Ayam Masak Beriani selain sedap dimakan bersama nasi beriani, sedap juga dimakan bersama nasi putih. Ayam Masak Beriani akan jadi lebih sedap kalau ayam direneh lama, biar isi ayam lembut. Bila dimakan terus terlerai dimulut. Memang nikmat dapat makan begini. Nak cuba buat Ayam Masak Beriani? Jom kita cuba resipi Ayam Masak Beriani seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini.
RESIPI AYAM MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong dan cuci bersih (jika suka goreng dahulu atau tak perlu goreng terpulang selera masing-masing)
BAHAN KISAR:
7-8 biji bawang merah 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih –BELI ONLINE 4 inci halia –BELI ONLINE
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
BAHAN REMPAH:
2 batang serai diketuk 1 helai daun pandan simpulkan 2 helai daun bay –BELI ONLINE 2 sudu besar penuh rempah briyani 2 sudu besar serbuk cili –BELI ONLINE 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk kari ikan 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar serbuk lada putih –BELI ONLINE 1 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE 5 sudu besar sos cili saji 4 biji buah tomato dipotong dadu ½ tin susu krimer sejat Saji Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3. Masukkan serai dan daun pandan.
4. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula reneh hingga ayam masak. Siap.
Buat Tokoyaki sendiri, macam tak percayakan? Tapi ini bukan mustahil kerana Puan Liza ni, dah buat dan menjualnya lebih sembilan tahun. Malah beliau sudi pula berkongsi resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah. Moga perkongsian resipi ini menjadikan rezeki Puan Liza bertambah ye..
TAKOYAKI
BAHAN-BAHAN (26-30 biji) 1 cawan tepung gandum 1 1/2 sudu makan tepung jagung 2 biji telur 1 3/4 cawan air 1 sudu makan serbuk perasa ayam 1 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak 1 sudu teh paking powder BAHAN INTI : Sotong/ udang/ crab stick/ sosej Daun bawang | hiris nipis Kobis bulat | mayang halus Carrot diparut halus BAHAN SOS TAKOYAKI: 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan air 1/2 cawan kicap kipas udang 1 sudu makan tepung jagung 1/2 cawan gula Madu secukupnya BAHAN HIASAN: Sos Tokoyaki Mayones Bonito Flakes | boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun atau di shopee.
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan-bahan dalam besar.
Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
Sediakan bahan inti pula.
Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan.
Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
Teruskan sampai nampak garing
Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
Untuk sediakan sos, campur semua bahan dalam periuk, kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. Bila sejuk masukkan dalam botol sos untuk mudah drizzle atas Tokoyaki nanti.
Drizzle sos Tokoyaki, mayones di atas Tokoyaki dan hias di atasnya dengan bonito flakes
Jika makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Syakila Nasir ni.
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam | dipotong dua
BAHAN PERAPAN:
1 1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh ajinomoto | optional
3 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung bestari
2 biji telur | letak lebih sikit supaya adunan perapan cair
BAHAN TEPUNG SADUR:
Tepung bestari secukupnya
Tepung beras secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan perapan dan perap ayam seketika.
2. Ambil ayam dan golekkan dalam bahan tepung sadur.
3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
4. Setelah garing, angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika ada lebihan perapan ayam tadi, boleh disalut dengan tepung dan goreng. Hasilnya seakan ayam popcorn.
Kebiasaannya, kita pasti akan merebus daging jika mahu mendapatkan daging yang lembut. Tetapi kali ini, kami akan berkongsi satu petua untuk melembutkan daging dengan hanya menggunakan minyak. Petua yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini ternyata cukup mudah. Jom kita cuba buat di rumah.
CARA MELEMBUTKAN DAGING:
1. Letakkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tersebut.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau daging tersebut sekali-sekala sahaja. Masak sehingga air kering.
6. Bila air hampir kering, barulah kacau daging tersebut dengan kerap.
7. Air sudah kering bermakna daging sudah lembut.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan ringkas sahaja caranya. Selamat mencuba!