Siapa kata susah nak buat kuih gunting? Boleh cuba resipi mudah ni hanya guna tepung cucur Adabi.Memang ralit nikmati kuih gunting yang rangup. Nak buatnya pun tak susah hanya guna tiga bahan. Anda yang dekat rumah boleh cuba. Buat banyak simpan dalam balang kedap udara.
KUIH GUNTING
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung cucur udang adabi
65 ml santan kotak
Air secukupnya
Cara memasak:
1. Satukan 1 bungkus tepung cucur udang adabi bersama suku kotak santan.
2. Uli kedua-dua bahan sehingga ianya sebati. Kemudian, masukkan pula air sedikit demi sedikit untuk elakkan doh menjadi lembik.
3. Bila dah jadi doh, boleh gunting-gunting doh tersebut dan sedia untuk digoreng sehingga garing.
4. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Cara buat kuih putu, selama ini kita selalu beli di pasar malam kan! Rupanya kalau nak buat sendiri mudah saja. Guna acuan kuih lompang pun boleh.
Yang menarik, kuih ini tak perlu uli atau adun lama cuma perlu ramas tepung dan kukus. Bau harum tepung beras kukus dengan manisan cair di tengahnya memang membangkitkan nostalgia kuih tradisional zaman dulu.
2 dua cawan tepung beras (cap 3 gajah)
10 sudu air
Gula melaka /manisan yang dihancurkan
Kelapa parut
Acuan lompang
1. Satukan tepung dan air, jadikan seperti serbuk.
2. Tapis adunan tepung tadi untuk jadi lebih halus.
3. Masukkan tepung yang sudah siap ditapis dalam acuan. Letak sedikit dulu kemudian masukkan manisan.
4. Seterusnya masukkan tepung lagi sampai penuh acuan.
5. Panaskan air dalam periuk pengukus, kemudian masukkan kuih putu dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 minit.
6. Pastikan penutup periuk pengukus dibalut bagi mengelakkan wap air jatuh pada adunan.
7. Selepas masak, hidangkan dengan kelapa parut. Kuih putu ini sedap dimakan panas-panas ketika manisannya cair.
Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini adalah rasanya tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
BAHAN INTI (UNTUK 10 BIJI KARIPAP)
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangiada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH: Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang. 2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat. 3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa. 4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) 2 sudu makan tepung jagung 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul. 3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong. 5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.