Sempena meraikan bulan Ramadan dan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun, Fonterra Brands Malaysia melaksanakan tradisi tahunannya untuk berkongsi kebaikan tenusu dengan komuniti setempat dan golongan yang memerlukan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Mei yang lalu.
Syarikat pemakanan tenusu dari New Zealand mengedarkan lebih dari 500 bungkus bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek Iftar produk tenusu kepada orang ramai, serta penduduk flat PKNS sekitarnya. Pek Iftar termasuk Fernleaf CalciYum, susu tepung Keluarga Fernleaf, susu Fernleaf UHT dan Anlene Café Latte.
Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkata, pihak syarikat sangat berbangga untuk memberi produk tenusu terbaik dari New Zealand untuk menyokong kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia pada bulan Ramadan yang diberkati.
Ads
“Di Fonterra kami bermatlamat untuk menambah nilai kehidupan rakyat Malaysia dan masyarakat di tempat-tempat operasi kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan Ramadan dengan berkongsi khasiat tenusu bersama penduduk setempat dan masyarakat yang memerlukan di kawasan sekitar Masjid Seksyen 7, termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan asnaf,” kata Puan Megawati.
Puan Megawati juga menekankan kepentingan mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, terutamanya ketika berpuasa apabila nutrien utama mungkin hilang, dan sebahagian daripadanya termasuk tenusu.
“Sebagai contoh, susu merupakan salah satu makanan yang paling bernutrisi lengkap dan mengandungi nutrien penting yang boleh membuat seseorang bertenaga sepanjang hari, dan yang lebih penting, menambahkan nutrien dan cecair yang hilang semasa berpuasa,” kata Puan Megawati.
Ujar Ustaz Burhanuddin Ahmad, pengurus Masjid Seksyen 7, “Ramadan ialah bulan istimewa untuk memberi – ia mengingatkan kita untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik. Kami berterima kasih kepada Fonterra yang turut ada bersama kami hari ini untuk membantu memberi makan kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan dengan bubur lambuk dan produk tenusu lain yang berkhasiat.
Ads
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan, Fonterra juga menganjurkan sesi Tadarus Al-Quran dan Iftar bersama pekerjanya sempena Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Fonterra Brands Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai masjid dan komuniti tempatan untuk meraikan Ramadan, dengan mengedarkan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang dimuatkan dengan produk tenusu untuk menyokong gaya hidup sihat ketika berpuasa.
Ads
Semua produk Fonterra Brands Malaysia adalah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan mematuhi sistem jaminan Halal yang ketat dan proses keselamatan dan kualiti makanan dari rumput ke gelas (from grass to glass), dari ladang-ladang di New Zealand hingga produk akhir yang sampai kepada pengguna.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Barbeku Fairfield Countryside bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda bermula dari 21 Julai 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran Lesung menawarkan suasana yang sempurna dengan pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur. Menggabungkan rasa asli pilihan tempatan dan antarabangsa, set barbeku ini membawa tawaran yang paling lazat kepada tetamu.
Mulakan dengan hidangan pembuka selera tempatan yang sedap hingga pilihan salad sihat yang menarik Salad Mi Kaca, Salad Caesar, Salad Kentang, Salad Pasta Kerabu Taugeh, Salad Campur dan Salad Ayam.
Menu utama Bufet Barbeku Fairfield Countryside ialah Jagung Bakar Plantar, Bratwurst Jumbo Sausage, Cocktail Sausage,Frankfurter Sausage, Minute Steak, beef kebab, Chicken Shitawak, Chicken Skewer, Chicken wings, Marinated Lamb Shoulder, Lamb Leg Boneless, Marinated Fish dan Slipper Lobster.
Selepas mengenyangkan perut dengan hidangan utama, segarkan tekak dengan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Puding Karamel, Pai Epal dan Puding Mentega Roti.
Dengan hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala Lumpur mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Tetamu boleh menikmati bufet barbeku malam mereka dengan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur.
Bufet ini disediakan setiap hari Jumaat sahaja. Harga ialah RM88nett (Dewasa) dan RM58nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun makan percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma. Seterusnya warga emas membayar harga dewasa. Untuk tempahan, boleh hubungi Restoran Lesung.
Penantian penuh debaran selama tujuh minggu akhirnya sampai ke penghujung. Pada malam ini tuah ternyata milik Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman (Qila), gadis manis yang berasal dari Kelantan dan juga yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM yang telah dinobatkan sebagai juara sulung pencarian Ratu Hijabista.
Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Qistina Sofea Abdul Aziz (Tina) yang juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Udang dari UiTM.
Selain gelaran juara dan naib juara, dua gelaran sampingan juga telah diberikan kepada peserta pilihan. Anugerah ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ telah diberikan kepada Nurfiyanti Afrina Roslan(Fiffy Afrina).
‘Ratu Favourite’ pula disandang oleh Shamellya Norazizi (Mellya). Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Buat pencinta buah ceri, jenama Northwest Cherries kini sudah kembali ke Malaysia!
Buah ceri yang sinonim dengan bentuknya yang kecil tapi rasanya yang sangat sedap, Northwest Cherries ini kembali dengan kempen ‘Cherish The Moments’ bagi meraikan musim menuai yang berlangsung sehingga pertengahan Ogos.
Kempen ini menggalakkan orang awam untuk lebih menghargai momen bersama yang tersayang di samping menikmati buah ceri yang tinggi khasiat dan penuh berperisa.
Wakil Northwest Cherries di Malaysia, Retna Malar memberitahu, meskipun pengeluarannya terhad tetapi buah ceri ini mempunyai kualiti yang terbaik dan nilai yang tinggi.
“Tidak hairanlah buah ceri ini bukan saja saiznya yang besar tetapi rasanya lebih manis, lebih banyak jus dan rangup,” katanya.
Turut dikenali sebagai ‘Diamond of Fruit’, buah ceri ini kaya dengan kandungan potassium, vitamin C dan anti radang, yang membantu mencegah atau mengurangkan risiko beberapa penyakit keradangan.
Bukan itu saja, buah ceri ini rendah kandungan gula, tiada lemak dan bebas daripada garam. Oh ya, ceri juga satu-satunya yang mempunyai kandungan melatonin secara semulajadi.
Buah ceri Northwest Cherries boleh didapati di pasaraya AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocers, Cold Storage, Mercato, Lotuss, Giant, Aeon Big, TF-Value Mart dan NSK.
Buah ceri ini juga boleh didapati di pasar malam dan secara online di Lazada, Shopee dan Hantar Fresh di bawah label USA atau Washington Cheeries.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.