Biasanya bila buat coklat cip pastilah rasa coklat atau koko. Tapi Orange Chocolate Chip Cookies @ Biskut Oren Coklat Cip ni beraroma dan kaya dengan rasa oren .
Bagi mereka yang inginkan kelainan rasa bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam FB Rasa Share Resipi ini. Untuk menyedapkan lagi biskut ini coklat cip, hirisan badam dan cornflakes menjadikan ia rangup dan nikmat dikunyah. Berbaloi dicuba.
ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Ads
250gm mentega
160gm gula kastor
1 biji telur gred A
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen oren
pewarna oren
Bahan B ( diayak ) :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil emplex
Bahan C :
150gm coklat cip
100gm hirisan badam
50gm cornflakes ( diramas halus )
.
Ads
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati . 2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul rata . 3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna . 4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A . 5. Kacau sebati . 6. Akhir sekali masukkan Bahan C . 7. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra . 8. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar . 9. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar . 10.Ulang proses sehingga selesai . 11. Panaskan oven, bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing . 12. Setelah masak , sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara .
Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
Teringin nak makan nasi ayam buat sendiri, tapi nak yang mudah masak. Kalau begini cuba buat ‘one pot’ nasi ayam, cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah ‘one pot’ nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun sedap.
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Buang bahagian kulit berlemak dan potong kecil supaya dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras -cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Rebus bahagian ayam yang bertulang dan kaki. Masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan mentega dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan. Masukkan bawang putih halia dan daun pandan, goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang sudah dipotong. Kacau sekejap dan terus masukkan beras, kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras yang digunakan. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah pindahkan ketika ini. Susun ayam di bahagian atas elok-elok dan tanak seperti biasa hingga nasi masak.
Selepas nasi masak, jika kurang gemar ayam putih ‘moist’ begitu boleh keluarkan dari periuk. Buang sisa nasi yang melekat kemudian goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja hingga garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi ayam ini kalau makan saja pun sedap.
Bagi penggemar menu sotong bakar, resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Dinikmati pula bersama Sos Thai stail ala Danok, menjadikannya antara hidangan yang wajib anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PERAPAN SOTONG BAKAR PALING MUDAH
& SOS THAI STAIL DANOK SEDAP
BAHAN PERAPAN SOTONG: Sotong secukupnya Serbuk kunyit Sedikit garam Serbuk secukup rasa
CARA-CARA: 1.Bersihkan sotong dan lumurkan dengan bahan-bahan perapan yang lain. 2. Boleh sumbat kepala sotong dalam badan dengan kemas kemudian cucuk dengan lidi. 3. Untuk membakar sotong, susun dalam pemanggang namun jangan tutup. Masak hingga sotong mengeluarkan airnya. 4. Angkat seketika sotong dan biarkan air dalam pemanggang kering seketika. 5. Masukkan kembali sotong tadi dan tunggu hingga masak. 6. Tidak perlu bakar sotong terlalu lama kerana nanti akan menjadi liat. 7. Angkat dan hidangkan bersama sos Thai ala stail Danok.
CARA MEMASAK SOS: 1. Racik halus nise @ gula melaka. Kemudian larutkan dalam air panas. 2. Cincang halus cili padi dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas larutan nise tadi. 3. Kemudian masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis, sedikit gula, sos cili dan juga sos tiram untuk memekatkan sos. Kacau sebati. 4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar @ daun sup, emping cili dan bawang merah yang dimayang halus. 5. Sebatikan dan rasa. Tambah mana perasa yang tidak cukup mengikut cita rasa anda. 6. Hidangkan bersama sotong bakar tadi.