Nampak sedap Muffin Coklat Cip ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Lyn Da IIni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan enak. Tak perlu lagi beli tepung pra-campuran. Anda sendiri boleh adun guna bahan-bahan mudah. Lebih istimewa resipi ni tidak perlu menggunakan mixer atau blender. Wow…Pasti menjadilah. Jom cuba!
1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat . Ayak bersama.
2. Campuran tepung yang telah diayak bersama tadi.
3. Masukkan gula dan garam, letak di bahagian tepi.
4. Dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan air dan juga minyak masak.
5. Pukul menggunakan pemukul tangan hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi bahan ayak tadi.
Ads
6. Campurkan bahan-bahan dan adun hingga sebati. Boleh kacau menggunakan senduk supaya lebih mudah.
7. Rupa adunan kek yang telah sebati.
8. Seterusnya masukkan coklat chip. Jumlahnya ikut sebanyak mana yang anda suka dan cita rasa masing-masing.
9. Kacau lagi adunan.
10. Bila semuanya sudah sempurna, maasukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga memenuhi 3/4 cawan.
Ads
11. Taburkan coklat chip dekat bahagian atas. Jumlahnya terpulang pada citarasa masing-masing.
12. Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit. Kemudian masukkan muffin dan bakar lagi selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
13. Muffin Coklat Cip siap dibakar. Memang sangat sedap dan lembut. Boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah pelbagai krim pilihan.
Ads
INFO: 1 adunan boleh dapat antara 27-28 cup muffin saiz S
Makanan yang sihat pastinya menjadi pilihan ibu-ibu yang prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan ahli keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Panggang ini. Resipinya cukup simple dan tidak guna minyak langsung! Hanya perlu masak guna air fryer. Hasilnya, sama macam ayam panggang yang anda beli di restoran. Jom cuba!
RESIPI AYAMMAS BLACK PEPPER ADIB
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk Cukup Rasa
1 sudu makan sos cili
5 ulas bawang putih/ serbuk bawang putih
CARA PENYEDIAAN: 1.Satukan semua bahan diatas dan adun sebati. 2.Ambil ayam dan lumurkan hingga rata. Lumur juga di bahagian dalam ayam. 3.Perap ayam selama 1 malam atau paling minimum 5 jam.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak 10 minit pertama menggunakan suhu 180C. Ia bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik. 2.Kemudian turunkan suhu ke 160C. Biar ayam selama 40 minit. 3.Seterusnya alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakan. Ia bertujuan untuk memastikan ayam masak sekata. 4.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam PedasMeraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.
“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.
Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.
Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian
“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.
Bersama puteri kesayangan Amyreedha Adriana,
Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.
Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.
ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)
BAHAN-BAHAN :
800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
600 ml air
2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
2 biji tomato | dibelah dua
7 batang biji bendi
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
/2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar :
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 sm belacan
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
Perasakan dengan garam dan madu.
Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.
RENDANG DAGING PARU
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging | dipotong kiub kecil
1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
50gm kerisik
30 gm serbuk kari
2 helai daun kunyit | diracik halus
4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
Bahan dikisar :
35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
5 biji cili padi
350 gm bawang merah
5 sm halia muda
2.5 sm lengkuas
6 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
CARA MEMASAK :
Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.
BUBUR KACANG DURIAN
BAHAN-BAHAN :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 – 5 ulas durian
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
Bilas dan rebus sampai empuk.
Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. Dua menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.
1. KETAM CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | bersihkan dan tos
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris halus
2 pokok daun ketumbar | hiris
10 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Goreng ketam dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Nikmati keunikan Cottage Pie Ala Zahnita versi tekak Melayu, gabungan daging kisar pedas berempah, kentang lenyek berkeju dan aroma daun ketumbar yang wangi. Resipi mudah, creamy & bikin ketagih!