Bulan Ramadan kembali lagi namun kali ini suasananya agak berbeza dari tahun sebelumnya sejak PKP bermula. Namun begitu biarpun tiada kemeriahan bazar ramadan mahupun bufet ramadan , Berjaya Times Square Hotel mengambil peluang ini dengan menawarkan promosi Sajian Set Kombo Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam Batu Pahat . Kedua-dua promosi berbuka 2020 ini akan bermula dari 24 April 2020 hingga 23 Mei 2020.
Khas untuk para pengunjung dan peminat masakan Melayu, Cheff Yusoff, Eksekutif Chef dari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam juadah Melayu akan menyediakan sendiri juadah santapan berbuka puasa.
Hidangan Pek Nasi Kandar ini disertakan dengan Ayam Masak Merah, Acar, Air Botol, Kurma dan anda boleh memilih antara kubis goreng dengan udang atau kacang panjang goreng dengan udang kering dan telur. Untuk pilihan kuah pula, anda boleh memilih diantara seleksi Kari Ikan, Masak Kicap, Dalca Sayur atau Sambal Kosong. Untuk hidangan tambahan, seperti Daging Masak Merah, Kambing Masak Ros atau Sambal Sotong boleh didapati pada harga RM7.00nett untuk setiap hidangan.
Untuk juadah Nasi Briyani Gam Batu Pahat yang sememangnya hidangan ikonik di hotel ini, pengunjung boleh memilih sajian dengan ayam atau kambing dan disediakan dengan ramuan khas yang mana ianya pasti menjadi juadah kegemaran pengunjung kami.
Ads
Bagi pembelian juadah ini, pengunjung kami boleh mendapatkannya melalui kaedah Pandu Lalu di pintu masuk bersebalah dengan Kawasan air pancut Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Ads
Set Nasi Kandar:
RM16.00nett seorang
RM30.00nett untuk 2 orang
RM42.00nett untuk 3 orang
Ads
RM65.00nett untuk 5
Set Nasi Briyani Gam Batu Pahat
Harga: RM11.00net setiap set
Air botol percuma akan disediakan bagi setiap pembelian.
Restoran makanan segera McDonald’s sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan salah satu jenama pilihan ramai dan digemari tanpa mengira peringkat usia.
Mungkin sebagai salah satu cara untuk menghargai insan-insan yang banyak membantu dalam kelancaran penghantaran makanan dan juga keperluan harian kepada pelanggan setiap hari, McDonald’s dalam satu hantaran di laman sosial rasminya telah mengumumkan berita gembira buat para rider.
Khusus untuk rider! Kami berbesar hati nak belanja 65,000 abang dan kakak rider di restoran kami pada 9 Sept 2022 dari 2 – 5 petang!
Hanya tunjuk rider ID untuk dapatkan set McChicken (M) PERCUMA.
Wow…. Best tu. Jadi buat semua para rider, ayuh serbu dan nikmati hidangan khas untuk anda ini. Jangan lupa bawa ID Rider masing-masing ya!
Dah baca berita ni? Jangan lupa share dan kongsi info dekat rider-rider lain juga ya!
Berita baik untuk para penggemar roti! Sunshine Bakeries melancarkan siri baharu Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk, yang membawa lebih banyak kenikmatan untuk para penggemar roti. Susulan kejayaan Hokkaido Milk Cream Cheese yang digemari ramai, siri ini kini menawarkan lima perisa hebat yang menjanjikan kemewahan aroma susu dan rasa berkrim yang pasti memikat selera anda.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk dikenali kerana teksturnya yang lembut dan kelazatan krimnya yang diadun sempurna, ia berjaya menawan hati semua penggemar roti. Didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap citarasa autentik dari Jepun, Sunshine Bakeries terus memenuhi selera pengguna dengan menggunakan ramuan susu diperoleh daripada lembu yang dipelihara dalam persekitaran yang bersih di Hokkaido, Jepun. Terkenal dengan kualitinya yang unggul, roti premium ini pasti memberikan pengalaman yang serba mewah setiap kali anda menikmatinya.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk menampilkan inti krim yang diperbuat daripada susu Hokkaido terbaik, memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya. Roti yang gebu lagi berkrim ini pasti cair di dalam mulut, mengubah persepsi anda tentang hidangan ringan dengan rasanya yang lebih enak dan memuaskan.
Siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk yang telah diperluaskan kini menampilkan lima perisa enak, di mana setiap satu dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diperkaya dengan kemewahan susu Hokkaido:
susu Hokkaido yang berkrim dengan inti keju yang mewah.
untuk rasa coklat yang sempurna, premium lagi berkrim.
kaya , bagi sajian manis dan lazat yang sukar ditolak.
Susu Hokkaido, ditambah pula dengan kerangupan kristal gula.
dengan Susu Hokkaido untuk rasa berkrim dan kacang yang seimbang.
Tidak kira sama ada anda mengidamkan sesuatu yang manis, berkrim atau sedikit rasa
kacang, siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk pasti dapat memenuhi selera semua
orang,membolehkan anda menikmati citarasa premium dengan mudah dan menyelerakan.
Rangkaian Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries yang telah diperluaskan ini ideal untuk golongan profesional yang sentiasa sibuk, pelajar, keluarga, dan juga kanak-kanak yang mahukan snek premium untuk melapis perut. Diperakui Halal dan mengandungi 0% lemak trans, roti ini memberikan nikmat yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa. Kini, para pengguna boleh menikmati citarasa dari Hokkaido, tidak kira di mana mereka berada, dengan Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries!
Selain daripada Roti Berkrim SIGNATURE, Sunshine Bakeries turut menawarkan pelbagai pilihan roti yang menyelerakan, termasuk Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD, Roti Susu Hokkaido, Roti Mil Penuh 100% Australian Oat dan Roti Soft White. Setiap roti dihasilkan secara teliti dan padat dengan kebaikan khasiat. Sunshine Bakeries turut menampilkan dua pilihan varian perisa roti berkrim berkhasiat yang lain iaitu Cookies & Cream dan Creamy Vanilla, yang diperbuat menggunakan ramuan terbaik yang diperoleh dari seluruh dunia.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk kini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai serbaneka utama di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba roti ini dan menikmati rasa premium dengan perisa hebat yang ditawarkannya.
Belum cuba, belum tahu! Alami kenikmatan Roti Berkrim SIGNATURE Signature Hokkaido Milk Sunshine Bakeries hari ini dan rasai tahap keenakan yang lebih tinggi.
Layari laman sesawang Sunshine Bakeries atau ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bila bercakap mengenai makanan, pastikan kita akan memilih produk yang terbaik dan bermutu tinggi untuk disajikan buat keluarga tercinta. Tidak kira dari pemilihan bahan-bahan segar hinggalah ke seleksi makanan ringan, semuanya haruslah dari sumber yang dipercayai.
Berita baik buat semua! Inilah masanya untuk anda meneroka pelbagai produk terbaik dari Australia Selatan. Gourmet South Australia membawakan pelbagai produk premium ke Malaysia untuk dicuba dan diteroka menerusi pameran khas di lokasi-lokasi terpilih.
Pameran ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keenakan serta keunikan produk-produk khas dari Austalia Selatan tanpa perlu terbang jauh ke bumi kanggaru.
Berlangsung dari 23 September hingga 5 Oktober di Isetan KLCC dan Isetan Lot 10, pameran ini juga diadakan di AEON One Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Queensbay Mall bermula dari 23 September hingga 6 Oktober 2021.
Menerusi pameran ini para pengunjung berpeluang mencuba pelbagai produk Selatan Australia di bawah 14 jenama makanan dan minuman yang sebelum ini belum pernah ada di pasaran tempatan.
Jus buah segar dan jus sayur di bawah label Besa Juice, aneka buah awet dari Peel & Tonic, sos pasta buatan tangan dari Lucia’s Fine Foods, madu asli dari Buzz Honey, tuna dari Dinko Tuna adalah beberapa makanan enak yang menanti pengunjung pameran di Isetan.
Manakala di AEON pula, pengunjung dapat menikmati aneka perisa aiskrim tanpa tenusu dari Gelista, rangkaian oat berkualiti tinggi dari Healthy Garden, tomato dan timun mini premium dari P’Petual, sayuran hijau dari Rainbow Fresh, madu Manuka dan madu asli dari Novafarms, produk badam segar dari Casarosa Almonds, seleksi kerepek jagung dari Nature’s Delight, produk berasaskan kentang yang sihat dari Zerella Fresh, dan juga rangkaian produk berkhasiat dari Healthy Heart’s.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menerokai keenakan makanan dari Australia Selatan. Semuanya adalah antara yang terbaik dan pastinya memberikan kepuasan berganda.
Produk Gourmet South Australia juga boleh didapati secara atas talian menerusi AEON dan juga Isetan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tanpa sedar, beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia yang kerap diulang sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser jika diambil secara berlebihan dan berpanjangan.