Biskut florentine ini boleh masuk dalam senarai kalau baru cuba nak buat biskut raya sendiri tahun ini. Sebab cara membuatnya cukup mudah, sesuai sangat buat beginner.

Nama saja biskut florentine tapi yang ini tak payah uli pun atau terap dengan acuan. Nemun biasanya biskut inilah yang paling ‘laris’ raya nanti. Nak cuba boleh ikut resipi dikongsi oleh   Noor Sa’dah Mohd Saidun.

Cara buat biskut florentine, biskut tak perlu uli pun

Bahan-bahan:

500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu (pumpkin seeds)
200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds)
50 gram bijan hitam (Black sesame seeds)
20 gram bijan putih (sesame seeds)
Muffin cup

Biskut Florentine, Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Nak Buat Kuih Raya. Mudah Sangat
Cara membuat:

1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar.

2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.

IKLAN

Biskut Florentine, Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Nak Buat Kuih Raya. Mudah Sangat

3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .

4. Masukkan sesudu adunan ke dalam muffin cup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.

Biskut Florentine, Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Nak Buat Kuih Raya. Mudah Sangat

IKLAN

5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c.

6. Keluarkan biskut daripada muffin cup dan biarkan sejuk sebentar.

Biskut Florentine, Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Nak Buat Kuih Raya. Mudah Sangat

7. Simpan dalam bekas kedap udara.

IKLAN

Biskut Florentine, Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Nak Buat Kuih Raya. Mudah Sangat

INFO

Tepung florentine ialah tepung berkaramel, oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan tutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.

Sumber: Noor Sa’adah Mohd Saidun

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI