Pernah cuba Jus Belimbing Buluh? Jika belum, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Suhada Ghads ni. Kombinasi rasa jus yang masam, manis dan serbuk jambu tu memang sepadan. Rasa lebih segar bila dicampur ais. Jomlah cuba! Sesuai sangat minum masa cuaca panas ni.
(NOTA: Jika tiada asam kulit limau, gantikan dengan serbuk asam jambu– beli online disini)
Ads
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan belimbing buluh dan masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut kuantiti jus yang anda nak buat. 2. Masukkan bahan-bahan lain seperti air, gula perang dan asam lkulit limau kering yang telah dikisar dengan secukupnya.
3. Kisar halus. 4. Masukkan ke dalam gelas dan campurkan ais. Kacau sebati. 5. Jus Belimbing Buluh sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Aneka resipi spageti, sedap dan unik. Spageti merupakan antara makanan Barat yang paling digemari masyarakat Malaysia. Spageti sesuai dimakan bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu pagi, tengah hari, atau malam.
Jika anda dah jemu dengan spageti bolognese atau carbonara, boleh cuba resipi spageti yang RASA sediakan ni. Confirm tak jemu!
SPAGETI TUNA
BAHAN-BAHAN:
100gram Speghetti (1/2paket) | direbus bersama sedikit garam
3-4 Ulas bawang putih | dicincang halus
1 labu bawang holland saiz sederhana | dipotong dadu
3-4 Biji cendawan shitake | dihiris nipis
1 Tin kepingan tuna
5-6 biji tomato ceri | dipotong 2
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar chili flakes
2 sudu besar parsley kering
garam secukupnya
minyak zaitun secukupnya
parutan keju mozarella halus secukupnya
Cara membuatnya boleh lihat divideo, selamat mencuba!
ANGEL HAIR GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket pasta angel hair
2 tbsp minyak masak
5 ulas bawang putih
1 tbsp udang kering
2 tbsp pes tomyam
12 biji bebola ikan
2 biji tauhu
1 tsp lada hitam
5 tangkai daun kucai
1/2 cawan lobak
2 helai daun limau purut
1/4 biji kubis
Gula secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara penyediaan boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
SPAGETI DAGING MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
200gram spageti – celur & toskan
3 ulas bawang putih – cincang
½ biji bawang holland – dadu halus
100gram daging – hiris nipis
1 tangkai daun bawang – potong pendek
½ batang lobak merah – hiris halus memanjang
½ biji capsicum hijau – hiris
1 biji tomato – dadu
2 sudu makan Sos Cili MAGGI®
2 sudu makan Sos Tomato MAGGI®
Cincangan daun bawang – hiasan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air rebusan pasta – jika perlu
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
SPAGETI SOS PESTO
BAHAN-BAHAN SOS PESTO:
2 cawan daun basil segar
1/4 cawan kacang walnut – dipanggang
1/4 cawan kacang pain – dipanggang
6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak zaitun
1/2 cawan keju parmesan
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
SPAGETI AYAM BERKUAH CAMPBELL’S
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
300gm spageti Prego
Minyak masak secukupnya
2 sudu kecil bawang putih – dicincang
1 peha ayam – dipotong kecil
4 biji cendawan shiitake – dihiris
120gm lobak merah – diparut
300gm sup pekat Campbell’s Krim Ayam
1/2 tin air – dicampur dengan sup pekat
2 sudu besar sos berperisa tiram Kimball
Lada sulah secukup rasa
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
CHICKEN PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
665gm sos pasta
4 keping dada ayam
Parmesan
10 biji cendawan butang
Mozzarella
Oregano
Pasta
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...