guna mug untuk menyukat.
– Adunan dapat dalam 15 biji (kalau nak banyak gandakan adunan)
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!