Mi Kari Style Chinese Ipoh cara masaknya sangatlah mudah. Masa memasak pun cepat tapi tetap sedap. Bahan-bahan rempahnya pun tak banyak jadi tak renyahlah hendak menyediakannya. Kuahnya boleh hirup sampai licin. Istimewanya Mi Kari Chines Style Ipoh ini iaah sambal merahnya. Jom kita cuba resipi Mi Kari Style Chinese Ipoh seperti yang dikongsikan oleh Dora Nurlaily KJ
RESIPI MI KARI STYLE CHINESE IPOH
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning (siap dicelur)
BAHAN A (KISAR HALUS)
4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 genggam ikan bilis 1 batang serai dititik
BAHAN B:
4 sudu besar rempah kari ikan 1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana) 1 kotak santan kara Fishball, fishcake dan tofu kosong 2 ketul kiub ayam Garam Gula Serbuk perasa
BAHAN C:
Tauge (tidak perlu celur) Daun bawang
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Goreng serai sampai naik bau. Masukkn bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang sudah dibancuh air. Tumis sampai tiga kali kering air.
3. Tambah air secukupnya, satu kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula dan serbuk perasa.
4. Masukkan segala jenis fishball, fishcake dan tofu kosong. Masak hingga mendidih.
INFO: Minyak jangan banyak, sebab nak makan dengan mi, nanti cepat muak. Kuah kari mesti cair-cair. Cukup rasa rempah dan santannya. Lagi sedap kalau makan dengan fucuk ikan goreng.
Burger, muffin, keropok, murtabak dan pizza ni olahan dari mi kering? Tak percayakan, tapi betul korang, ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh bantu korang semua berkarya menambah menu sedia ada sepuya ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je.
cucur.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati. 2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran. 3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata. 4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. 5. Bulat-bulatkan doh hingga habis. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan. 7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
keropok lekor.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1 biji telur
4 sudu makan tepung ganadum
2 sudu makan tepung ubi.
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam. 2. Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan. 3. Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata. 4. Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk. 5. Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis. 6. Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya. 7. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 8. Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing. 9. Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
murtabak.
MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
3 biji telur
6-7 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1/2 cawan hirisan halus kubis
1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi. 3. Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis. 4. Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Tutup api dan biarkan sejuk. 6. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata. 7. Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak. 8. Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm. 9. Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja. 10. Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian. 11. Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis. 12. Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana. 13. Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.
popia.
POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
12 keping kulit popia
1/2 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1/2 cawan isi ayam dicincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit lobak merah | dadu halus
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air. 3. Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus. 4. Terus kacau hingga ayam masak. 5. Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan. 7. Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya. 8. Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air. 9. Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan. 10. Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
Untitled design.
PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
2 keping mi segera | celur dan tos
5 keping pastri puff segera
3 sudu makan sos carbonara
1/2 cawan daging kisar
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji kuning telur | kacau rata
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan. 2. Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang. 3. Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi. 4. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan. 6. Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya. 7. Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu. 8. Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega. 9. Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur. 9. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit. 10. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.
Kuah yang pekat, enak berperisa serta rasa manis-manis daging. Memang layan! Rugi kalau tak cuba. Resipi ini menggunakan ubi keledek. Selain itu, boleh juga digantikan dengan ubi kentang.
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | dicelur
2 tangkai daun sup | dihiris kasar
1 biji limau nipis | dihiris
2 biji cili hijau | dihiris
Bawang goreng secukupnya
2 biji telur rebus | dibelah dua
2 keping tauhu goreng | dihiris nipis
BAHAN KUAH:
2 biji keledek oren saiz sederhana | dibuangkan kulit
Di dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging.
Kemudian masukan serbuk kari daging dan serbuk jintan putih. Kacau hingga sebati.
Masukan buah tomato dan air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan keledek yang sudah dilenyekkan. Kacau sehingga kuah kelihatan sedikit pekat dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan udang geragau yang telah ditumbuk ke dalam kuah dan pastikan sentiasa dikacau supaya keledek tidak melekat di dasar periuk.
Masak sehingga daging empuk dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Hidangkannya bersama mi kuning dan bahan-bahan sampingan lain.
Sedapnya nampak Mee Goreng Budak Sekolahni. Pasti ramai merasa pelik kenapa menu ini dipanggil dengan nama sedemikian. Menurut empunya resipi, saudari Umi Watie, ini kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur. Biasalah, anak-anak kurang gemar makan sayur. Sangat mudah dimasak dan sesuai dijadikan sarapan dan juga bekal anak ke sekolah. Malah boleh sahaja dinikmati pada bila-bila masa. Mengikut kesesuaian. Teksturnya yang basah-basah lembab, memang sangat sedap. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.
1.Mula-mula gorengkan telur hancur. Masak dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, kisaran bawang merah, bawang putih, cili kering sampai garing. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili. Tapi anak-anak tidak makan pedas, jadi sesuaikan ikut selera.
3. Bila bahan kisar sudah garing, masukkan lauk yang ada (hirisan daging dan ayam). Kalau nak letak sotong atau udang pun boleh.
3. Bila ayam dan daging sudah masak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau hingga mesra.
4. Masukkan air. Biarkan mereneh sekejap.
5. Seterusnya masukkan mi kuning. Empunya resipi guna mi jenama numee berat 450 gm. Sedang elok dengan bahan kisar tadi.
6. Bila mi sudah sebati dengan semua bahan, masukkan telur goreng hancur yang sudah dimasak awal tadi.
7. Gaul rata dan siap untuk dinikmati.
8. Mee goreng yang sedap kenalah berkilat dan basah-basah. Memang enak.