Masih ada lagi yang nak cuba buat maruku untuk kudapan? Maruku yang enak cukup rasa, gerenti tak cukup sebalang. Boleh buat banyak dan simpan untuk dimakan atau beri sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah teman. Nak dapat maruku yang rangup boleh ikut resipi ini.
MARUKU
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung maruku BABA’S 1 bungkus tepung pulut cap 3 kambing(nak dapatkan maruku lebih rangup) Guna sukatan sudu sup bahan di bawah: 1 sudu serbuk kari daging babas 1 sudu serbuk cili 1 sudu jemuju 2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi 1 sudu udang kering yang dah dikisar kering, hancur supaya tidak tersekat dekat acuan Garam halus 1 kotak kecil santan (200ml) dikisar dengan 6 ulas bawang putih + air suam jadikan 600ml.Kalau adunan masih keras tambah sikit-sikit lagi. Daun kari secukupnya.
Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, Ramas-ramas hingga sebati. 2.Masukkan satu kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak.. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.Biasanya saya guna 3 1/3 kotak air.Pada yang tak pro lagi, masuk sikit-sikit dulu. 3.Uli sampai tak melekat di tangan dan mudah ditekan pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja. 4.Tekan buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak tu.Baru goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan maruku.Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak rangup.Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.
Resipi perkongsian saudara Amir Zarith ni memang bagus anda cuba lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis yang suka makan snek. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah & berkhasiat, anda boleh sediakan sajian enak untuk si kecil.
Malah melalui cara ni juga, roti sandwic yang dibeli pasti tak membazir. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
Semalam beli roti tapi anak-anak tak nak makan. Cuba buat sesuatu yang baru. Bagi bebudak tu berebut nak makan. Suruh diorang bantu sekali.. Potong bahan-bahan yang akan disediakan.
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti
Sayuran ikut suka tapi saya guna :
1/2 biji bawang besar – potong dadu
1 lobak merah – diparut ( boleh juga guna kacang peas atau jagung) ikut kreativiti sendiri
Daun bawang – hiris kecil
1 kiub pati ayam
1 biji telur
1/2 cawan susu atau air biasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati bersama dengan roti.
2. Tambahkan susu atau air. Jika tak cukup masin,boleh tambah garam secukup rasa.
3. Adun hingga sebati.
4. Ambil adunan dan gumpal bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Siap. Enak dinikmati bersama Sos Cili Thai. Memang terbaik!
Menu sampingan yang ringkas dan sedap, rasa pedas lemak untuk idea menu berbuka, melengkapkan hidangan makanan di meja utama. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih – cicang halus
2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
2 tangkai daun kari
Sepeket tempe – goreng tanpa garam
2 sudu makan susu cair
1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
Sesekali nikmati menu barat di hujung minggu memang layan juga. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka menu casserole yang mudah dan enak. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi ini memberikan idea untuk anda menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba.
Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
Sementara itu, sediakan sos.
Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian masukkan bebola ayam. Goreng seketika untuk mendapatkan warna keperangan.
Masukkan hash brown dalam casserole, kemudian masukkan bebola ayam di atasnya.
Tuangkan pula sos di atasnya sehingga meliputi bebola ayam.
Akhir sekali, taburkan cheddar cheese sebelum dibakar lebih kurang 20-25 minit.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa membuat bebola daging, anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
2. SEAFOOD CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
1 keping fillet ikan
30gm udang |buang kulit
50gm bawang besar | cincang
30gm mentega
30gm tepung gandum
70gm whipping cream / krim putar
10gm cuka epal
50gm Sherdded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Panaskan sedikit mentega dalam kuali menggunakan api sederhana panggang fillet ikan sehingga warna keperangan.
Kemudian panggang pula udang. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama. Tumiskan bawang merah, masukkan tepung dan whipping cream dan kacau sebati hingga kuah pekat.
Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan cuka epal.
Masukkan fillet ikan, udang di dalam casserole. Tuangkan sos di atasnya.
Akhir sekali taburkan cheese di atasnya , titikkan mentega di atas dan bakar selama 15-25 minit.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk isian seafood anda boleh pelbagai jenis isiannya.
3. POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
100gm kentang | dipotong dadu
60gm whipping cream / krim putar
30gm krim masam
50gm bawang holland |dihiris
40gm leek | dihiris
30gm mentega
50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
Garam jika perlu
Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan ceddar cheese di atasnya.
Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
Basuh beras, kemudian ketepikan.
Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa cendawan anda boleh gunakan cendawan segar.
5. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
100gm kentang | dipotong dadu
100gm sosej |dihiris
50gm bawang Holland |dihiris
30gm tepung gandum
60gm whipping cream / krim putar
30gm mentega
50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
Secubit serbuk paprika
Garam ikut keperluan
Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
Campurkan tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk hidangan lebih cantik boleh juga gunakan mangkuk casserole yang kecil.