
Macam-macam lauk pauk dan kuih boleh diolah menggunakan pes durian. Ada setengah dari kita buah durian tidak dijamah tapi bila diolah menjadi kegemaran pula. Citarasa orang berbeza-beza.
Boleh buat untuk minum petang. Dikongsikan resipi kuih Bingka Durian yang lemak manis dan lembut rasanya.
BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 – 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan untuk ditabur atas bingka
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan-bahan.
2.Gaul sebati, boleh juga dikisar.
3.Panaskan oven. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang yang sesuai.
4.Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 45 minit.
credit : Lie Ya
JIKA MENCARI AIR FRYER , JOM KLIK DI SINI. ADA BANYAK PILIHAN YANG MENARIK.
Resipi Istimewa Lontong Digoreng Dan Cepat DiMasak Untuk Hari Raya.
Dim Sum Inti Daging & Udang, Kukus Makan Panas-panas Sedap Nih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pulut Panggang Sambal Ikan Mudah & Terlajak Sedap.

Isi Kandungan
TogglePulut Panggang berinti Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik!
Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Jika pernah,. pasti anda tahu sedap dia macam mana kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal ( serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi dibawah ini boleh anda cuba.
CARA MASAK PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN SAMBAL @ SERUNDING IKAN
- 4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
- 8 biji cili kering | dikisar halus
- 5 ulas bawang merah | dikisar halus
- 1 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1/2 inci halia | dikisar halus
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- 4 sudu makan santan pekat
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
- Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
- Sejukkan.
BAHAN PULUT:
- 2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
- 1/2 cawan santan pekat
- 4-5 sudu makan gula pasir
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Kukus pulut selama 30 minit.
- Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
- Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
- Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
- Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
- Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
- Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
CARA BALUT & BAKAR PULUT PANGGANG VERSI MUDAH
Bagi yang tinggal di bandar dan tak ada ruang untuk membakar, ada versi mudah yang anda boleh cuba. cara ni praktikal bagi anda yang tinggal di rumah jenis apartment. Jom lihat cara-caranya.
1. Setelah daun pisang dilayur, letakkan pulut dan inti.
2. Padat-padatkan pulut sebelum digulung dengan daun pisang. Kemudian cucuk dengan lidi atau dengan stapler.
3. Ambil tudung periuk dan lenserkan sedikit minyak. Kemudian susun pulut yang telah siap dibungkus diatasnya. Masak menggunakan api sederhana besar. Memang wangi!
4. Terbalikkan pulut biar semuanya dipanggang sekata.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit gambar: Blog Matahari ( http://matahati-mama.blogspot.my)
5 Kuih Muih Pasar Malam Yang Anda Boleh Hasilkan Sendiri Di Rumah. Jimat!

Alangkah enaknya menikmati minum petang bersama keluarga tercinta. Aneka hidangan yang ada dijual di pasar malam seperti putu mayam, taufu fa dan apam balik antara pilihan yang harus anda cuba. Boleh je buat sendiri. Tidak sesukar mana dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Pasti anak-anak dan suami anda teruja.
1. APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
Adunan kulit:
- 150gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbornat
- 1/2 sudu teh yis kering
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula halus
- 240ml air
- Sedikit pewarna pilihan
Bahan Inti:
- 100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
- 50gm gula
- 100gm jagung dalam tin
Sapuan:
- Sedikit marjerin
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk kulit apam dan kacau sebati. Perapkan adunan selama tiga hingga lima jam.
- Panaskan kuali tidak melekat. Sendukkan adunan dan tuangkan di atas kuali. Ratakan agar kulit apam sama tebal.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga kulit apam masak sekata. Kemudian sapukan sedikit marjerin di atasnya.
- Kemudian taburkan sedikit gula diikuti dengan kacang tanah dan juga jagung krim.
- Tutup permukaan kuali selama beberapa minit sehingga kulit apam kelihatan agak perang.
- Angkat dan lipat apam tadi. Sedia dihidang.
Kata chef:
Elakkan memasak menggunakan api yang besar kerana kulit apam akan hangus dan kurang enak.
2. KEK GULUNG MINI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 170gm gula halus
- 60ml santan kotak
- 6 biji telur
- 1 sudu makan ovallete
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit garam
- 150 ml minyak jagung
Inti:
- Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya
CARA MEMASAK:
- Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
- Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
- Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
- Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
- Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
- Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
Kata chef:
Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.
3. PUDING CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
- 10gm agar-agar
- 240ml air
- 2 biji telur
- 1 tin susu cair
- 5 sudu makan susu pekat manis
- 6 keping biskut crackers
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Perwarna hijau, kuning, merah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar, air dan gula menggunakan api sederhana sehingga larut.
- Seterusnya kisar biskut, telur, susu cair dan susu pekat manis hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi dan kacau hingga sebati.
- Masukkan esen vanila. Masak seketika.
- Bahagikan adunan yang dimasak tadi dan warnakan mengikut warna pilihan.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kata chef:
Pastikan biskut dikisar dengan halus bagi mendapatkan tekstur agar-agar yang licin.
4. TAUFU FA SEGERA
BAHAN-BAHAN:
- 1 liter air soya
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 180ml air
- 2 sudu teh esen vanila
Bahan Air Gula Melaka:
- 200gm gula kabung / gula melaka
- 100gm gula
- 800ml air
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
- Kemudian masukkan air soya. Didihkan seketika dan pastikan adunan dikacau sentiasa.
- Tuang adunan agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
- Untuk air gula melaka, masak semua bahan sehingga sebati. Sejukkan.
- Untuk menghidang, sudukan Taufu Fa ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula melaka dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Kata chef:
Jika mahukan tekstur taufu fa yang lebih lembut, lebihkan penggunaan air.
5. PUTU MAYAM BIHUN
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping bihun yang halus
- 100gm kelapa parut
- Gula perang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
- Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
- Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan
- Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.
Kata Chef:
Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.
Cara Masak Putu Halba Sedap Guna Acuan Lompang.

Bila tiba musim tengkujuh, kuih Putu Halba adalah antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA MINI
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg ubi kayu
- 3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
- Gula melaka – cincang halus. Boleh digantikan dengan gula perang.
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat.
2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai.
5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu.
6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba.
Kredit resipi & foto: Noor Amirah