Bila sebut sahajaperia, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.
Antara kebaikan Peria Katak adalah:
KHASIAT PERIA KATAK
Ads
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
5. Membaiki masalah mata– Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati(hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
Ads
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
Ads
PERHATIAN:Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Pencinta kopi pasti merasakan harinya belum lengkap tanpa meneguk secawan kopi. Malah ada yang mengatakan dengan secawan kopi ia boleh memberikan tenaga dan mood bekerja seseorang. Untuk memenuhi keperluan kopi, penggemar kopi pastinya mempunyai simpanan kopi di dapur. Malangnya kerap kali timbul kopi yang disimpan menjadi keras dan tidak sedap lagi bila dibancuh.
Tahukan anda sebenarnya kopi boleh tahan lama, jika disimpan dengan cara yang betul. Nak tahu bagaimana cara? Ini dia tipnya:
Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Ini wajib anda lakukan kerana kepantangan kopi adalah terdedah pada udara. Selepas membeli serbuk atau biji kopi, segera simpan di dalam bekas kedap udara seperti dalam botol yang bertutup rapat. Selepas guna juga hendaklah tutup rapat penutupnya.
Beli Ikut Keperluan
Cuba beli kopi ikut keperluan, sebaiknya simpan stok kopi tidak lebih dari dua minggu, jika terlalu lama disimpan dibimbangi kualiti rasa dan aromanya semakin berkurangan.
Simpan Kopi Pada Suhu Bilik
Kopi sangat sensitif pada sinar matahari dan tempat yang panas. Paling selamat simpan kopi di dapur dengan suhu bilik yang normal dan kurangkan pendedahan cahaya matahari.
Elak Simpan Bersama Makanan Yang Kuat Bau.
Sifat kopi adalah menyerap bau, oleh itu elakkan menyimpan kopi bersama dengan rak rempah ratus atau dalam peti sejuk kerana ia akan menyerap bau.
Pilih Biji Kopi Bukan Serbuk Kopi
Untuk simpanan lebih lama, lebih baik anda membeli kopi dalam bentuk biji bukan serbuk. Biji kopi tahan lebih kurang dua bulan jika dibandingkan dengan serbuk. Malah aroma dan kualitinya juga lebih terjamin. Oleh itu kisar biji kopi bila ingin meminumnya.
Pernah tak masak nasi goreng tapi hasilnya tak sesedap makan nasi goreng di restoran, padahal dah ikut resipi. Ehh jangan salahkan resipi semata, kadang-kadang cara masak atau kualiti bahan digunakan yang korang guna tu tidak itu mempengaruhi hasil nasi goreng korang. Nasi goreng ni memang nampak mudah dimasak tapi sebenarnya kena ada cara. Nak tahu apa dia, korang baca tip ini.
Nasi Peroi, Tidak Lembik Atau Berketul.
Perkara penting sebelum masak nasi goreng pastikan nasi dari beras yang berkualiti, nasinya peroi dan tidak lembik atau berkepal-kepal dan telah dimasak sehari sebelum atau sudah sejuk. Nasi panas biasanya mempunyai tekstur sedikit lembik. Sebaiknya untuk sarapan pagi, korang masak malam.
Guna Kuali Lebih Besar
Untuk memudahkan mengacau nasi supaya sebati dengan bahan tumisan, anda perlu gunakan kuali yang lebih besar, masa yang sama nasi tidak tumpah keluar dari kuali.
Besarkan Api Selapas Nasi Sebati Dengan Bahan Tumisan
Rahsia kebanyakan nasi goreng restoran agak istimewa adalah aromanya yang datang penggunaan api besar selepas nasi sudah sebati dengan bahan tumisan. Kacau terus hingga garing tapi jangan sampai hangus. Apabila korang nampak asap pada nasi goreng dan ada aroma sedap maka nasi goreng sudah masak. Tutup api dan hindangkan.
Jangan Terikat Dengan Resipi Sangat
Masaklah nasi goreng ikut kreativiti korang. Jangan terikat dengan resipi, ia hanya sebagai panduan selebihnya ikut cita rasa korang sebagai bahan sampingan. Tak kisah nak masuk ayam, sotong, udang, sayur atau cili lebih.
Rasanya, kalau ikut empat petua ni, gerenti nasi goreng korang sedap dan tak rugi mencuba, untuk terus praktik ini RASA kongsikan satu resipi nasi goreng
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Pernah tengok buah labu siam? Rupanya seakan buah jambu tetapi ia merupakan sejenis sayur yang banyak digunakan dalam masakan oleh kaum Cina. Dan jika di Sabah, labu siam dipanggil Timun Jepun atau Timun Taiwan.
Labu siam atau nama saintifiknya Sechium edule merupakan sejenis tumbuhan menjalar, sebenarnya bukan berasal dari Siam atau Thailand, sebaliknya dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan kemudian dibawa oleh orang Belanda ke seluruh dunia.
Kalau anda nak tahu, terdapat dua jenis labu siam yang diketahui iaitu berkulit licin dan yang berduri kecil.
Kebiasaanya, labu siam dimasak sebagai sayur. Misalnya ditumis dengan cili atau dijadikan ramuan dalam masakan sup. Ada juga yang menggunakan dalam masakan lemak cili padi dan yang paling menarik, sayur ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai rojak, iaitu dimakan mentah dicicah dengan kuah rojak.
Tetapi sebenarnya, labu siam ini sangat bagus untuk kesihatan kita. Labu siam dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit batu karang, dan mampu menurunkan kadar kolestrol.
BAHAN-BAHAN:
Labu siam Air masak
CARA-CARA:
1.Labu siam dipotong secara dadu. 2.Masak hingga mendidih atau labu siam menjadi lembut . 3. Kemudian, kisar labu siam sampai lumat. Tapis air dan ambil jusnya sahaja. 4. Minum dan amalkan selalu.
*kalau tak boleh minum terus, boleh juga masak sayur singgang pun sedap. Amal 2 kali seminggu menu ni. Insha-Allah, usaha doa tawakal.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.