1. Kacau mentega/planta, minyak sapi, gula, kuning telur dan esen vanilla. 2. Kacau hingga sebati. Saya guna senduk kayu sahaja. Jangan kacau lama-lama, nanti adunan jadi lembik, banyak nak kena pakai tepung nanti.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung susu yang telah diayak bersama terlebih dahulu. 4. Uli manja-manja sampai jadi doh. Adunan memang lembut. 5. Bagi adunan rehat 30 minit atau 1 jam nanti tekstur lagi cantik kalau bagi dia rehat dulu.
6. Selepas itu, baru boleh dibentuk. Sapu minyak di loyang. 7. Paipkan kulit tart. Letak inti dan gulung. Gulung. Susun atas loyang dan sapu dengan telur tadi.
8. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C api atas bawah, selama 15-20 minit. Atau pun kalau nak tahu dah masak, bila tolak dah tak lekat, dah masaklah.
Telur Dadar Padang bukan sekadar lauk tambahan, ia adalah simbol kehalusan masakan Minangkabau yang kaya rasa. Walaupun hanya menggunakan bahan asas seperti telur, daun bawang dan cili, hasil akhirnya sungguh menggiurkan. Siap ada kerak garing di tepi, tapi bahagian tengah masih lembut dan beraroma. Gabungan rasa pedas, lemak dan wangi herba menjadikan ia lauk wajib kalau makan nasi Padang.
Selama ini ramai sangka susah nak hasilkan telur dadar setebal dan segurih ni di rumah. Tapi dengan teknik yang betul, anda pun boleh masak sendiri versi restoran. Nak goreng tak melekat, nak hasilkan bahagian luar rangup tanpa hangit semuanya dikongsi dalam resipi kali ni. Sedia nak belajar rahsia dapur Minang? Jom kita mula!
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi merah
7biji telur
100g daun bawang
3 helai daun limau
5 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
TIPS KEDUA Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
TIPS KETUJUH Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.