Masakan  Sunda memang terkenal dengan pedas dan sedap. Tidak hairanlah masakan ini juga turut mendapat tempat  di kalangan masayarakat Malaysia.  Untuk anda yang ingin mencuba masakan Sunda, resipi-resipi di bawah ini boleh anda sajikan buat keluarga.

1. BAWAL GORENG RANGGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR HALUS

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 2cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan bawal dengan  perahan jus limau nipis. Kemudian toskannya.
  2. Kelar-kelarkan ikan, kemudian lumurkannya dengan bahan kisar halus.
  3. Gaulkan ikan dengan tepung. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, kemudian gorengkan ikan dengan minyak yang panas dan banyak hingga garing.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sambal pencicah.

INFO CHEF: Untuk mendapatkan ikan goreng yang ranggup dan tidak melekat. Gaulkannya dengan sedikit tepung dan goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas.

2. AYAM BAKAKAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
  • 1000ml santan pekat
  • 3 helai daun salam
  • 3cm lengkuas | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 12 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras | goreng sangai
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 6 biji cili merah

CUBA: 

7 Idea Sajian Mudah Guna Ikan Bilis. Merecik Sedap Weh! 20 Minit Dah Siap Masak.

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
  2. kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai  dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
  3. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
  4. Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
  5. Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
  6. Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.

INFO CHEF: Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam  supaya ayam tidak terlalu garing.

IKLAN

3. SUP EKOR CIBIUK

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm ekor lembu
  • 1 liter air
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu teh  serbuk lada sulah
  • Rempah penumis | kulit kayua manis, bunga lawang dan buah pelaga
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

BAHAN PELENGKAP:

  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun  saderi  yang dimayang halus
  • 1 tangkai daun kemangi
  • 1 biji tomato di potong dadu

CARA MEMASAK;

  1. 1.Rebus ekor hingga empuk dan ketepikan.
  2. Asingkan ekor dari air rebusan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan penumis dan bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan air rebusan ekor dan biarkan sup mendidih.
  5. Masukkan lobak merah, diikuti dengan ekor yang telah direbus tadi.
  6. Perasaan dengan serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
  7. Biarkan sup mereneh lima minit lagi dan tutup api.
  8. Hidangkan bersama hirisan tomato, daun sederi,  daun kemangi dan bawang goreng.
  9. Sup sedia dihidangkan bersama sambal kicap.

INFO CHEF:  Jika ingin pedas boleh tambahkan hirisan cili padi di dalam sup.

4. IGA BAKAR KICAP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
  • 10 sudu makan kicap
  • 500ml santan
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1000ml air
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 5ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
  2. Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap  sehingga berubah warna.
  3. Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
  5. Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  6. Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
  7. Seterus sediakan pemanggang.
  8. Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

INFO CHEF:  Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.

5. UDANG PETAI BERLADA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang segar | buang kulit dan kepala
  • 1 cawan  isi petai | buang kulit ari
  • 1 sudu makan jus limau anaipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3 biji cili merah
  • 12 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1sudu teh serbuk belacan
  • 1 biji tomato

ANDA MUNGKIN SUKA: 

IKLAN

Kerabu Perut Gaya Siam Penuh Rasa. Sedap Bak Hang!

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis. Biarkan lima minit, kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
  3. Paanaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng bersama petai, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.
  7. Udang Petai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika tidak mahu bau petai yang kuat, goreng dulu petai seketika  sebelum dimasukkan dalam sambal udang.

6. CUMI BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | buang  kepala dan kulit arinya
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  •  1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • 2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai  cili merah
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga  wangi.
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya.