Menu spageti memang selalu kita hidangkan dan sangatlah menjimatkan jika sos spageti ini kita buat sendiri di rumah.

Waktu harga tomato murah boleh borong dan hasilkan sendiri, nak lagi sedap buat perisa cendawan dan bawang putih atau garlic mushroom seperti yang dikongsi oleh Erni Abu Samah.

Menariknya resipi sos spageti homemade yang diolah dari mengikut citarasa Melayu ini boleh dijadikan sos lasagna dan piza. Malah boleh disimpan sehingga dua tahun jika disimpan cara yang betul. Menggunakan 7kg tomato, ujarnya sukatan ini boleh dijadikan hidangan 5 kali.

Cara buat sos spageti homemade perisa garlic mushroom

Bahan-bahan:

7kg tomato merah -buang kulit dan biji
5 biji bawang besar -didadu
15 biji bawang putih -dipecahkan dan didadu
Origano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (jika suka) untuk diletakkan 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Buat Sendiri Sos Spageti Homemade Perisa Garlic Mushroom, Boleh Simpan 2 Tahun!

IKLAN
Cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak jagung.

2. Tumis bawang besar and bawang putih jangan garing, cukup layu saja.

3. Masukkan tomato yang dikisar halus.

4. Masukkan tomato puri, garam dan gula.

IKLAN

5. Masukkan pula lada hitam, Oregano, parsley dan basil.

6. Masak atas api kecil dalam 2 jam.

Buat Sendiri Sos Spageti Homemade Perisa Garlic Mushroom, Boleh Simpan 2 Tahun!

7. Selepas siap masak kemudian bolehlah disimpan dalam freezer.  Asingkan dalam paket kecil untuk sekali makan. Sos ini boleh disimpan 2 tahun jika dimasak lama, 2 jam. Rasa lagi sedap.

IKLAN

8. Untuk memasak, hanya perlu tumis daging cincang, kemudian tambah sos di atas, perasakan dengan garam dan boleh tambah beefball.

Buat Sendiri Sos Spageti Homemade Perisa Garlic Mushroom, Boleh Simpan 2 Tahun!Tip: Untuk mudahkan membuang kulit tomato kelar ‘X’ pada tomato. Kemudian celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kemudian boleh tarik atau kupas kulit tomato dengan mudah. Jangan biarkan lama nanti lembik.

 

Sumber:Artikel ini diolah dari laman web MINGGUAN WANTA Erni Abu Samah

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI