
Buat susu pekat manis sendiri? Ye boleh saja membuatnya sendiri dengan menggunakan tiga bahan dalam masa 3 minit sahaja mengikut resipi yang dikongsi ini.
Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, boleh diolah jadi susu pekat manis.Menarikkan, so tak payah beli, boleh jer buat sendiri.
Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk,baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Susu Pekat Manis Homemade
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:

1.Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
Kredit: Zan Zafirah Zainal
Ada Syaratnya Nak Buat Acar Ikan Masin Talang Sedap & Tahan Lama
Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik, Lemak Manis Memang Sedap
Resipi Scone Cara Mudah, Buat Banyak Boleh Simpan Dalam Freezer
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Sukatan Dan Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap & Pekat Persis Kafe Mahal!

Buat kamu yang gemar minum nescafe dan inginkan rasa yang lebih sedap kena cuba resipi ni. Pemuda ini kongsi resipi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal oleh lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbuck.
Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
INILAH RAHSIANYA

1. Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil

3. Susu manis 1 setengah sudu hinggan 2 sudu kecil

4. Campurkan dan kacau sekali

5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!

7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.
Sumber: Viral Oh Viral
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mangga Harum Manis Ada Grednya, Lazatnya Bukan Sebarang Mangga

Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Baunya sangat harum apabila betul-betul masak , isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Jom kita semak keunikan mangga ini seperti yang dikongsikan oleh laman manggaharummanis.com

Menurut Jabatan Pertanian mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.Maknanya, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.

Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Gred Mangga Harumanis

Masih ramai yang keliru dengan gred mangga Harumanis. Bagaimana gred Harumanis ditentukan?
Sebenarnya gred mangga Harumanis ditentukan mengikut berat buah – dalam unit gram.
1. Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas.
2. Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm.
3. Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm.
4. Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.
Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.Selalunya terjadi ialah banyak buah dari Gred A dan B. Buah gred AA atau A+ pula hanya sedikit. Begitu juga buah Harumanis gred C.
Mangga Harumanis Perlis asli selalunya akan mula dijual pada penghujung bulan April sehingga lewat Jun pada setiap tahun/musim. Walau bagaimanapun, ada pihak yang menjual mangga Harumanis pada lewat bulan Mac. Keaslian buah harum manis yang dijual awal ini tidak dapat dipastikan.
Oleh itu jika anda hendak merasai keenakan buah mangga Harumanis asli, tunggu sehingga mangga Harumanis gred AA/A betul-betul berada di pasaran.
Alang-alang bercerita pasal mangga harum manis ni…Ni min kongsikan resipi pulut harum manis dari http://ringkastapisedap.blogspot.com. Memang sedap nih.
1. RESIPI PULUT HARUM MANIS

BAHAN-BAHAN :
- 750gm Harumanis
- 500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)
- 750 gm santan (guna santan kotak 500ml tambah air masak sampai dapat berat 750ml, kacau rata)
- 6 sudu makan gula pasir
- 3 sudu makan gula pasir
- 5 helai daun pandan
- 6 sudu teh tepung tepung jagung
- 2 sudu teh tepung beras
- garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA;–
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sudu makan), kacau hingga gula larut)
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kacau balik bersama pulut sehingga cukup lembut. Jangan terlebih santan.
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sudu makan) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.
Kredit foto dan resipi : ringkastapisedap.blogspot.com
2. RESIPI JUS MANGGA HARUM MANIS

BAHAN-BAHAN :
- 2 biji mangga harum manis
- Gula secukupnya | boleh dikurangkan atau ditiadakan sebab dah ada susu
- Susu pekat manis secukupnya
- Ais secukupnya
Topping Jus Mangga Harum Manis:
- 50 gram serbuk krim putar
- 100 ml air sejuk (dari peti sejuk)
- Susu pekat manis secukupnya
Cara Membuat Jus Mangga Harum Manis:
1 .Kupas mangga dengan pisau yang tajam ambil sebahagian untuk dipotong dadu dan sisihkan.
2. Kisar mangga dengan ais, gula dan susu pekat manis.
3. Kemudaian tuangkan ke dalam gelas.
4. Buat toppingnya: Kacau (menggunakan mixer kelajuan) serbuk krim putar dan is sampai halus.
5. Lalu picitkan krim diatas jus tadi, dan hiaskan dengan potongan mangga.
Kredit foto dan resipi : resepmamakusuka.com/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Jus Thai Ni Sedap Gila, Rugi Tak Cuba!

Selain masakan, Thai juga mempunyai pelbagai jenis minuman yang menjadi viral dan ternyata sedap dan sihat. Alahai sedapnya kalau dapat menyedut jus sejuk dan segar hasil air tangan sendiri, terjamin bersih. Kalau teringin nak buat, ini ada empat jenis minuman yang boleh anda cuba buat ye…

JUS BUAH-BUAHAN CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji Epal
- 1 biji Belimbing
- 2 potong tembikai
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Potong dadu buah-buahan dan masukkan dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga halus.
- Hidangkan bersama ais.

JUS AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah Avokadi
- 1 skop ais krim coconut
- 50ml susu segar
- 1 sudu teh gula
- Sedikit ais
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga lembut.
- Sedia dihidangkan

KOPI AIS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 50gm serbuk kopi thai
- 250ml air
- 25ml susu pekat
- 10ml susu cair
CARA MEMASAK:
- Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
- Kemudian tapis ke dalam gelas.
- Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
- Hidangkan bersama ais.

JUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang serai
- 5 gelas air
- 5-6 sudu makan gula pasir
- Daun pudina
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
- Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
- Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
- Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
- Sedia dihidankan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

