Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni! Di bulan puasa, memang laku keras menu ni. Ayam yang dibakar kemudiannya disiram dengan kuah percik mempunyai aroma yang sangat enak. Sukar nak cerita. Kena rasa dulu baru tahu betapa nikmatnya. Anda nak cuba masak sendiri? Ringkas tapi yang pasti sangat sedap perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini antara yang mudah. Selamat mencuba.
RESEPI AYAM PERCIK PUTIH SUPER SPECIAL
BAHAN A (KISAR & PERAP): 1 ekor ayam 1 sudu makan garam 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk perasa 1 inci halia 3 ulas bawang putih – beli online disini 1 sudu teh biji ketumbar – beli online disini 1 sudu makan cili kering kisar 150ml santan pekat
BAHAN B: BAHAN KUAH 4 biji bawang merah – beli online disini 1 batang serai – ketuk 1 inci halia 100ml air 350ml santan pekat gred A 2 sudu makan gula 2 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk perasa 1 keping asam gelugur – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan perapan ayam (bahan A), dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan kemudiannya rebus. Kiranya ayam direbus separuh masak bersama bahan perapan supaya bila dibakar nanti, akan cepat masak. 2. Untuk kuahnya, kisar bawang merah dan halia hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan serai yang telah diketuk.
4. Kemudian masukkan santan pekat diikuti dengan gula, garam, seerbuk perasa dan jug asam gelugur. Masak sampai sedikit pekat. Ketepikan kuah.
Ads
5. Bakar ayam sampai masak. Kemudian celup @ siram ayam dengan kuah percik dan bakar sekali lagi. Ulang langkah ini 3-4 kali untuk mendapatkan salutan kuah percik yang sempurna.
Anak-anak tak suka jika masak ayam bahagian isi? Usah bimbang keran anda boleh cuba Ranch Chicken Bites Crispy ni. Ia menggunakan isi dada ayam yang diolah menjadi sajian yang lebih enak. Memang terbaik!
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
3 sudu makan sos ranch
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan parut keju
4 biji tomato ceri
1 biji telur
2 cawan nestum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.
Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali .
Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.
Goreng hingga kekuningan.
Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.
Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
Raya bukan sehari ya, tapi sebulan wei..Tak chill la setiap kali tamu datang sama aje menunya. Untuk sajian yang lebih mantap, ni RASA kongsi 10 resipi lauk-pauk untuk hidangan Raya nanti.
Ni resipi warisan famili Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib dari Restoran Mok Teh Nasi Dagang, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Rugi tak cuba…
1. AYAM MASAK MERAH MOKTEH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dipotong 12
250 g cili boh
BAHAN A
1 biji bawang besar |di hiris besar
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makansos cili
Sedikit air asam
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ayam dibasuh bersih, gaul dengn garam dan kunyit, digoreng. Bila sudah masak, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dihiris , tumis, bila garing masukkan cili boh dan teruskan tumis.
Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar, kemudian dimasukkan ke dalam kuali.Tumis hingga garing , kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan air asam.
Tumis lagi hingga masak, masukkan garam dan gula.
Apabila sambal ayam masak merah sudah masak, masukkan ayam yang digoreng tadi, masak kan untuk seketika.
6.Apabila dah cukup rasanya, boleh diangkat. Ketika menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan cili hidup ke atasnya.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak 30 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan pedas
2. DALCA DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
250 gm kacang dhal
250 gm daging cincang
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
I inci halia
2 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari daging
2 biji kentang
1 batang lobak merah
2 batang terung
20 urat kacang panjang
2 biji cili hijau
3 biji pisang muda(*optional)
½ kilo santan
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
Rendam kacang dhal hingga kembang dan Daging cincang dipotong kecil.
Bawang merah, bawang putih dan halia dipotong halus.
Panaskan minyak dalam kuali , kemudian masukkan bahan bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga garing, masukkan cili boh,tumis, bila agak garing, masukkan rempah kari.
