Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi rojak mi yang sedap. Menurutnya, resipi ini diajar oleh arwah ibunya. Nampak sedap betul rojak mi ini yang dimakan dengan kuah berasaskan kentang. Sedap betul. Jom try buat.
Saya share resipi rojak mi yang biasa saya buat. Hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri. Jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat. Arwah mak dulu niaga sekitar umur saya 8 atau 9 tahun macam tu.
ROJAK MI
BAHAN HIASAN
2 keping tauhu (potong dan goreng)
2 biji kentang ((rebus, tos, potong)
2 biji telur ayam (rebus, kupas, potong dua)
Sejemput taugeh
2 biji cili besar
1/2 biji timun
1 bungkus mi kuning
Ads
CARA MEMBUAT
1. Goreng tauhu dan potong kecil. Rebus kentang, kupas dan potong kecil. Telur ayam direbus, dikupas dan dibelah dua.
2. Bersihkan taugeh. Hiris cili besar dan timun.
3. Bersihkan dan celur mi sekejap supaya lembut.
BAHAN KUAH
1 peket biskut marie (patah-patahkan)
3 biji kentang (direbus dan dikisar halus)
5 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis
Air untuk kuah
2 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Patah-patahkan biskut marie. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan kemudian kisar. Asingkan.
3. Cili kering, udang kering dan bawang putih disatukan kemudian kisar halus.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar iaitu cili kering, udang kering dan bawang putih tadi.
5. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah. Biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang yang telah dikisar halus tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan pula biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kacau sehingga biskut hancur dan sebati dengan kuah.
8. Masukkan tepung jagung supaya kuah agak pekat.
9. Masukkan garam jika mahu. Biarkan mendidih dan matikan api.
BAHAN KUIH ROJAK
2 senduk tepung gandum
1 sudu besar yis
Secubit garam
Sedikit air
Daun kucai (jika mahu)
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT KUIH ROJAK
1. Satukan tepung gandum, yis dan garam dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan daun kucai. Perap beberapa minit.
3. Cedok menggunakan hujung senduk bancuhan tadi dan goreng sehingga masak.
CARA MENGHIDANG
1. Dalam mangkuk, isikan kuih rojak, mi dan bahan hiasan.
2. Tuangkan kuah dan boleh mula makan.
Ads
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
Lebihan nasi selalunya kita goreng, atau dijadikan cucur. Sekarang boleh tambah satu lagi menu, nasi sejuk ini boleh juga dijadikan keropok lekor.
Bukan saja nasi putih, jika ada lebih nasi berperisa seperti beriyani juga boleh digunakan. Bagi ikan pula tak semestinya menggunakan ikan segar. Ada ikan bilis saja pun dah boleh buat keropok lekor.
Cara buat keropok lekor guna lebihan nasi
Bahan-bahan
Lebihan nasi
Ikan bilis
Tepung ubi
Cara membuat
1. Kisar kering nasi dan ikan bilis hingga lumat.
2. Masukkan dalam bekas bahan dikisar dan tambah sedikit demi sedikit tepung ubi hingga menjadi doh yang lembut.
3. Panaskan air hingga mendidih, pada masa yang sama ambil sedikit doh dan uli jadi memanjang. Kemudian terus direbus dalam air yang mendidih.
4. Rebus sehingga keropok lekor lebih kurang lima minit bergantung ketebalan. Apabila keropok lekor terapung bolehlah diangkat.
5. Toskan dan sejukkan seketika. Simpan dalam peti sejuk sekejap supaya keropok meletup sewaktu menggoreng.
6. Selepas itu bolehlah dipotong dan digoreng. Rasa keropok lekor ini sama seperti keropok ikan biasa dan tetap lembut dan kenyal. Malah kekal lembut walau dah sejuk.
Info
-Boleh juga jika mahu campur dengan nasi berperisa seperti lebih nasi beriani atau nasi minyak
-Doh yang siap dikisar akan melekat, taburkan dengan tepung ubi kayu pada talam dan tangan Ketika menggentel.
-Tak perlu letak garam atau perasa, kerana ikan bilis sudah cukup masinnya.
Kentang putar untuk anak-anak yang susah dan tidak ada selera untuk makan. Sesuai untuk makan dengan ayam atau daging panggang. Resipi yang sangat mudah untuk dibuat dengan mengunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
MASHED POTATO
BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
5 biji kentang
1 cawan susu penuh krim
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Rebuskan kentang sehingga empuk. Toskan kentang.
Selepas itu lenyekkan kentang sehingga hancur.
Panaskan susu penuh krim dan mentega. Apabila sudah panas, masukkan ke dalam kentang. Kacau rata.
Ikut tekstur kentang yang kita nak, kalau nak lembut lagi. Tambah lagi susu dan mentega.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk lada hitam.
BAHAN-BAHAN GRAVY:
6 sudu makan mentega
1 bawang holland (potong dadu)
4 sudu makan tepung gandum
2 kiub pati ayam
4 cawan air
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bancuhan tepung jagung
Sedikit kicap pekat (pilihan letak sebab nak bagi warna pada kuah)
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan masukkan bawang holland.
Apabila bawang keperangan, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Masukkan kiub pati ayam, air, dan lada hitam.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sedikit kuah.
Masukkan kicap untuk bagi warna kuah lebih pekat. Biarkan kuah mendidih. Tutup api dan sejukkan kuah.
Apabila kuah dah sejuk, kisar sehingga halus. Panaskan semula kuah dan boleh hidangkan.
Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
1. Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
4. Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...