
Biskut Milo Rangup atau Milo Cookies ni adalah salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti suka. Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Ahriany Ahmad ni, jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI BISKUT MILO RANGUP
BAHAN-BAHAN :
- 250gm mentega
- 110gm gula perang
- 1 biji telur gred A
- 185gm serbuk Milo
- 2 sudu teh esen vanilla
- 500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI BISKUT-BISKUT LAIN:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.
RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur gred A| asingkan kuning dan putih
- 6 keping keju cheddar cheesedale
- 100gm mentega
- 100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak) (beli ONLINE)
- 125gm gula pasir
- 300ml susu segar
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hidayatul Hafiza
Tercari-cari KETUHAR baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi kek? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun. Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.
Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.
1.DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 50 gm tepung ubi | diayak
- 20 gm serbuk coklat | diayak
- 300 gm tepung jagung | diayak
- 50 gm tepung kastad | diayak
- 1 sudu teh perisa coklat
- 1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
5. Susun manik sebiji di atasnya.
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 120 gm gula perang
- 1 biji telur
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 30 gm serbuk coklat | diayak
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 50 gm corn flakes | diramas
- 30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
3.DYRA RAISIN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm mentega
- 100 gm gula perang
- 1biji telur
- 50 gm serbuk coklat | diayak
- 300 tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
5. Adun menjadi doh lembut
6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
4. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
- 200 gm mentega
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk koko | diayak
- 100 gm perang
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm coklat cip
- 1biji telur
Bahan hiasan :
- Cip coklat secukupnya
- Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
4. Hiaskan dengan cip coklat.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit
5. BUBBLE RICE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm mentega
- 80 gm gula perang
- 1 biji telur saiz C
- 30 gm serbuk koko | diayak
- 30 gm coklat masakan | dicairkan150 gm tepung gandum | diayak
- 100 gm bubble rice @ bertih beras
Bahan hiasan :
- Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
INFO : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.
fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Resipi Kek Coklat Caramel Cheese Azlina Ina. Lembut, Gebu, Memang Padu!

Nak menikmati rasa Kek Coklat Caramel Cheese yang sangat sedap, gebu dan lembut? Resipi perkongsian bakers tersohor Azlina Ina yang telah dicuba serta dikongsi kembali oleh saudari Norainon Misnor ini semestinya harus dicuba.
Memang padu. Patutlah banyak kali resipi ni dicuba dan dikongsi. Dijamin tidak akan menyesal. Anda nak rasa? Berikut adalah senarai bahan serta cara-cara pembuatannya.
KEK COKLAT CARAMEL CHEESE
BAHAN-BAHAN KEK (AYAK):
- 2 cawan tepung gandum (1 cawan dalam anggaran 250gm) – beli online disini
- 2 sudu besar serbuk koko (ni akak tambah sendiri) – beli online disini
- 1 sudu kecil baking powder – beli online disini
- 1 sudu kecil cream of tartar – beli online disini
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN LAIN:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus – beli online disini
- 1 sudu kecil emulco coklat – beli online disini
- 1 sudu kecil esen vanila – beli online disini
- 1 sudu besar ovalette – beli online disini
- 1 cawan susu pekat manis ( boleh guna ¾ cawan) – beli online disini
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula halus, emulco coklat, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Masukkan susu pekat manis dan minyak masak.
- Matikan pengadun.Masukkan campuran tepung. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau.
- Panaskan pengukus dan kukus guna api sederhana. Jika guna loyang saiz 9, kukus dalam 30 minit. Jika guna bekas sq 450, kukus 15 minit.
- Masa dikukus, pastikan kek ditutup atasnya dengan plastik wrap atau balut penutup periuk kukusan menggunakan kain bagi mengelakkan air menitis.
BAHAN COKLAT GANACHE:
- 300gm beryls dark compound – beli online disini
- 200ml whipping dairy
- 2 sudu besar mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam pengukus atau ketuhar. Biarkan seketika dan kacau. (Pastikan coklat cair sepenuhnya)
BAHAN TOPPING CHEESE:
- 500gm krim keju/ cream cheese
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
- 1/2 cawan whipping cream jenis tenusu /dairy
- 1 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan. Kalau nak cair sikit boleh tambahkan susu segar.
2.Pukul atau kisar semua bahan guna blender. Kemudian boleh tuang atas kek yang telah sejuk.
- Kemudian tuangkan coklat ganache dan caramel. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN CARAMEL – buat awal lagi senang
- 200ml whipping cream dairy – dipanaskan
- 1 cawan gula halus
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1.Cairkan gula halus sampai warna keemasan kemudian masukkan mentega. Kacau.
- Dengan segera masukkan whipping cream yang dipanaska tadi. Kacau sampai sedikit pekat. Matikan api.
Kredit resipi & foto: Norainon Misnor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cream Cheese Homemade, Boleh Buat Guna Susu Tepung atau Susu Segar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official