Pernah cuba Bubur Krong Khreng? Rupanya seakan Kuih Siput tapi dijadikan sebagai manisan dan dimakan bersama kuah seakan manisan Biji Nangka. Manisan ini terkenal dikalangan orang Kelantan namun agak sukar dibeli kerana jarang yang menjualnya. Bagi yang teringin nak cuba, saudari Farida Eida ada kongsikan resipinya. Resipi ini tiada sukatan yang khusus. Bahan asas sahaja Cuma anda boleh ubah suai jumlahnya mengikut banyak mana yang anda nak masak. Mudah kan? Selamat mencuba!
BAHAN KUAH: Santan – beli online disini Gula Garam Isi kelapa muda – jika ada Isi nangka – jika suka
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung ubi secukupnya ke dalam mangkuk. 2. Masukkan air panas mendidih sedikit demi sedikit, kacau sebati. Pastikan anda menggunakan air panas mendidih dari cerek dan bukannya dari mesin air. Jika tidak, adunan tidak akan menjadi. 3. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambah tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang kenyal. 4. Kemudian boleh bahagikan adunan dan warnakan ikut citarasa masing-masing. 5. Cubit adunan dan terap menggunakan acuan siput.
6. Didihkan air dalam periuk dan rebus doh sehingga masak. 7. Bila doh sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan seketika. 8. Untuk membuat kuahnya, masak santan bersama gula dan garam. Jumlah gula bergantung pada selera. Garam pula berfungsi menaikkan rasa lemak santan. 9. Bila santan mendidih manja dan gula telah larut, masukkan isi kelapa muda dan juga isi nangka jika suka. Ia berfungsi menyedapkan lagi rasa manisan. 10. Seterusnya masukkan Krong Khreng. Masukkan doh Krong Khreng sahaja dan bukannya dituang bersama air rendaman tadi. 11. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.
KUETIAU UDANG TELUR BAHAN-BAHAN
500gm kuetiau
150gm udang | buang kulit dan kepala
3 pokok daun bawang | hiris 2-3cm
150gm tauge
2 biji telur
3 ulas bawang putih | titik
2 ulas bawang merah | dadu halus
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, kacau rata dan letepikan.
Menggunakan kuali sama, tambah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Tambah udang di dalamnya,kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan pula sos cili, tiram dan kicap.
Tambah sedikit air, kacau dan masukkan kuetiau.
Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah digoreng tadi, tauge dan daun bawang.
Setelah sekata dan cukup rasa. Tutup api.
Kuetiau sedia dihidangkan. Kalau suka hidangkan bersama hirisan cili potong.
Sambal Pauh Muda Versi Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Panas Memang Padu
Makan nasi tanpa sambal seakan tidak lengkap menjamu selera. Jika selalunya kita makan sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Sambal Pauh Kelantan ini mudah sahaja untuk disediakan. Sesuai sangat dimakan bersama nasi panas, jom kita cuba resipi Sambal Paun Kelantan seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee
RESIPI SAMBAL PAUH KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung 3 biji mangga muda 5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi) – beli online Garam secukup rasa – beli online Gula secukup rasa – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.
2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.
4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.
Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja.
Rugilah kalau kita tak mencuba resipi kuih muih orang ‘lama’ini. Jom kita ikuti 5 resipi kuih muih tradisi dari Terengganu ini.
1. TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN ATAS :
2 cawan pulut
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 cawan santan
BAHAN LAPISAN BAWAH :
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 ketul gula melaka @ gula merah |dicairkan
CARA MEMASAK : Cara masak lapisan atas: 1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikit air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak. 2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat. 3. Semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas. Cara masak lapisan bawah : 1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati. 2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi. 3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam 4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF : Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul Masa memasak :Satu jam Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung. Anggaran kos : RM 15
2. KAYU KERAMAT
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1/2 sudu makan yis segera
6 camca makan gula
1 3/4 cawan air suam
1 sudu makan majerin/dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih. 2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi. 5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam)) 6. Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kudapan kuih muih Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan Anggaran kos : RM 10
3.CHE MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN :
4 ketul ubi keledek (warna oren)(saiz sederhana)
1 cawan tepung gandum
Gula secukupnya
*Satu sudu makan gula untuk inti setiap ketul che mek molek *Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan dilecek,buang kulitnya
CARA MEMASAK : 1. Gaul ubi keledek dengan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 3. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 4. Angkat bila kekuningan.
INFO CHEF : Doh perlu lembut jadi jangan gunakan terlalu banyak tepung gandum. Kuih akan menjadi keras.
Saiz hidangan : 15 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih muih Keistimewaan : Tinggi fiber dan karbohiderat. Anggaran kos : RM 10
4. PULUT NYOR/NYIOR
BAHAN-BAHAN :
2 cawan pulut
2 cawan air
Garam secukupnya
Kelapa parut digaul garam dan gula | secukupnya
Garam dan gula
*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK : 1. Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’. 2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat. 3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa. 4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik Jenis masakan : Beras pulut Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan Anggaran kos : RM 10
5. AKOK BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
1 kg isi ayam
2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
2 biji bawang besar |dikisar
1 labu bawang putih | dikisar
2.5 sm halia
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan kerisek
1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
220 ml air
4 biji bawang besar | dipotong dadu
BAHAN KULIT AKOK :
10 biji telur
8 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak inti : 1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu 5. Masak hingga kering. Cara masak kulit akok/bauhulu 1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja. 3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan. 4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius. 5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti. 6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti. 7 .Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF : Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji Masa memasak :40 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa. Anggaran kos : RM 30
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!