
Ruang pantri di dapur sememangnya sangat penting untuk menyimpan stok bahan makanan agar dapur sentiasa teratur dan tidak berselerak. Sama ada dapur kecil atau besar, pantri dapur tetap perlu ada untuk memudahkan kerja harian.
Idea Pantri Dapur Jimat Dari Nur Amani Abd Rani
Bagi yang mempunyai ruang dapur terhad, idea kreatif daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan inspirasi. Beliau membina pantri dapur sendiri menggunakan hanya dua buah rak dan beberapa bekas simpanan yang mudah didapati di pasaran.
Buat Sendiri Pantri Dapur Guna Dua Rak Ikea
Menurut Nur Amani, “Idea pantri menggunakan rak Ikea saja. Jimat sangat. Pantri ni kecil saja tapi saya happy. Saya suka susun barang, tak tidur pun tak mengapa,” katanya sambil berkongsi panduan membina pantri dapur ringkas tetapi kemas ini.
Cara Buat Pantri Dapur Dengan Rak Ikea
- Gunakan dua rak Ikea yang sesuai dengan keluasan ruang dapur.
- Sediakan bekas, balang dan raga untuk meletakkan stok bahan makanan seperti rempah, tepung, gula dan pasta.
- Susun mengikut citarasa dan kategori bahan.
- Apabila semua bahan sudah diletakkan dalam bekas, hasilnya akan nampak lebih kemas dan praktikal. Siap!
Tip Pantri Dapur Kemas & Praktikal
- Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, tepung, gula, pasta dan sebagainya.
- Gunakan bekas yang seragam supaya kelihatan lebih teratur dan menarik.
- Pastikan setiap barang dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
Dengan cara ini, walaupun pantri dapur dibuat sendiri dan bersaiz kecil, ia tetap kelihatan kemas serta mudah diurus. Pendek kata, ruang dapur yang terhad bukan penghalang untuk memiliki pantri impian yang tersusun rapi dan sedap mata memandang.
Kredit: Nur Amani Abd Rani & Encik Roslam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!