Makanan laut seperti kepah, sotong, lala dan udang bukan sahaja enak dijadikan lauk utama bahkan jika dicampur dalam masakan sampingan lain, akan menambahkan lagi keenakan rasa hidangan tersebut. Khas untuk anda, ditampilkan 10 jenis masakan daripada sayuran yang sesuai dimasak bersama makanan laut. Hmm…pasti membuka selera. Jom cuba!

1. TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tauge
  • 100gm kucai
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.

Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak

2. SAMBAL PETAI LALA

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 papan petai | dibuang kulit
  • 500gm lala
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk m,enumis
  • 1 biji bawang besar | dihiris

BAHAN KISAR:

  • 20 tangkai cili kering
  • 2cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa diikuti garam dan juga gula dengan secukup rasa.
  3. Seterusnya masukkan petai dan lala. Gaul hingga sekata dan masak sehingga kulit lala terbuka.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan biarkan layu seketika.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef:  Petai hendaklah direndam seketika di dalam air panas

3. LALA MASAM MANIS BERSAMA TIMUN & NANAS 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji timun | dibuang kulit dan biji
  • 100gm nanas
  • 500gm lala
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai | dititik
  • 4 sudu makan pes cili
  • 4 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Minyak untuk menumis
  • Garam  dan gula  secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai diikuti bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan lala dan masak sehingga kulitnya terbuka.
  4. Seterusnya masukkan nanas, timun dan tomato. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Biji timun dibuang bagi mengelakkan hidangan menjadi terlalu berair

IKLAN

4. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang sayur keladi | dibersihkan
  • 3 keping asam gelugur
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 batang serai | diketuk

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
  3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan

5. KAILAN IKAN MASIN 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kalian
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK:

  • 4 ulas bawang putih
  • 5cm ikan tenggiri jeruk
  • 6 biji cili padi

BAHAN TABUR:

IKLAN
  • 10gm isi ikan tenggiri masin | dihiris dan digoreng garing

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga wangi.
  2. Setelah kelihatan agak garing, masukkan sos tiram dan minyak bijan.
  3. Kemudian masukkan sayur kalian. Kacau sehingga agak layu.
  4. Angkat dan taburkan dengan isi ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Info chef:  Tambah dua sudu makan air jika ingin sayur yang sedikit berkuah

6. TAUHU KUKUS UDANG KERING 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tauhu lembut | digaul garam secukup rasa
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 2 tangkai daun bawang |dimayang halus                      
  • 2 tangkai daun sup |dimayang halus                          
  • 1 sudu makan bawang merah goreng
  • 2 sudu teh bawang putih goreng
  • 1 tangkai cili merah dihiris serong
  • 2 sudu teh udang kering | digoreng garing
  • 2 batang filamen ketam (crabstick) | diracik dan digoreng garing

CARA MEMASAK:

  1. Letakkan tauhu diatas pinggan tahan haba dan tuangkan kicap cair, sos tiram dan minyak bijan ke atasnya.
  2. Taburkan daun sup, daun bawang, cili hiris dan separuh udang kering ke atas tauhu.
  3. Kukus selama 10minit supaya perisa meresap dan sebati dengan tauhu.
  4. Tutup api dan taburkan bawang merah goreng, bawang putih  goreng, lebihan udang kering goreng dan filamen ketam goreng keatas hidangan.
  5. Hidangan siap dan sedia untuk dinikmati.

Info chef:  Boleh juga di tambah dengan udang segar bagi menambahkan kemanisan hidangan.

7. SAWI KUKUS BERSAMA KEPAH

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm kepah
  • 10 tangkai sawi manis kecil
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris panjang
  • 2 ulas bawang putih | didadu kecil
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh bawang putih goreng
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan periuk kukus dengan api sederhana. Sementara itu, basuh sawi, belah dua dan toskan.
  2. Gaul kepah bersama bawang putih, garam dan 1/2 sudu makan sos tiram. Kukus selama tiga minit.
  3. Sementara mengukus kepah, gaul daun sawi dengan 1/2 sudu besar sos tiram.
  4. Kemudian susun sawi tadi di atas kepah yang dikukus dan sambung mengukus selama 3-5 minit  sehingga kulit kepah terbuka.
  5. Tabur bawang putih goreng dan sedia untuk dihidang.

Info chef:  Selain kepah, boleh juga menggunakan udang atau isi ketam.

8. CENDAWAN BERSAMA KEPAH 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm kepah
  • 8 biji cendawan butang perang | dihiris
  • 50gm cendawan shimeiji | dibuang akar dan diceraikan
  • 10gm cendawan jeli hitam kering ( telinga kera) | direndam hingga lembut
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan kepah bersama sos tiram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak  masak dan masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
  3. Masukkan kepah ke dalam kuali dan kacau rata sehingga kulit kepah terbuka sedikit.
  4. Masukkan cendawan shimeiji, cendawan butang dan kacau rata
  5. Apabila kepah telah terbuka sepenuhnya dan cendawan kelihatan lembut, masukkan cendawan jeli hitam, sos ikan dan kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Info chef:  Sos ikan telah memberikan rasa masin , tambah garam jika perlu sahaja

9. ASPARAGUS UDANG

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang asparagus | dihiris serong
  • 10 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
  • 4 biji cili merah | dikisar halus
  • 1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan  minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
  2. Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
  3. Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
  4. Masak sehingga naik minyak
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian  masukkan asparagus dan gaul rata.
  6. Tutup api dan sedia di hidang

Info chef:  Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang ranggup

10. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG 

10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pucuk ubi kayu | dicelur
  • 200gm pati santan
  • 500gm sotong | dihiris
  • 1 batang serai | dititik
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1cm halia | dikisar halus
  • 1cm kunyit hidup | dikisar halus
  • 2 sudu teh ikan bilis  | dikisar halus
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur.  Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
  4. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan. 

Info chef:  Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI