Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

https://www.instagram.com/p/B7-f7XEBch-/?utm_source=ig_web_copy_link

Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.

https://www.instagram.com/p/B9-8UBTH4KN/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.

Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

IKLAN

Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

IKLAN

Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.

IKLAN

Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para Petugas Hospital.

Oleh itu, ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.

 

Sumber: Instagram airtangan_tunkuazizah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI