Aiskrim Milo homemade ni nampak sangt sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Ummu Hani ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh dipelbagaikan perisanya mengikut kegemaran si kecil anda.
CARA BUAT AISKRIM MILO HOMEMADE GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair – beli online disini
- 1 sudu besar ovalette – beli online disini
- 2 sudu besar susu pekat manis | kalau rasa kurang manis, boleh tambah sampai secukup rasa – beli online disini
- 1 sudu teh esen vanila – beli online disini
- Milo secukupnya | boleh letak sebanyak mana yang suka. Jika tiada, boleh digantikan dengan serbuk koko. – beli online disini
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas bersesuaian.
- Kemudian, pukul guna mixer atau blender sehingga sebati dan pekat.
- Tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk beku semalaman.
Kredit resipi & foto: Ummu Hani
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI