Sedapnya Kuih Tepung Gomak Pandan ni lebih-lebih lagi kalau makan di waktu petang.Lembut, sedikit kenyal dan manis inti kelapanya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Makan sekeping pun rasa tak puas. Berbeza dari resipi yang lain, resipi perkongsian saudari Rozita Daud ini menggunakan keledek oren dalam adunan dohnya. Biasanya resipi lain menggunakan tepoung beras sahaja. Patutlah lebih enak. Jom cuba resipi mudah ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN
BAHAH INTI: 1 biji kelapa muda – ambik bahagian putih sahaja 2 senduk gula merah (*) – beli online disini Sedikit gula pasir (*) – beli online disini
BAHAN DOH: 1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus 1 sudu teh garam 1/2 bungkus tepung pulut – beli online disini Sedikit perasa pandan – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemduian tutup api. Biar sejuk
2.Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian. 3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
4. Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.
5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.
6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis. 7. Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.
8. Angkat dan tokan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.
9. Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.
10. Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.
Biasanya bila sebut mengenai daging salai, ramai yang membayangkan hidangan Masak Lomak Cili Padi. Jangan tak tahu, banyak lagi menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan daging salai ni. Salah satunya ialah kerabu. Sangat senang! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
50 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
Ikan siakap tulangnya keras. Kalau nak sedap makan elok dibuang tulangnya dahulu. Tulang ikan siakap ni besar dan keras, kalau dah tak de tulangnya taklah kita bimbang anak-anak tercekik tulang.
Ni RASA kongsikan cara-cara membuang tulang ikan siakap dengan teknik yang betul. Perkongsian dari laman dapurkakyah. blogspot.com.
1. Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau di sebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)
2. Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini.
3. Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.
4. Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut
5.Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.
6. Mudahkan dah pun boleh tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.
7.Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)…guna pisau pun boleh tapi berhati-hati jangan terkena jari.Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya.
8. Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut.. Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya…
Haa..ikan dah pun siang, ni min kongsikan resipi Ikan Siakap Masak Asa.. Elok juga untuk orang berdiet. Sempena Tahun Baru Cina, ni rmenu hidangan raya Cina tau. Bolehlah cuba…
MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
100 gm bawang putih
100 gm bawang besar
50 gm Serai
100 gm Lada Merah
150 gm Cili Boh
5 keping asam keping
50 gm Asam Jawa
50 gm Air Limau Nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan ikut citarasa ( dipotong kasar & digoreng sekejap saja):
Kacang Panjang
Kacang Bendi
Tomato
Bawang Besar
Lada Merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning 2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa & garam secukup rasa 3. Campur sedikit air jika rasa agak kering. 4. Masukkan Ikan siakap yang di kukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi. 5. Siap untuk dihidangkan.
Pengat Pisang Nangka Bersagu yang manis ni memang sajian pencuci mulut yang enak dinikmati lepas berbuka. Lepas terawih nanti boleh ulang makan.
Kalau nak kenal Pisang nangka ni isinya berwarna krim putih, teksturnya halus dan lembut serta sedikit masam. Berat tandan lebih kurang 12-14kg. Bentuknya jejari bersegi dan memanjang dan sesuai digoreng dan dibuat juadah seperti pengat. Nak bagi pengat pisang meletop sedapnya, masukkan sagu sikit. Jangan banyak-banyak pekat pulak jadinya.
PENGAT PISANG NANGKA BERSAGU
BAHAN-BAHAN
Pisang Nangka Gula kabung/kerek Santan Daun pandan Sedikit garam Sagu
CARA PENYEDIAAN : 1. Satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali pisang & sagu. 2. Masak dengan api yang slow je sebab takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik
3. Bila santan dah mendidih masukkan pisang & sagu 5. Masak sampai pisang lembut. Siap!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.