Bingka ubi garing di luar dan lembut di dalam. Yang bestnya bingka arau bengkang ubi ini bukan saja senang nak buat, rasa pun bukan main sedap lagi!
Dengan tekstur yang garing di luar lembut di dalam. Rasanya pun manis sedang elok, lemak berkrim yang seimbang.
Tak Susah Pun Buatnya
Orang ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya. Hanya campurkan semua bahan dan bakar.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad atau Kak Bai ini memang dah tepat-tepat sukatannya. Insya-Allah CONFIRM JADI. Yang penting ikut bahan dan cara buat dia betul-betul ye.
Bingka Ubi, Garing Di Luar, Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
4 cawan Ubi Kayu (disagat)
2 cawan Santan pekat – boleh beli online di sini
1 cawan Gula Pasir – boleh beli online di sini
½ sudu kecil Garam – boleh beli online di sini
Sedikit Pewarna Kuning
Cara Memasak:
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu dengan suhu 200C, guna api atas bawah tanpa kipas.
Selepas itu, bolehlah mula sagat ubi menggunakan penyagat. Kena pastikan dapat dapat empat cawan. Beli ubi kayu lebih pun tak apa, kadang ubi itu tak elok.
Sukatan cawan pula tak kisah, asalkan guna satu cawan yang sama dari awal sampai siap bingka ni nanti.
Seterusnya paling senang. Campur je semua bahan. Mula-mula masukkan gula cawan.
Ads
Lepas itu, masukkan santan pekat. Kalau guna santan asli, perah daripada 1 biji kelapa.
Sebagai rujukan untuk beli bahan: Cawan metriks yang Kak Bai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing-masing lah ye. Kita perlukan 2 cawan. Jangan lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
Kemudian masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks macam tu.
Setelah itu, masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula-mula letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jangan pandai-pandai nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan-bahannya. Simple tapi menjadi.
Masa Untuk Bakar:
Ads
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan. Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa-apa sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit. Jadi, bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2-betul sejuk.
Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Guna suhu 200C api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yang lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yang garing kulitnya, bakar dalam 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing-masing.
Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk.
Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, tak payah masukkan dalam peti sejuk pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas-panas, makan jelah dik.
Kalau nak bingka yang lembut dan lemak berkrim, make sure ikut betul-betul sukatan dan cara buatnya tau. Insya-Allah puas hati dan puas makan.
Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Air fryer ni boleh dikatakan barang wajib yang perlu ada didapur, demi memudah & menjimatkan masa untuk memasak. Boleh juga survey brand Khind 3.5L Air Fryer recommended tau.
RESIPI KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 biji telur
1 kotak santan
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh pewarna hijau
200gm air pandan – kisar daun pandan bersama air. Tapis.
Bijan untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. 2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul. 3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas. 4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan. 5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya. 6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak. 7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan. 8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya bila makan Karipap Kurma Daging panas-panas. Sebenarnya karipap inti apa pun memang sedap bila dimakan sejurus lepas digoreng.
Biasanya karipap intinya adalah kari kentang dan juga sardin. Namun saudari Shida Razak KC, beliau kongsikan resipi karipap yang lain sedikit dimana ia menggunakan inti kurma daging. Wow…Menarik!
Malah kulitnya juga menggunakan resipi dari ibunya. Kata beliau kulit karipap ini, jika digoreng waktu pagi, petang pun masih rangup lagi. Memang sedap sangat ni.
Jomlah cuba buat resipi Karipap Kurma Daging yang sangat sedap ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK KARIPAP KURMA DAGING PALING SEDAP & MUDAH
1.Gaul tepung gandum, garam dan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
2.Panaskan minyak masak dan tuangkan dalam campuran tepung yang digaul dengan marjerin tadi. Gaul guna sudu.
3.Kemudian, masukkan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit dan ulilah sampai doh tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang cantik.
4.Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.
5.Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
6.Canai doh dan masukkan dalam acuan karipap. Isikan inti yang telah disejukkan tadi dengan secukupnya dan kepit. Boleh juga kelim guna jari secara manual.
7.Bila sudah siap, goreng karipap hingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati.
Kalau selalu kita makan kuih tepung pelita, kali ni cuba pula versi unik Kuih Pelita Sagu! Gabungan tekstur sagu yang kenyal dan manis lemak bersama lapisan kastard memang cukup seimbang. Kuih tradisional ini bukan saja cantik, tapi lagi sedap bila dihidang sejuk setiap suapan terasa nikmat dan lembut di tekak.
Resipi Kuih Pelita Sagu, Sedap Makan Sejuk Sejuk
Bahan Lapisan Bawah
Sagu secukupnya
Daun pandan (disimpul)
Pewarna merah
Gula secukupnya
Air secukupnya
Kelongsong daun pandan
Cara Penyediaan Lapisan Bawah
Rendam sagu bersama pewarna merah sehingga kembang.
Masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan, gula dan air.
Masak dengan api sederhana hingga sagu betul-betul masak dan menjadi jernih.
Tutup api dan terus masukkan sagu ke dalam kelongsong daun pandan. Padatkan sedikit supaya terbentuk kemas.
Bahan Lapisan Atas
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
Secubit garam
1 biji telur
Cara Penyediaan
Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga sebati.
Masak atas api sederhana sambil kacau sampai adunan likat dan masak sempurna.
Tuang adunan ke dalam blender dan kisar sekejap supaya lebih halus dan licin.
Tuang ke atas lapisan sagu yang telah siap dimasak tadi.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihidang.
Tip Buat Kuih Pelita Sagu Yang Sempurna
Untuk hasil lebih wangi, gunakan santan segar dan daun pandan asli.
Kalau nak warna lebih menarik, boleh guna pewarna hijau pandan atau ungu lembut.
Kuih Pelita Sagu ini lebih sedap dinikmati sejuk, jadi simpan seketika dalam peti ais sebelum dihidang.