Apa yang anda boleh buat dari buah labu. Selain dibuat pengat atau bingka, boleh juga buat kimpu kueh. Kuih labu goreng yang lembut.Resepi dikongsikan Musyahadah Oo adalah turun temurun dari moyang.Dimakan ketika panas memang enak. Bolehlah cuba nanti.
KIMPU KUEH (CHINESE)
Bahan-bahan:
Labu kuning-sagat halus
Tepung gandum
Kucai
Bawang merah kecil dan bawang putih-hiris
Garam
Lada sulah
Air sejuk
Ajinomoto/perasa sedikit kalau suka
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tadi.
2.Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.
3.Goreng hingga kekuningan.
4.Siap dihidang dengan sos cili Thai/kampung koh cili.
Kredit: Musyahadah Oo
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak
Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Apam Suri Inti Kastard Durian Paling Sedap
Ada yang nk cuba buat Kuih Apam Suri yang sangat sedap ni? Ada juga yang panggil kuih ini dengan nama Kuih Karipap Apam. Guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek, insyaallah elok hasilnya. Kuih lembut intinya juga lemak berkrim. Memang sangat enak. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA BUAT KUIH APAM SURI @ KARIPAP APAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN A:
1 cawan tepung gandum – beli online disini
1 ¼ cawan air
1 paket eno biru
Pewarna pilihan
BAHAN B:
1 cawan isi durian
½ cawan susu cair – beli online disini
1 cawan susu segar
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard – beli online disini
1 sudu besar tepung jagung – beli online disini
2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dan sebatikan. Letak tepi dan perap dalam 20 minit.
2. Untuk bahan B, satukan semua bahan dan jika boleh, kisar terlebih dahulu supaya semua sekata.
3. Tuang ke dalam periuk dan masak guna api perlahan hingga kental. Sejukkan.
4. Ambil kuali dan panaskan. Lebih senang jika guna kuali non-stick. Kuali tidak perlu sapu minyak ya.
5. Ambil ½ senduk kecil adunan, tuang atas kuali dan ratakan. (buat macam nak buat kulit ketayap)
6. Bila sudah masak, angkat dan letak terus pada acuan karipap.
7. Sudukan inti kastard tadi dan tutup acuan.
8. Ulang Langkah sama hingga habis. Apam Suri Kastard Durian sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika tiada acuan karipap, tekan guna garpu atau cantumkan kulit Ketika masih panas.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Bingka Kelapa. Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa.
Masa dahulu jika di kampung, Kuih Bingka Kelapa atau Beke Nyor ini adalah salah satu kuih tradisional yang sangat sedap. Lemak manis kelapa dan santan serta bau haruman kuih ini dibakar, sangat membuka selera. Namun kini, ia agak sukar diperolehi terutamanya jika tinggal di bandar-bandar besar. Mungkin tiada yang pakar membuatnya. Terasa nak makan Kuih Bingka Kelapa ni? Saudari Nor Khomariah Norrohman ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut
- 3 cawan kelapa parut (kelapa putih)
- 5 sudu makan gula – jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Air secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan barulah dimasukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Pastikan parutan kelapa masih bioleh dilihan bila diadun.
4. Rasa sikit adunan bagi uji tahap kemanisan kuih. Ubah suai rasa ikut cita rasa masing-masing.
5. Ambil acuan kuih cara, sapu minyak pada acuan.
6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Masak atas dapur guna api sederhana.
7. Bila adunan sudah mengeras dan garing di bahagian bawah, alihkan dan sambung bakar di dalam ketuhar atau air fryer. (empunya resipi bakar guna air fryer)
8. Bakar pada suhu 180C salaam 5 minit atau hingga bahagian atas garing.
9. Kuih Bingka Kelapa ini sedap dimakan panas-panas.
Kredit resipi & foto: Nor Khomariah Norrohman
Dapatkan AIR FRYER pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Daging Bawang Putih. Resipi Dari Bangkok Yang Sangat Sedap & Mudah.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Kuih Muih Homemade Tak Rugi Cuba
Koleksi resipi kuih muih Melayu sememangnya banyak jika disenaraikan. Semuanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dibeli pun belum tentu sedap sepertimana dibuat sendiri. Lebih puas makan dimasak sendiri kerana kita tahu apa yang kurang dan lebih bahan yang mahu diletakkan. Keria Keladi tidak kurang hebatnya. Rasa setanding dengan keria gula melaka yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. RASA senaraikan kuih muih yang buat anda terliur.
Kuih Keria Keladi
BAHAN-BAHAN:
- 400gm keladi | kupas kulit dan rebus
- 150gm tepung gandum
- Sedikit pewarna ungu
- Garam secukupnya
UNTUK SIRA:
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
1. Keladi yang telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna ungu.
2. Gaulkan keladi dengan 100 gram tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik, barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit-sedikit hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh.
3. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat.
4. Kemudian goreng doh tadi dalam api yang sederhana. Balik-balikkan supaya rata di kedua-dua belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanya serata.
6. Sedia dinikmati.
LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm labu | dikukus dan dilecek
- 100gm tepung gandum
- 100gm santan
- 85gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
- Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
- Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
- Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
- Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
- Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
TALAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3½ cawan santan
- 1¼ cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 cawan pisang | lenyek
- ½ sudu teh Garam
- Pewarna kuning secukupnya
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3 cawan santan
- ¾ cawan tepung gandum
- ¼ cawan tepung jagung
- ¼ cawan gula
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan air pekat perahan daun pandan
CARA MEMASAK:
- Guna acuan 9 inci. Sediakan lapisan bawah. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang lenyek, gaul sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Masukkan pisang lenyek dan masak sehingga naik wap.
- Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
- Garu permukaan dengan garpu sebelum dituangkan lapisan atas.
- Untuk menyediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Sedia dinikmati.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN DOH:
250gm tepung pulut
350ml air kisaran daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau dan kuning
secukupnya
BAHAN INTI:
200gm kelapa parut putih
150gm gula merah
1 helai daun pandan
125ml air
Gula pasir secukupnya | jika suka
BAHAN KUAH:
400ml santan
1/2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tambah jumlah air jika perlu.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli.
3. Untuk kuah pula, campur semua bahan lalu dimasak sehingga pekat. Tutup api dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan doh, larutkan garam ke dalam air pandan. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan.
5. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dikelim rapat. Ulang proses sehingga doh habis.
6. Didihkan air dan masukkan doh yang dibulatkan tadi. Biar sehingga timbul di permukaan air.
7. Angkat dan toskan airnya. Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH):
2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS):
3 biji telur
500ml santan pekat
150gm gula merah
150gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official