Salah satu kudapan yang mengimbau kenangan mereka yang berusia antara 40-an hingga 50-an adalah biskut telur coin. Ini kerana biskut tersebut selalu dibeli di kedai yang menjual kudapan untuk menjamu anak-anak di rumah.

Jom kita cuba buat kembali biskut tersebut. Manalah tahu boleh teringat kembali zaman kecil-kecil dulu kan?

BISKUT TELUR COIN

Biskut Telur Coin, Teringat Zaman Kanak-Kanak Dulu

IKLAN

BAHAN-BAHAN
100 gram mentega
100 gram gula aising
2 biji telur (saiz A)
1 sudu kecil esen vanila
150 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit atau pewarna kuning

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan mentega dan gula aising. Pukul sehingga menjadi krim putih.
2. Masukkan telur ayam satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan esen vanila. Kacau lagi.
4. Masukkan pula serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau lagi.
5. Satukan tepung gandum dengan serbuk penaik dalam bekas lain. Kemudian masukkan dalam bekas adunan tadi.
6. Kacau adunan sehingga tepung tidak lagi kelihatan.
7. Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Guntingkan sedikit hujung tirusnya.
8. Paipkan ikut bentuk yang diingini. Bentuk duit syiling (coin) sangat mengimbau kenangan. Buat hingga habis adunan.

IKLAN

Biskut Telur Coin, Teringat Zaman Kanak-Kanak Dulu
9. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 20 minit.

Biskut Telur Coin, Teringat Zaman Kanak-Kanak Dulu
Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

IKLAN

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/mLLg2EFyhT8

Sumber: Sarah Chew melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI