Budu goreng ini, makan dengan nasi putih panas-panas je pun dah sedap. Tambah kalau ada pula ikan goreng dan ulaman. Peh! Dah complete.
Jangan pandang resipi simple macam ni ye. Boleh buat makan bertambah tau. Pernah try? Kalau teringin nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Najla Amalinaini ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.
Budu Goreng, Makan Dengan Nasi Saja Pun Sedap
Bahan-bahan:
3 labu bawang besar (saiz sederhana) – boleh beli online di sini Sedikit cili padi (terpulang pada kepedasan yang dikehendaki) – boleh beli online di sini ½ botol Budu Santan (1/2 kotak) – boleh beli online di sini 1/2 kiub ikan bilis – boleh beli online di sini Minyak untuk menumis – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Tumbuk kasar bawang dan cili. Atau boleh juga guna chopper. Jangan kisar lumat ye. Biar masih ada teksturnya.
Ads
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar/tumbuk tadi sampai naik bau tapi jangan sampai garing sangat.
Setelah itu, bolehlah masukkan budu anggaran setengah botol.
Masak menggunakan api perlahan selama 10 minit sampai pecah minyak.
Kemudian masuk santan. Kacau lagi.
Kiub pati bilis. Kalau tak mau masuk pun boleh sebab budu dah ada rasa masinnya.
Masak lagi selama 5-10 minit sampai pecah minyak untuk kali kedua. Ketika ini minyak akan jadi lebih banyak lagi sebab dah masuk santan. Sejukkan dan ceduk buang lebihan minyak.
Budu ini boleh tahan lama.
Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam. Peh!
Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli, pastinya meggamit kenangan di desa tercinta. Bahan ramuan yang ringkas, jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda.
Pemilik 20 laman cafe, Bariyah Abd Aziz berkongsi resepi yang mempunyai pengaruh kuat sajian dari kampung halamannya Rembau. Negeri Sembilan.
MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai
4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat
2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat
2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja
4 keping asam keping
4 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.
Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.
Masakan sudah sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan aroma dan kesedapan yang memikat selera
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
Goreng terung pipit sebentar.
Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
2 biji kentang /dipotong nipis memanjang
2 biji cili hijau/dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan pes cili kering
5 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air
4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2.5 sm halia/ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.
Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.
Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.
Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika
Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.
Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ayam masak kicap tidak mudah basi dan tahan lama
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah/ditumbuk
8 biji cili api/ditumbuk
1/2 biji bawang besar/dihiris
Sedikit belacan/ 2 sm
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
Goreng sehingga masak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli
2 biji cili merah/ditumbuk halus
10 biji cili api/ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Campur dan gaul, tanpa memasak
Jenis masakan : Sajian pembuka selera dan juga lauk
Keistimewaan : Rasa masam manis dan aroma serai menjadi pembuka selera
INFO CHEF: Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
250 gm ikan bilis/ secukupnya
3 sudu makan pes cili kering
5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.
Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.
Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Resipi : Bariyah Abd Aziz
Terima kasih : 20 lamancafe, No 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor
Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.