Sedapnya kalau dapat makan cucur masa minum petang. Resipi cucur ni pun ada pelbagai jenis. Salah satu yang boleh dicuba ialah Cucur Roti atau Cokodok Roti perkongsian Opah Mas Cotek. Hidang panas-panas & cicah sos. Mesti berebut. Roti pun tak sempat nak ‘expired’. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR ROTI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
12 keping roti sandwic
1 biji bawang besar – cincang
2 biji cili merah – cincang
Sedikit daun sup / daun bawang – hiris halus
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
JIKA SUKA: boleh tambah isi udang, ikan bilis, lobak merah, ubi kentang dan sebagainya.
CARA MEMASAK:
1. Gunting roti atau siat supaya menjadi kepingan kecil.
2. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Ads
3. Panaskan minyak, bulatkan adunan cucur dan goreng hingga berwarna keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan. Boleh dinikmati bersama sos malah enak dimakan begitu sahaja.
Siapa di sini suka makan Sata Ikan? Lebih-lebih lagi bila berkunjung ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Pasti sata antara menu yang dicari. Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Lagi sedap bila dibakar menggunakan sabut kelapa. Memang naik aromanya. Resipi perkongsian daripada Mazah Dollah ini, antara yang mudah dan berbloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI SATA IKAN SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ekor ikan kembung | rebus sekejap, kemudian ambil isi
2 ½ cawan kelapa putih muda
*10 biji cili api merah
*5 ulas bawang merah – beli online disini
*1 biji bawang besar – beli online disini
*2 ulas bawang putih – beli online disini
*2 inci halia
*2 batang serai
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Daun kesum | hiris kecil
1 sudu cili kering kisar – beli online disini
Cili merah
CARA MEMASAK:
1. Bahan yang bertanda * dikisar. Atau boleh juga ditumbuk. Ketepikan.
2. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang, kemudian tumbuk hingga hancur.
3. Kemudian, gaulkan isi ikan sekali dengan bahan kisar tadi dan kelapa.
4. Masukkan air asam jawa dan telur. Gaulkan.
5. Perasakan garam dan gula. Akhir sekali, gaulkan dengan daun kesum dan hirisan cili hidup.
6. Buang kelongsong guna daun pisang. Masukkan dalam sesudu besar penuh adunan. Tutup kemas dan cucuk dengan lidi atau pencucuk besi. Bakar sehingga masak.
*Nak guna ikan mentah pun boleh. Lepas siang, bersihkan. Kemudian ambil isi dan kisar guna mesin pengisar kering atau tumbuk guna lesung.
*Kalau tak ada daun pisang, boleh buat guna kulit popia. Ha yang tu namanya popia satar. Kena goreng ye.
Pening fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
1½ cawan beras sushi
2 cawan air
1/3 cawan cuka nasi
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
2 keping seaweed | dihiris halus
1 bij cili merah | dihiris halus
3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
1/2 batang merah | dicincang halus
4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan
Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
4 biji roti sosej | belah tengah
100gm daging cincang
4 batang sosej ayam
1 biji bawang holland | dicincang halus
2 ulas bawang merah|dicincang halus
1ulas bawang putih | dicincang halus
4sudu makan sos balognes
1 sudu teh serbuk kari daging
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam
5 sudu makan tepung ayam goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
4keping roti biasa atau whole meal
Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 biji ubi kentang |saiz besar
200gm daging kisar
1 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih |dicincang
100gm keju mozarela | diparut
2 sudu kecil mayones
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1biji bawang besar| dicincang halus
2ulas bawang putih| dicincang halus
200gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
100 gm kacang panjang | hiris halus
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1 bungkus kulit popia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan daging kisar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!