Setiap kali menonton kdrama di peti tv, populariti sajian Korea amat terserlah. Begitu juga dengan masakan Jepun cukup popular di persada kulinari antarabangsa. Memandangkan dua negara ini ada hubungan sejarah dan politik sejak zaman dahulu, jadi kedua sajiannya saling mempengaruhi dan ada sedikit persamaannya. Rasa menampilkan resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang bekerja di Restoren Kampungku, Myeongdong, Seoul , Korea Selatan.

 

 

1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )

5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan tepung gandum
  • 1biji telur
  • 2 sudu besar mentega | yang dicairkan
  • 3 sudu besar gula kaster
  • Secubit garam
  • ½ cawan susu segar
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh minyak masak
  • 4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.

 

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
  2. Panaskan oven sehingga 160-180’C.
  3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh.
  4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan.
  5. Bakar lebih 13-15 minit sehigga adunan masak kuning keemasan.

 

Info chef: Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.

 

 

2. HOTTEOK (PENKEK MANIS KOREA )

5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN:

Bahan doh:

IKLAN
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 1 sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 cawan tepung serbaguna

 

Bahan inti :

  • ½ cawan gula perang
  • 4 sudu makan  kacang walnut | dibakar dan didadu halus
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

 

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan air suam, gula kaster, yis kering, garam  dan minyak sekali di dalam mangkuk adunan. Biarkan yis mengembang lebih kurang 5 minit sehingga mula berbuih.
  2. Masukkan tepung ke dalam adunan. Gaul sebati sama ada menggunakan mesin, spatula mahupun tangan.
  3. Tutupkan adunan menggunakan menggunakan kain basah. Biarkan adunan mengembang sekali ganda dalam 1jam.
  4. Setelah kembang tumbuk adunan tersebut untuk membuang udara yang terperangkap. Tutupkan adunan sekali lagi dan biarkan adunan mengembang selama 20 minit.
  5. Campurkan kesemua bahan untuk inti.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bentuk bebola kecil. Ratakan bola kecil tersebut. Letakkan isi inti di tengah adunan.
  7. Akhir sekali cantum adunan tersebut hingga rapat. Andainya adunan melekat boleh tambahkan sedikit tepung.
  8.  Panaskan kuali dengan minyak masak. Setelah panas letakkan bebola bersama ihti tadi . Menggunakan spatula yang rata tekan bebola tersebut hingga rata. Masak sehingga kedua-dua bahagian kuning keemasan.
  9. Terbalikkan adunan tadi. Biarkan adunan dimasak lebih lama untuk memastikan gula perang cair sepenuhnya. Seeloknya dihidangkan ketika masih panas.

 

Info Chef: Hidangan ini menjadi sambutan yang amat popular di kalangan pelancong di Korea Selatan terutamanya pada musim sejuk kerana lebih enak dimakan ketika masih panas.

 

3.TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)

5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Bahan kek beras:

  • 250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Secubit garam

 

Bahan sos:

  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
  • 5 ulas bawang putih | dikisr
  • 5 cili api | dikisar
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan cuka masak
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati
  2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan.
  3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan  pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat.
  7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan.
  8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.

 

Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri,

Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.

IKLAN

 

 

4. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUNCAI)

5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1biji telur
  • ½ cawan air
  • 1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati.
  2. Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum.
  4. Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda.
  5. Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali
  6. Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan.
  7. Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea

 

Info Chef: Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan  makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.

 

 

5. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN)

5 Inspirasi ‘Street Food’ Korea & Jepun Jadi Pilihan Ramai. Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
  • 1 ikat daun bawang dihiris halus
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air
  • 30 gm ikan bilis
  • 10 gm rumpai laut kering
  • 100gm lobak putih

CARA MEMASAK :

  1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
  2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus.
  3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
  4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan.
  5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan  garam
  6. 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
  7. Sedia untuk dimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI