Permintaan anak.Katanya tgh viral skrg ni.Haritu pergi beli.. try rasa,sedap.Tapi agak mahal, sebatang hmpir rm10.. Cuba buat sendiri… alhamdulillah boleh la daripada tak jadi langsung… sy share resipi..
CORN DOG Bahan-bahan:
Sediakan sosej dan mozarela blok..
Potong panjang2….
Cucuk sosej dulu, pastu cucuk mozarela..
asingkan… buat bancuhan tepung…
1.kacau bg sebati adunan tepung, dan salut pada sosej dan mozarela yg dh cucuk td..
2.kemudian salut pulak breadcrumb dan goreng dgn api panas..
3.curah sos cili, sos blackpepper, cheese powder dan mayonis..
credit : Shafika Bakar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya menu Daging Goreng Berlada / Daging Masak Cili ni. Bagi anda yang suka resipi-resipi ringkas untuk dicuba setiap hari, resipi perkongsian saudari Siti Mariam Zainonini harus ada dalam senarai anda. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah didapati malah cara memasaknya juga sangat senang. Bak kata empunya resipi, rasa daging ni seakan Daging Goreng Kunyit yang dibeli di trak makanan namun versi yang lebih sedap. Wow! Berbaloi sangatlah untuk dicuba. Paling penting, rasanya yang mantap dan membuka selera.
RESEPI DAGING GORENG BERLADA / DAGING MASAK CILI YANG MUDAH & SEDAP
Suka makan ikan air tawar? Kalau ada yang suka, boleh cuba tiga resipi yang boleh dikira autentik tapi sedapnya tak terkata.
Kalau nak makan di kedai memang jarang kita jumpa, jadinya jom kita belajar buat sendiri. Sesiapa yang nak mencuba silakan kerana resipi ada disertakan.
Pilihlah mana satu menu kegemaran anda dan keluarga. Ketiga-tiga resipi ini sangat sedap dan wajib cuba.
IKAN TILAPIA PAIS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos 3 sudu makan tempoyak Garam & gula secukup rasa Daun kunyit secukupnya (untuk membalut ikan) Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya Daun kesum secukupnya Daun pegaga secukupnya Daun limau purut secukupnya 4 batang serai – beli online di sini
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan. 2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan sebati. 3. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi. 4. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit. 5. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit. Seterusnya letakkan ikan di atasnya. 6. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi. 7. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya. 8. Kukus ikan hingga masak. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan lampam (lebih kurang 300gm) 250ml santan pekat – beli online di sini 1 keping asam gelugur 1 helai daun kunyit | mayang halus Daun pisang secukupnya Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup 1 batang serai
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya.. 2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang. 3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar. 4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya. 6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan. 7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian 250ml susu rendah lemak 150gm yogurt 1 sudu makan pes asam jawa – beli online di sini 2 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan serbuk cili – beli online di sini 1 sudu makan halba campur – beli online di sini 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya 1 biji tomato | belah empat 1 biji terung bulat | belah empat 2 biji cili hijau | belah dua – beli online di sini Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis secukupnya
DapatkanPrimada Sweetheart Pink 4L Pressure Cookerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi. 4. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika. 5. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili. 6. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hari ini nak masak menu yang paling senang buat dan rasa sedap ya amat. Udang Masak Bawang ni sedap bila makan dengan nasi panas, ada ulam-ulaman dan sambal belacan. Pergh memang tak toleh kiri kanan, laju jer menyuap.
2.Panaskan sedikit minyak dan goreng udang terlebih dahulu.Jangan goreng terlalu lama. Bila nampak kulit udang sudah berubah warna terus angkat dan toskan minyak.Ketepikan dulu udang yang telah digoreng.
3.Guna lebihan minyak goreng udang tadi, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
4.Bila bawang dah sedikit keperangan masuk balik udang yang telah digoreng tadi.
5.Masukkan ¼ atau ½ cawan air sebagai sedikit kuahnya nanti.
6.Masukkan 1 sudu makan sos tiram.
7.Juga masukkan 1 sudu makan sos cili.
8.Kemudian masukkan 1 sudu teh minyak bijan untuk naikkan bau masakan.
9.Masukkan bawang besar yang dipotong mayang. Gaul sebati.
10.Masukkan juga cili padi yang dibelah dua atau potong kasar.
11.Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kalau perlu perasakan dengan garam boleh letak sedikit garam.