Kuih lopes merupakan antara hidangan minum petang yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Tak kira golongan tua ataupun muda, ramai yang menggemarinya.
Manakan tidak, gabungan pulut beraroma daun pandan yang disaluti kelapa parut. Disertai pula dengan curahan air gula Melaka pastinya membangkitkan rasa untuk menikmatinya. Jom kita cuba resipi mudah ini.
Kelapa parut – digaul sedikit garam dan kukus seketika
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dicuci bersih. Kemudian, rendam dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama satu hingga dua jam. Jika menggunakan beras pulut susu, cukup direndam selama setengah jam.
2. Kisar daun pandan bersama setengah cawan air. Kemudian, tapis dan ketepikan dahulu.
3. Selepas itu, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam loyang.
4. Masukkan santan, air daun pandan dan garam. Gaulkan sebati.
5. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus hingga air masak atau 3/4 masak.
6. Apabila santan telah kering, kacau rata agar pulut tersebut masak dengan sekata. Kukus sekali lagi dan kemudian angkat. Sejukkan seketika pulut tersebut.
7. Apabila pulut selesai masak, anda boleh memilih sama ada ingin dimasukkan ke dalam loyang yang kemudiannya akan dipotong segi tiga.
Ads
Ataupun masukkan ke dalam daun pisang, dibentuk bulat lalu diikat seperti lontong.
8. Bagi yang tidak memiliki daun pisang, boleh juga guna kaedah seperti ini. Masukkan pulut ke dalam plastik jernih (plastik lauk) dan dibentukkan bulat menggunakan sushi mat.
9. Selesai dipotong segi tiga ataupun bulat, bolehlah digaulkan dengan kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam dan dikukus seketika.
Untuk membuat air gula Melaka, masak hingga likat kesemua bahan di atas. Sesudah itu, bolehlah dicurahkan di atas kuih yang telah dipotong tadi untuk dinikmati.
Minum petang dihidangkan dengan cucur yang digoreng panas-panas memang layan. Cicah pula dengan sos homemade, padu rasanya. Bahan-bahan nak membuat cucur ni mudah didapati. Bolehlah buat nanti untuk sekeluarga nikmati.
Cucur
Bahan-bahan:
1 kg gandum
1 paket yis
1 sudu besar majerin
Segengam ikan bilis
1 biji bawang besar mayang halus
1 ikat kangkung
1 biji lobak merah di sagat/ mayang panjang
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan bersama tepung gandum.Perap 15 minit
2.Kemudian bolehlah digoreng dengan minyak secukupnya.
Bahan sos:
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
Tumis dengan sedikit minyak
3 sudu besar cili kering-kisar
Sedikit bijan
1 keping nisan
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit tepung jagung
Cara membuat:
1.Masak semua bahan tadi sehingga pekat.
2.Bila pekat tutup api dan hidangkan bersama cucur tadi.
Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.
JEMPUT-JEMPUT UDANG
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 labu bawang besar | potong dadu
Seikat kecil daun kucai | hiris halus
2 biji lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.
SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
Karipap sedap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Putus selera. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian Che Kelly Muhamaddi bawah ini.
RESIPI KULIT KARIPAP SEDAP & RANGUP
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.
2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
3. Gaul tepung hingga jadi macam ni.
4. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
5. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
6. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
7. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN INTI KARIPAP:
1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
4 sudu makan serbuk kari
8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!