Kerangupan kacang dhal yang menjadi bahan utama Masala Vadey ni memang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tak sampai 10 minit dihidang dah licin pinggan, cerita pemilik resipi ini Kathy Kay.
Sedapnya melangkaui selera rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum. Siapa tak suka bunyi krap krup saat mengunyah vadey masala. Jom semak resipi dari Kathy Kay- JOM Jenguk Dapur KK.
MASALA VADEY
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 kg kacang dal tanpa kulit
* kalau dapat yang dal Australia lebih bagus kurang bau, lebih besar dan sedikit leper .
* rendam sekurangnya 3- 4 jam. Kecuali ada pengisar kuasa tinggi.
4 biji bawang besar | dihiris kecil
2 inci halia. | diparut halus
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
8-10 tangkai cili kering digunting kecil
2 biji cili hijau| digunting kecil
2 tangkai daun kari | digunting kecil
2 sdt garam masala
Garam secukup rasa
*beberapa tangkai daun kari. Goreng garing dan tabur. * Goreng sedikit setiap kali selepas gorengan kuih, untuk kuih yang lebih wangi.
CARA MEMASAK :
Cuci dan tos kacang dal
Kisar menggunakan sedikit air sekadar boleh kisar.
3. Tinggalkan sedikit yang tidak kisar. Dalam 2 genggam. 4. Campurkan yang kisar dan yang kasar. Gaulkan
Masukkan senua bahan lain dan gaul rata.
Ads
5. Masa ni tengok adunan. Jika basah berair. Curah adunan dalam penapis halus. Dan biar sejat. Jika terlalu basah. Semasa goreng kuih akan pecah. 6. Panaskan minyak. Biar betul panas. 7. Goreng setangkai daun kari. Keluarkan. 8. Ambil sekepal adunan dengan tangan basah. Kepalkan sedikit dan bentuk atas tapak tangan agar cantik terbentuk
9. Masukkan cara perlahan dalam minyak yang panas tadi. Dan biar hingga kekuningan. Baru boleh diterbalikkan. Adunan tidak ada tepung. Jika usik terlalu awal akan pecah. 10. Setiap gorengan jangan terlalu banyak kerana suhu minyak akan menurun. Tidak cukup panas kuih akan berderai hancur
Ads
11. Goreng hingga kuning keemasan atau ikut selera masing-masomg. Ada yang suka hingga betul-betul garing. 12. Toskan. Hidangkan dengan taburan daun kari. Enak dimakan panas. Bersama gigitan cili hijau.SELAMAT MENCUBA.
INFO DAN TEKNIK :
Banyak cili ikut kepedasan masing2. Boleh juga tambah cili padi jika suka.
Minyak pastikan betul2 panas pada setiap gorengan.
Jika adunan terlebih air. Toskan guna penapis yg halus dan biar sejat sebentar.
Adunan yang baik. Adalah yang boleh dikepal dan dibentuk. Tidak pecah bila dialih perlahan.
Fb : Kathy Kay- JOM Jengah Dapur KK
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Ayam Masak Thai ni. Jika dah jemu dengan menu Ayam Pedas, Ayam Halia, Ayam Sambal, Ayam Kicap dan sebagainya, apa kata hari ni cuba menu mudah perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo. Bahan nak masak sangatlah ringkas. Rasanya memang sangat sedap. Jadi anda kena cuba. Dijamin tak menyesal punya.
CARA MASAK AYAM MASAK THAI
BAHAN-BAHAN:
Ayam – dilumur garam & kunyit
1 biji cili merah
2-3 helai daun limau purut
3 batang serai
1 biji bawang besar
Sos ikan
Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
2 biji cili merah
3 biji cili padi
2cm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan. 2. Masak bahan tumis sehingga naik minyak. Seterusnya masukkan serai dan bawang besar. Gaul rata sambil diperasakan dengan sos tiram dan sos ikan. 3. Kemudian masukkan ayam goreng dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya. 4. Bila ayam dah masak dan sekata dengan bahan tumis, masukkan daun limau purut dan hirisan cili merah. Gaul hingga sekata.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati. .
Resipi Ayam Goreng Belacan Daun LimaU ini bukan je guna bahan mudah, tapi hasilnya memang luar jangka. Perapan belacan yang mesra dengan hirisan daun limau purut bagi rasa unik dan aroma menyelerakan. Hidangan sesuai untuk tengah hari atau makan malam, ringkas tapi memuaskan!
AYAM GORENG BELACAN DAUN LIMAU
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 inci belacan
1 biji telur
Sedikit air
BAHAN LAIN:
½ ekor ayam – potong 8
2 helai Daun limau purut – hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
4 sudu besar tepung gandum
Untuk cara memasak dan hasilnya boleh tonton dalam video di bawah. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi semalam ada lebih! Janganlah dibuang kerana boleh dijadikan satu menu yang sangat sedap iaitu Nasi Goreng Telur Ikan Bilis. Memang senang nak buat ni, tak sampai 10 minit confirm dah siap! Sedap dan mengenyangkan pula tu. Jom cuba, boleh jadi bekal untuk suami dan anak-anak esok.
NASI GORENG TELUR IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Halia
4 biji telur
Ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk. Masak hingga naik bau lalu masuk ikan bilis dan goreng hingga garing.
2. Masukkan telur dan gaul sebati. Selepas itu, masukkan 2 sudu sos tiram dan gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul hingga semua sebati. Kemudian, masukkan serbuk perasa dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
Kalau hendak masak untuk satu keluarga yang ada anak kecil, boleh tukar dengan cili yang besar yang biasa itu.
Boleh tambah sayur kegemaran anda seperti kacang buncis atau lobak merah.
Jika ingin pedas boleh tambah cili padi.
Boleh goreng asing ikan bilis rangup dan masuk akhir sekali.