Korang kalau tak tau nak bekalkan apa untuk dibawa oleh anak ke sekolah, korang jangaan risau malam ni, ambil sedikit masa utuk membuat Bebola Udang yang sungguh sedap. Apa lebih penting ia menjimatkan sebab kalau beli harga pun boleh tahan mahalnya. Silap-silap bukan hanya anak yang bawak bekal mak-mak pun sama berbekal.
BEBOLA UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar Kasar:
- 200gm udang | buang kukit
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang Holland
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 2 sudu makan tepung ubi
- 1 biji putih telur
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh garam
- Sedikit hirisan daun bawang dan bawang
- 1 sudu the minyak bijan
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar kasar.
2. Campurkan bahan kisar dengan bahan lain di dalam mangkuk. Adun hingga berkilat dan tidak adunan tidak melekat pada mangkuk.
.3. Panaskkan air dalam periuk. Sementara menunggu air mendidih, bulat-bulatkan adunan hingga habis.Apabila air mengelegak, masukkan bebola .
4. Toskan, kemudian goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan bebola udang dengan pelbagai jenis sos kesukaan .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sotong Masak Ala Thai, Tak Payah Lauk Lain Dah
Kalau datang rasa malas nak masak macam-macam lauk, RASA sarankan korang masak je lauk sotong macam ni. Rasanya dah cukup lengkap manis, masin dan pedas. Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yang menjadikan rasanya sedap tak terkata. Cubalah.
SOTONG MASAK ALA THAI
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg sotong
• 1 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 8 biji cili padi
• 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir / gula melaka)
• 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
• 2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)
• 1 biji tomato (potong dadu)
• Sedikit daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan, baki toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga agak halus. Masukkan dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya. 4. 4. Gaul sebati semua bahan tadi bersama bahan yang telah ditumbuk halus.
5. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
CARA PENYEDIAAN
Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Khaidijah Mamat dari Telegram KakiMakan
Aneka Hidangan Sambal Kering Cili Padi Ikan..Fuhh Terrbaik Confirm Bertambah Nasi Lah!
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak percaya kena cuba.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih titik
- 2 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
- Tumis hingga wangi dan layu.
- Masukkan ikan masin. Kacau rata.
- Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Kuah Rojak Buah Homemade By Cik Pooja, Pekat Dan Likat
Kuah rojak buah homemade by Cik Pooja ini simple je nak buat tapi sedap tak terkata. Bahkan, nak buat jualan pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja ni ye. Ramai yang dah cuba mengakui kesedapan kuah rojak buah buatannya ini. Selain dimakan dengan pelbagai jenis buah-buahan, boleh juga dimakan dengan cekodok pun boleh.
Kuah Rojak Homemade By Cik Pooja
Bahan-bahan:
3-5 tangkai cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas, dalam 5 minit.Toskan) – boleh beli online di sini
Sedikit belacan (cik Pooja guna belacan Melaka. Ini optinal) – boleh beli online di sini
1 cawan gula merah (bukan gula perang ye) – boleh beli online di sini
3 – 4 cawan gula pasir – boleh beli online di sini
½ cawan kicap (yang makan dengan nasi tu) – boleh beli online di sini
5 sudu besar sos cili – boleh beli online di sini
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan ½ cawan air) – boleh beli online di sini
2 sudu besar garam (boleh bubuh sikit-sikit kalau takut masin) – boleh beli online di sini
Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar – boleh beli online di sini
2 sudu besar bijan
Cara Memasaknya:
Cili, belacan dan secawan air disatukan dan dikisar sampai halus. Kemudian masukkan dalam kuali.
Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali)
Masukkan gula pasir dan tambah kicap dan sos cili.Masak dulu semua bahan tadi smpai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap Kena sentiasa kacau ye.
Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya seimbang rasanya.
Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Waktu ini kena sentiasa kacau dan kena guna api perlahan ye.
Masak sampai kuahnya agak pekat barulah masukkan bijan dan kacang tanah yang dikisar. Tinggalkan sedikit kacang kisar dan tabur di atas rojak bila nak makan nanti. Masak lagi sampai pekat hitam memikat. Siap!
Boleh makan dengan aneka jenis buah-buahan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Acar Buah Homemade, Tak Perlu Tunggu Kenduri Kalau Teringin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official