Bila rempah sudah garing, masukkan daging cicang.tumiskan sebentar. Masukkan air, apabila mendidih masukkan kacang dhal.
Sementara itu, Ubi kentang, lobak merah, terung dan kacang panjang dipotong ikut saiz yang disukai.
Apabila mendidih, masukkan santan, masak lagi hingga mendiidih, masukkan ubi kentang.
Bila ubi kentang agak lembut, masukkan terung. Masak sekejap, kemudian masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kemudian masukkan garam dan sedikit air asam. Sebelum tutup api, masukkan cili hijau yang sudah dipotong.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
3. MASAK LODEH
BAHAN A – KISAR
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci lengkuas
10 biji cili api hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar udang kering
BAHAN B
250 gm udang basah
BAHAN C
2 keping tauhu basah
2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
½ biji sengkuang |dipotong
15 batang kacang panjang |dipotong
1 batang lobak merah |dipotong
300gm kubis |dipotong
1 kilo santan
Garam
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar.
Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap
Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika.
Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng.
Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN :
750 g beras |ebih kurang 3 mug|
BAHAN A
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji bawang merah |dihiris nipis
1 inci halia | dihiris nipis
BAHAN B
10 sudu makan tomato puree
3 sudu makan susu cair
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
3 helai daun pandan
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
Masukkan 4 mug air dalam rice cooker. Hidupkan rice cooker, masukkan daun pandan.
Panaskan minyak dan miyak sapi dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan A dan tumis sehingga garing, kemudian masukkan tomato puree dan teruskan tumis.
Bahan bahan yang ditumis, dimasukkan kedalam rice cooker, teruskan memasak.
Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Apabila air mendidih masukkan beras yang dibasuh tadi. Bila nasi hampIr masak, letakkan daun ketumbar di atas nasi.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
5. PARU PARU LADA HITAM KELUARGA WAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg paru
3 sudu besar lada hitam|dikisar halus
2 kilo santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Paru direbus separuh masak. Sejukkan, kemudian di potong nipis.
Panaskan kuali masukkan paru yang sudah dipotong bersama dengan santan dan lada hitam yang sudah dikisar.
Apabila mendidih, masuk kkan garam secukup rasa.Teruskan masak sehingga kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan goreng
Keistimewaan: Enak dimakan dengan lontong atau nasi putih
6. RENDANG AYAM CILI API
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam| dipotong 12
1 kilo santan
BAHAN A
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
BAHAN B
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
7 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
7. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik |potong 12
1 kilo santan
BAHAN A
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
Itik dibersihkan, disalai .
Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali.
Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
Masak sehingga agak kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
8. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK:
Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
Angkat dan sedia dihidangkan
INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
9. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN A – CUCI DAN TOS
250gm daging
250gm paru paru
250gm limpa
250gm jantung
250gm hati
BAHAN B – KISAR
250gm bawang merah
100 gm bawang putih
10 batang serai
50 gm halia
75gm lengkuas
50gm kunyit
100g cili api | ikut kepedasan yang diingini
100g cili boh| ikut kepedasan yang diingini
BAHAN C
2 kilo santan
2 sudu makan kerisik
5 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
Sedikit gula merah
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik.
Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.
Saiz hidangan: 10 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
10. SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sotong kembang
10 sudu makan cili boh
10 biji bawang merah |kisar
3 biji bawang putih |kisar
1 inci halia |kisar
2 biji bawang besar |hiris kasar
Asam jawa secukup rasa
Garam secukup raasa
Gula secukup rasa
Sedikit belacan |jika suka
3 helai Daun pandan
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Sotong dibersihkan dan dipotong kecil
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili boh, belacan dan bahan yang dikisar.
Masak sehingga agak garing, masukkan air asam jawa.
Masak sehingga mendidih, masukkan sotong dan daun pandan.
Kemudian masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 30 minit
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Pedas dan enak dimakan bersama lontong
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!